Selesai mengerjakan kerja rumah, Mia menghempas lelahnya di sofa empuk yang ada di ruang tamu rumah tersebut. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Terasa pinggangnya lenguh lalu dipukul lembut.
Badannya bersandar sambil tangannya sibuk mengelus perutnya yang kian membesar. Senyuman terukir di wajah Mia ketika teringat pesanan Rizky. " Ingat, Mia jangan buat kerja yang berat-berat tau sayang. Jaga diri sayang tu. Jangan nak mengada sangat. Jaga baby kita ni. Tak sabar nak jumpa anak papa ni." pesan Rizky menasihatkan isterinya setiap pagi sebelum kerja berharap kejadian lama tidak berulang lagi.
Kandungannya sudah berusia 5 bulan itu diusap lembut sambil diperhati. Hatinya berdoa agar anak yang dikandungnya itu sentiasa sihat dalam jagaan Allah. " Sayangg, anak mama buat apa tu? Maaf la kalau mama ni banyak bergerak sampai anak mama ni terikut penat juga. Sayang jaga diri tau. Membesar dengan sihat. Papa tak sabar nak jumpa dengan sayang tu." bisik Mia berniat untuk berkomunikasi dengan anaknya.
Telefon bimbitnya dicapai. Tiada khabar dari Rizky. Jam menunjukkan jam 10:40 pagi. Terlalu awal bagi Mia untuk memasak makanan tengahari. Aplikasi youtube ditekan. Surah Al-Imran dimainkan untuk didengarkan olehnya dan janin yang dikandungnya.
Sungguh tenang hatinya apabila mendengar alunan surah tersebut. Kepalanya disandarkan. Mia melelapkan matanya sebentar bagi melepaskan lelah.
----
Badannya dihempas kembali ke kerusi. Sungguh hatinya panas melihat Shira. Perkataan-perkataan yang Shira lemparkan dulu terlintas dipikirannya. Nafasnya ditarik untuk menenangkan hatinya.
Rizky istigfar panjang bagi menyejukkan dirinya sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh ketika kehadiran wanita itu. Niatnya ingin menghabiskan kerjanya sebelum waktu tengahari.
Jari-jemarinya laju menekan kekunci komputer ribanya. Kerjanya hampir selesai. Matanya menyemak semula kerjanya itu untuk mengelakkan sebarang kesalahan berlaku. Nafasnya dihembus lega. Kerjanya sudah pun selesai.
Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon isterinya dicari lalu butang hijau ditekan. Bunyi deringan telefon Mia mengejutkannya dari lena. Terpampang nama suaminya di skrin telefon.
Jarinya menarik butang hijau untuk menyambut panggilan tersebut. " Assalamualikum, sayang." sapa Rizky. Mia membetulkan kedudukannya yang baru sedar dari lena. " Waalaikumsalam, abang." balasnya sambil mengosok matanya. Nadanya pesis orang mamai. " Mia buat apa tu? Kejap lagi abang balik." tanya Rizky kembali. Beliau sedar isterinya baru bangun dari tidur.
Mata Mia memandang jam dinding. Matanya terbuntang melihat jam menunjukkan jam 11:54 pagi. " Allah! Maaf, abang. Mia terlelap di sofa tadi. Mia baru nak masak ni. " jawab Mia bernada cemas sambil menepuk dahinya kesal.
" Eh, takpe. Mia jangan kelam kabut. Abang okey je. Mia masak tu hati-hati tau. Jumpa nanti, sayang." ucap Rizky sebelum menamatkan panggilan.
Mia segera mematikan panggilan lantas masuk ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan masakkan. Ikan dan sotong dikeluarkan dari peti sejuk, kemudian dilalukan ke air yang mengalir. Bawang untuk bahan tumisan pula dibuang kulitnya lalu dicuci untuk dihiris. Sayur kangkung dikeluarkan dan dipotong-potong.
Setelah menamatkan panggilan, Rizky segera mengemaskan kertas dan fail yang bersepah di atas mejanya. Rose dipanggil.
" Kamu serahkan ini kepada Encik Borhan untuk tindakan lanjutan." arah Rizky sambil menyerahkan fail dan juga kerja yang disiapkannya tadi. Rose hanya mengambil fail tersebut dan meminta diri untuk keluar.
