-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚
" Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku "
Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...
" Umi.. " panggil Qairil sambil mengejar langkah uminya yang menonong ke dapur.
" Jangan kacau umi lah abang, umi nak masak lebih sikit untuk tetamu kita tu. " nampak gayanya seronok benar ye uminya ingin menyambut Auliya. Iye lah, ini buat pertama kalinya anak lelakinya berkawan dengan budak perempuan. Kalau tak memang boleh dikatakan dia terlalu alergikkkkk dengan perempuan.
" Takyah lah umi, dia mesti dah makan punya. Tak perlulah nak bersusah-payah masak. " pujuk Qairil menghalang uminya daripada meneruskan kerjanya.
Puan Sarah menoleh ke belakang dan terus menjeling anaknya.
" Aik. Abang pula yang kena? Haih, abah mana umi ? " soal Qairil cuba menukar topik. Qairil tau dia tak boleh menang dengan Puan Sarah kalau lawan mulut. Perempuan selalu menang.
" Abah kamu tengah rehat dekat bilik. Qaizi tengah tengok-tengokkan dia. Kamu pergilah tengok abah kamu jap. "
" Oh okey. Umi jangan masak banyak sangat tau! " jerit Qairil berlari naik atas menuju ke biliknya.
" Macam-macam lah anak sulung aku sorang tu. Haih, cepat betul dia dah besar..rasa macam baru je kita dipertemukan sayang. " Puan Sarah berbisik seorang diri dan terus terimbas kembali cahaya mata yang pertama yang disambut olehnya dalam keadaan letih dan separuh pucat. " Ibu mana je tak remuk hati kalau anaknya secara tiba-tiba menengking dia. " Puan Sarah mengeluh dan terus meneruskan kerjanya.
Ping! Ping!
Puan Sarah tersenyum lebar mendengar bunyi hon di hadapan rumahnya. Puan Sarah terus berlalu dari situ meninggalkan masakannya dan terus menuju ke pintu utama. Puan Sarah semakin tersenyum lebar dan manis melihat wanita yang sedang turun daripada motor ninja kawasaki h2r.
" Auliya ? " panggil Puan Sarah untuk kepastian sebelum membuka pagar rumahnya.
Auliya menanggalkan helmetnya dan terus memandang wajah wanita yang sudah berumur dihadapannya sebelum tersenyum kecil.
" Ye saya aunty. "
Puan Sarah tersenyum dan terkaku melihat kejelitaan Auliya. " Lawa orangnya cantik namanya. " Puan Sarah terus menuju ke pagar dan membuka mangga pagarnya.
" Umi!! Samosa hangit!!! "
" Aduh umi lupa! Adik tolong tutup api! " jerit Puan Sarah yang masih lagi berada di hadapan Auliya. " Mari Auliya kita masuk dalam, kita sembang-sembang sikit. " pelawa Puan Sarah sambil menarik lengan Auliya perlahan-lahan.
Auliya hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya sekali dan terus mengikut Puan Sarah ke dalam.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(ruang tamu rumah Qairil)
" Kamu duduk dulu ye Auliya.. " pelawa Puan Sarah sebelum meneruskan langkahnya ke dapur.