Aku pulang dengan hati yang sangat gembira sebab dapat berjumpa dengan kawan baik aku yang lama berpisah. Banyak cerita yang kami kongsikan bersama.
Terlalu banyak cerita manis dan pahit sewaktu di college masing-masing yang diceritakan. Walaupun berlainan college dan jarak antara kami sangat jauh, namun persahabatan kami tidak pernah putus.
Tanpa sebarang khabar, persahabatan kami kuat sehinggakan kini kami mampu bertemu semula. Aku sempat singgah ke rumah papa untuk menziarahi mereka dan kemudian pulang ke rumah.
__________
Aku meletakkan keretaku bersebelah dengan kereta kepunyaan isteriku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mia sudah berada di hadapan pintu untuk menyambut kepulanganku.
Mia mencium tanganku lalu menyambut beg bimbitku dan diletakkan di sofa. Aku menyusun langkah ke dapur dan duduk di kerusi yang berada di meja tengah. Mia mengekori dari belakang.
Dia mengangkat kuih pisang goreng daripada kuali dan menghidangkannya bersama Milo suam. Aku menjamah kuih tersebut. Mia mengambil tempat di sebelahku.
" Mia ? " aku memanggilnya . " Mm ? " dia merenungku . " Kita belum honeymoon lagi kan ? " tanya Rizky . Aku mengangguk " A'ah. Kenapa ? " ujarnya kehairanan.
" Apa kata kita pergi minggu ni. Kan , saya dah janji nak pergi dalam bulan ni. Lagipun daddy dan mummy dah bising dah tu sebab saya belum bawa Mia pergi honeymoon. " jelasku lagi.
" Ohh . Mia okey je. Awak tu je lah , dah dapat cuti ke ? And one more thing , tiket kita Mia belum tempah tau. " Mia merenungku . Aku tersenyum " Tu semua Mia tak perlu risau , Saya dah dapat cuti dah awal-awal. Tiket kita , saya dah urus . Hotel, saya dah book. Semua yang perlu untuk honeymoon, saya dah siapkan . Just tinggal nak gerak je lagi . " terangku sambil mengunyah kuih pisang. Mia terkedu .
" Arh ? Sejak bila awak siapkan semua ni ? Mia tak tau pun. " soalnya . " Haha . Sejak Mia kata setuju nak pergi honeymoon kat sabah, terus saya buat semua persediaan ni. " kataku sambil mengosok belakang tengkuk yang terasa lengguh .
" Ohh, bila kita gerak ? " aku teruja. " Amboii, teruja nampak. Kita gerak lusa, hari jumaat. " aku hanya mengangguk. Rizky menghirup sedikit minumannya lalu naik ke bilik untuk membersihkan badannya.
-------
Hari yang ditunggu-tunggu untuk honeymoon ke sabah telah pun tiba. Awal pagi lagi aku bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Mia.
Selesai solat subuh, Mia segera mengemas rumah sebelum meninggalkan rumah tersebut . Manakala aku sibuk mengangkat beg bagasi kami turun ke ruang tamu.
Tepat jam 7 pagi, papa, mama, daddy, dan mummy tiba untuk menghantar kami ke lapangan terbang. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mama dan mummy apabila mengetahui kami akan honeymoon ke Sabah.
Kami berangkat ke lapangan terbang pada jam 7:15 pagi. Pagi itu , keadaan jalan raya agak lenggang disebabkan kurang kenderaan pada awal pagi. Perjalanan kami lancar dan tiba tepat pada waktunya.
_________
Awal pagi lagi , aku sudahpun bangkit untuk menunaikan solat subuh bersama Rizky. Usai solat , aku segera mengemas rumah sebelum meninggalkan rumah tersebut. Aku mengarahkan Rizky untuk mengangkat bag bagasi kami turun ke bawah.
Tepat jam 7:15 pagi , kami berangkat untuk ke lapangan terbang bersama papa, mama, daddy, dan mummy. Aku senpat menghantar pesanan ringkas kepada Natasya.
" Assalamualikum, Tasya . Good morning! Maaf ganggu kau pepagi ni. Aku just nak bagitau kau yang harini aku akan pergi honeymoon. Sorry lah baru harini aku bagitau kau. Aku sibuk lah sejak beberapa harini, tu tak sempat nak bagitau kau ni . - sent,7:19am
" Waalaikumsalam . Morning Too . Wah, untunglah kau. Sokaylah. Takpe , aku paham beb. Weh , kau honeymoon kat mana ? " -Natasya,7:20am
" Aku honeymoon kat Sabah je. " -sent,7:22am
" Bestnya . Okeylah . Ingat tau , lepas honeymoon ni aku nak ada anak buah dah >< And jangan lupa buah tangan untuk aku . " - Natasya,7:23am .
"Insha allah. Aku belikan kau buah tangan dari sana nanti. Okey lah, aku dah nak sampai KLIA dah ni. Bye, Tasya . Assalamualaikum. " - sent,7:23am .
" Waalaikumsalam. Hati-hati . Have a good honeymoon dear. " -Natasya,7:24am.
Kami tiba tepat jam 7:30 pagi. Flight kami akan berlepas pada jam 8 pagi. Kami terus check-in dan menghantar beg bagasi ke kaunter pendaftaran.
Selepas selesai check-in , kami terus ke pintu pelepasan. Kami bersalaman dengan kedua ibu bapa kami. Mama menghulurkan sebuah bungkusan kepadaku . " Buka bungkusan ni bila dah sampai di sana. " pesannya kepadaku sebelum kami bergerak masuk ke dalam pintu pelepasan.
YOU ARE READING
Dia JodohKu
Romance"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papanya . Lelaki yang dia sendiri tidak mengenal siapa dirinya sebenar . Dia tidak pernah menemui gerangan empunya badan . Namun dia hanya berhara...