SEORANG jejaka yang berwajah dingin melangkah masuk ke bangunan yang gah besarnya. Kesemua pekerja yang melihat sosok dingin dan beku lelaki itu terus menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat.
Jejaka itu mula melangkah kebilik kerjanya yang bertulis CEO. Ya jejaka itu CEO dari syarikat..
The Zayy's Holding.
Jejaka itu melangkah masuk kebiliknya yang khas hanya untuk CEO, sesampai sahaja jejaka itu melabuhkan punggung dikerusinya. Manakala ada seorang perempuan yang setia mengikuti jejaka itu kemana sahaja sambil memegang tab dan sebuah buku catatan.
"Tuan Zayyan, hari ini Tuan ada meeting bersama Dato Imran" ujar gadis itu. Zayyan yang melihat beberapa fail itu terhenti dan memandang semula kearah gadis berkerja sebagai personal assistantnya.
"Anything else?" Soal jejaka yang bernama Zayyan itu. Gadis itu memeriksa semula di skrin tab yang dipegangnya.
"Aah yes! Lepas meeting Tuan kena jumpa Tengku Adriana" dengar sahaja nama ibunya disebut, Zayyan hanya anggukkan kepala.
"Thanks Qaira, you can go now" ujar Zayyan mendatar. Habis dari itu ia menyambung menyemak kesemua fail-fail yang berkenaan dengan projek pembangunan dan sebagainya.
Sampai la pada jam meeting Zayyan bersama dengan Dato Imran, mereka membincangkan hal-hal yang ingin mereka langsaikan. Dan selepas itu, mereka berdua meminta diri untuk mengakhiri perbincangan meraka.
"Happy to cooperate with you" ujar Dato Imran sambil menghalakan tangan untuk berjabat dengan Zayyan.
"Me too Dato Imran" Zayyan menyambut huluran tangan dari Dato Imran dan ia meminta diri untuk bertemu dengan ibunya.
Sesampai sahaja Zayyan di pejabat, ia disambut dengan suara nyaring wanita yang berusia 40an itu.
"Tengku Raja Zayyan!" nyaring sahaja suara itu melintasi telinga Zayyan.
Zayyan menutup telinganya akibat berdesing yang amat apabila mendengar suara ibunya.
"Mama apa ni? sakit la telinga Zayy" dengus Zayyan dan menapak kearah Tengku Adriana untuk menyalami ibunya.
Tengku Adriana menyambut salam anak lelakinya lalu melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan meja kerja anaknya itu. Manakala Zayyan meletakkan kot bajunya di tempat sandar dikerusi lalu duduk di hadapan ibunya.
"Hm mama nak apa datang sini?" Soal Zayyan sambil memandang laptopnya. Tengku Adriana mendegus apabila mendengar pertanyaan anaknya.
"Aii takkan la nak datang tengok anak sendiri pun kena inform dulu?" Soalan Zayyan dibalas dengan soalan dan dengan itu lantas Zayyan menggelengkan kepalanya tanda tidak.
"Bukan itu maksud Zayy maa, Zayy tahu pasti mama datang sini ada benda nak bagitahu Zayy" kata Zayyan. Tengku Adriana mula tersenyum apabila mendengar ujahan daripada anaknya itu.
Tengku Adriana terus membetulkan keadaan duduknya dan mula memandang wajah kacak anaknya.
"Emmm Zayy" Tengku Adriana memanggil nama anaknya dengan lemah lembut, Zayyan berasa hairan mengapa ibunya ini tiba-tiba berkelakuan sebergini.
Zayyan mengakat keningnya apabila dipanggil oleh Tengku Adriana, dia tahu apa motif ibunya sekarang.
Tengku Adriana mengumpulkan nafas dan mula bersuara.
"Mama nak kenalkan anak kawan mama dekat Zayy, nak tak?" Soal Tengku Adriana lembut.
Riak wajah Zayyan serta merta berubah apabila mendengar pertanyaan ibunya. Pen yang dipenggang terus dihempaskan ke atas meja namun dia kuat, cukup membuatkan Tengku Adriana terkejut. Ia mendengus kasar sambil memandang wajah ibunya.
![](https://img.wattpad.com/cover/361920521-288-k734188.jpg)
YOU ARE READING
His Precious Little Wife (HIATUS)
RomanceTengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingkan kerja, berdedikasi, dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi disebabkan ia mementingkan kerja, itu membuatkan ia tidak pernah terfikir un...