Telefon bimbitnya dicapai kembali. Kot blazernya disarungkan ke badan menandakan beliau ingin keluar. Beliau sempat memaklumkan kepada Rose bahawa beliau balik ke rumahnya untuk makan tengahari.
Kereta Camry yang dipandu Rizky laju membelah jalan untuk balik ke rumahnya. Senyuman manis isterinya terbayang dibenak fikirannya. Minyak kereta semakin ditekan untuk mempercepatkan pergerakkan kereta tersebut.
Mia tekun memasak makanan untuk suaminya. Sotong goreng tepung yang digoreng diangkat lalu ditoskan sebelum dihidangkan. Sayur kangkung tumis siap terhidang di atas meja. Hidangan sotong tadi diletakkan bersebelahan sayur kangkung tadi.
Ikan masak sos sudah juga siap dihidangkan. Kepalanya menjenguk ke luar rumah untuk melihat kelibat kereta Rizky namun masih belum muncul.
Senyumannya terukir mendengar bunyi enjin dari kereta yang sangat dia kenali. Mia mengatur langkah ke depan pintu untuk menjemput Rizky. Wajah suaminya manis mengukis senyuman sebaik saja keluar dari kereta.
Tangan Rizky disambut lalu dikucup lembut. Hidungnya dapat menangkap wangian dari masakkan Mia. Bertambah lapar dibuatnya. Kot blazernya dibuka lalu disangkut berdekatkan dengan pintu rumah.
" Sedapnya bau!" puji Rizky sambil memeluk tubuh kecil isterinya itu. Mia tersengih. Hatinya gembira masakan dipuji. Rizky dan Mia beriringan ke meja makan. Rizky sudah mengelus perutnya menandakan beliau berasa lapar.
Rizky mengambil tempat yang biasa beliau duduki. Mia pula menyenduk nasi ke pinggan suaminya dan juga pinggannya. Begitu juga lauk- pauk yang dimasak Mia. Rizky makan dengan berseleranya sehingga menambah nasi dua kali.
Usai selesai makan, Rizky mengempas dirinya ke sofa sambil mengelus perut yang kekenyangan. Sungguh menyelerakan air tangan buatan isteri. Mia mengemas meja makan lantas masuk ke dapur untuk mencuci pinggan yang kotor.
Mata Rizky mencari kelibat isterinya. Bunyi bising di dapur membuatkan dia melangkah ke bunyi tersebut. Tampak isterinya sibuk mencuci piring. Jatuh kesian Rizky melihat isterinya tekun membuat kerja rumah walaupun dalam keadaan beliau sarat mengandung.
" Mia." tegur Rizky sambil memeluk isterinya dari belakang. Kepalanya disandarkan ke bahu Mia niat untuk bermanja. Mia tersentak lalu mengukir senyuman.
Tangannya yang basah dikeringkan menggunakan kain. Mia memusingkan badannya. Sungguh dekat wajah mereka. Hati Mia berdetak kencang persis orang yang baru bercinta.
" Kenapa, bang? Abang nak minum?" soal Mia. Rizky mengelengkan kepala. Malah beliau menarik Mia ke pelukan eratnya. Sungguh beliau terharu pengorbanan Mia terhadapnya.
Mia tersentak sekali lagi. Terkejut dengan perbuatan Rizky. Mia hanya membiarkan beliau dipeluk. Hilang semua lelah yang tadinya terkumpul.
" Terima kasih, Mia. Sanggup berpenat lelah untuk jaga makan minum abang walaupun Mia sendiri tak larat sebabkan Mia mengandung ni." ucap Rizky meleraikan pelukan lalu mengelus perut comel Mia.
Mia hanya mampu tersenyum. " Apa kurang nya abang yang penat bekerja untuk mencari nafkah keluarga. " balas Mia. Terasa dirinya dihargai sangat. Sungguh beliau tidak percaya perkahwinan yang pada mulanya dirancang oleh keluarga memberikan kebahagian buat dirinya.
" Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih papa, mama." bisiknya dalam hati.
Mia menghantar suaminya ke depan pintu rumah untuk berangkat kerja kembali. Tangan Rizky disalam dan dahi Mia dikucup. Tidak lupa juga kucupan buat janin dalam kandungan Mia.
YOU ARE READING
Dia JodohKu
Romance"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papanya . Lelaki yang dia sendiri tidak mengenal siapa dirinya sebenar . Dia tidak pernah menemui gerangan empunya badan . Namun dia hanya berhara...