Part 13

4.9K 135 0
                                    

"Assalamualaikum, pa! ma ! Mia dah balik ! " aku memberi salam. Aku segera masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam. Mia dah balik ! " papa menjawab salamku. Papa kusyuk membaca surat khabar di depan tv.

Aku mengangguk sambil pantas menaiki anak tangga rumah menuju ke bilik. Namun langkahku terhenti apabila aku teringat sesuatu. Aku memusingkan badanku semula.

" Pa ? Rizky suruh ingatkan papa tentang malam ni. Jangan lupa datang rumah Rizky. " aku menyampaikan pesan Rizky . Papa mengangguk tanda paham.

" A'ah. Papa ingat tu. Jam 7 kita gerak. " Pesan papa. Aku segera naik bilik untuk merehatkan badan.

Aku menghempaskan tubuh ku di atas katil empuk yang bersaiz king saiz. Aku berasa hari ini hari yang sangat memenatkan. Aku terlelap seketika.

Tepat jam 5 petang . Aku tersedar dari tidur. Aku mengeliat lalu bangun dan membuat senaman ringan untuk melonggarkan otot-otot yang tegang. Aku melihat ke luar tingkap. Suasana diluar amat menyegarkan.

Aku segera mencapai tuala dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Aku berdiri di hadapan cermin untuk melihat setiap inci pemakaianku. Malam ni aku hanya berpakaian ringkas iaitu berbaju sejuk bersama seluar jean berwarna putih kebiruan dan shawl.

Aku mencalit sedikit lipstik merah memandangkan bibirku kelihatan pusat disebabkan terlalu penat. Aku segera turun memandangkan waktu menunjukkan jam 6:45 petang.

Aku turun menuruni tangga rumah. Mama dan papa belum turun. Mereka masih bersiap di bilik. Aku terus membuka tv untuk melihat drama korea kegemaranku sambil menunggu papa dan mama turun.

--skip--

"Jemputlah masuk ! " daddy mengalu-alukan kedatangan kami sekeluarga. Papa bersalaman dengan Encik Zainal iaitu daddy kepada Rizky manakala aku dan mama bersalam sambil berlaga pipi dengan Puan Faridah iaitu mummy kepada Rizky.

Kami sekeluarga dijemput duduk dahulu sementara menunggu makan malam dihidangkan oleh pembantu rumah Puan Faridah. Rizky belum kelihatan semenjak tadi. Mesti masih di bilik ni.

Papa rancak berborak dengan kawan baiknya iaitu daddy. Aku hanya mendengar cerita mama dengan mummy.

" Puan ? Makanan dah siap dihidang. " Mak Limah memberitahu mummy.

Mummy hanya mengangguk lalu menjemput kami ke meja makan. Banyak makanan yang terhidang di atas meja tersebut.

Rizky baru sahaja keluar dari bilik terus duduk disebelahku memandangkan hanya kerusi tersebut kosong. Aku hanya membiarkannya . Aku berasa segan apabila Rizky dekat denganku . Aku menjamah makanan dengan sopan.

Selesai makan malam, kami berkumpul di ruang tamu sambil dihidang pencuci mulut oleh Mak Limah. Kenyang betul perut aku malam ni.

" Sebenarnya, saya mengajak kau sekeluarga ke rumah saya sebab nak membincangkan soal perkhawinan anak-anak kita ! " terang daddy kepada papa.

" Baguslah . Saya pun baru nak bawa bincang soal tu juga." papa bersuara.

" Bila nak langsungkan? " Mama bertanya. Aku dan Rizky hanya berdiam diri. Aku redha dengan segala yang diaturkan dengan keluarga.

" Kalau boleh , kita percepatkanlah tarikh pernikahan anak-anak kita ni. " papa memberi pandangan. Semua mengangguk tanda setuju namun aku tidak.

" Pa, ma, Daddy, mummy. Boleh tak pernikahan ni dilangsungkan selepas Mia dah graduted ? " pintaku. Aku memang berhasrat ingin melangsung kan perkhawinan selepas dah graduated.

Papa dan daddy bersetuju. Aku berasa lega . Tarikh pernikahan telah ditetapkan . Aku akan gradute dalam bulan 9. So? Ada beberapa bulan lagi sebelum aku mendapat segulung ijazah dan berlangsungnya perkahwinanku bersama Rizky.

Segalanya telah dibincangkan pada malam itu. Semuanya telah dirancang oleh kedua-dua belah pihak. Aku tiada bantahan. Rizky pun turut sahaja.

-- Skipp --

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now