Part 25

4.3K 173 0
                                    

" Perhatian kepada semua penumpang Airasia Airlines, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah dalam masa lima minit dari sekarang. Sila pakai tali pinggang keselamatan anda. Terima Kasih. " aku terbangun dari tidurku apabila terdengar pengumuman daripada pramugari tersebut. Aku mengangkat kepala dari bahu Rizky. Aku melihat Rizky sudah terbangun terlebih dahulu. Dia menoleh kearahku lalu mengukir senyuman.

Sesampai sahaja kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami ditunggu oleh pemandu bas daripada pihak Hotel . Kami dijemput naik ke dalam bas manakala beliau mengangkat bag-bag kami masuk ke bahagian belakang bas.

Kami menikmati pemandangan yang cukup menakjubkan. Suasana sepanjang perjalanan amat indah . Kami menginap di Hotel Meridien yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu.

Setelah menempuh perjalanan yang cukup memenatkan, kami tiba di Hotel yang telah ditempah oleh Rizky. Kami disediakan bilik yang khas dihiasi dengan bungaan dan lilin yang sangat cantik bagi pakej bulan madu .

Bilik penginapan kami terletak di tingkat 15. Dimana pada paras tersebut , kami boleh melihat sebahagian bandar tersebut.

Aku berasa sangat keletihan . Aku mengemas pakaian kami ke dalam almari lalu membersihkan diri. Rizky merehatkan badannya di katil. Selepas membersihkan diri, aku memakai baju tidur dan berbaring di kati.

Rizky keluar dari bilik air dan memakai baju singlet hitam serta seluar pendek lalu berbaring di sebelahku. Dalam beberapa minit sahaja, Kami sudah pun terlelap kerana terlalu kepenatan disebabkan perjalanan yang jauh.

Pada hari pertama di sabah , Rizky membawaku pergi ke kundasang untuk melihat pemandangan di sana serta pergi ke tempat penanaman buah strawberry.

Aku sangat teruja untuk pergi ke tempat tersebut disebabkan aku sangat sukakan buah yang manis.

Tepat jam 11 pagi , kami tiba di tempat yang dituju iaitu Strawberry Farm. Pemandangan di sana amat menarik perhatianku. Buahnya kelihatan amat segar sekali.

Aku sempat mengambil beberapa gambar pemandangan serta gambar kami berdua untuk dibuat kenang - kenangan . Selepas puas mengambil gambar, kami sempat melihat sekitar kawasan penanaman strawberry tersebut.

Setelah puas melihat kawasan tersebut , kami diberi peluang untuk memetik buah strawberry di kawasan tersebut . Aku amat teruja untuk memetik strawberry. Kami memilih buah strawberry yang bersaiz besar dan segar. Rizky sangat pakar memilih buah strawberry yang manis dan segar.

Setelah setengah jam tekun memilih buah untuk dipetik, kami ke kaunter untuk membayar buah strawberry yang dipetik. Rizky juga membeli barangan daripada buah strawberry seperti jem strawberry , strawberry prune dan macam-macam jenis lagi.

Rizky mengajakku untuk berehat sebentar di meja yang disediakan sambil menikmati pemandangan. Rizky membeli strawberry bersalut coklat dan air strawberry untuk dijadikan pengalas perut.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now