Zayyan yang sedang duduk di kerusi untuk menungu dua orang gadis yang bersiap dengan lama. Ini lah perempuan, kalau bersiap berejam-jam kalau muka berubah jadi Jisoo blackpink tak apa la juga, ini tidak.
Baru sahaja Zayyan ingin melangkah masuk untuk memanggil kedua gadis itu, namun langkahnya terhenti saat melihat Eilish berjalan keluar. Eilish dengan terkejutnya lantas menundukan kepala bagi tidak memberi Zayyan melihat.
"Abang, maap lambatt.. aku siapkan Eilish tadi maap la eyh" Zyoura yang berada di belakang Eilish terus tersenyum manis. Tidak mahu membuatkan Zayyan marah.
Zayyan hanya mendengus sebelum masuk ke kereta, manakala Zyoura terus memimpin tangan Eilish untuk masuk kedalam perut kereta.
Eilish masih diam, merah mukanya jika dia mengakat wajah bersih itu. Zyoura yang sedari tadi di sebelah Eilish memandang hairan.
Zyoura malas ingin mengambil tahu jadi dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan telefon yang berjenama iphone dan membuka apps TikTok.
Tidak melenggahkan masa Zyoura terus memilih lagu yang sedang menjadi trend sekarang.
Semestinya Eilish akan tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh Zyoura. Gadis itu melihat Zyoura yang berada di sebelahnya sambil membuat TikTok.
"Apa yang dia tengah buat?" soal hati kecil Eilish sambil melihat Zyoura yang terkinja-kinja membuat TikTok.
Selepas siap membuat TikTok, Zyoura memandang Eilish yang berada di sebelahnya dan mula tersenyum nakal. Eilish yang melihat itu serta merta merasa lain dengan tatapan Zyoura, bila ia ketepi Zyoura juga mengikutinya.
Mereka berdua bagaikan di dalam dunia mereka sendiri dan tidak menghiraukan Zayyan yang sedang memandu. Zayyan hanya melihat mereka berdua dari cermin belakang.
"E..eh apa ni Zyoura?? Saya tak nak laa, saya tak pandai" Eilish sedaya upaya menolak ajakan Zyoura yang ingin membuat TikTok bersama dengannya, mana la dia tahu nak berTikTok-TikTok ni.
"Halahh i ajarkan lahh jom jom, senang ajee" Zyoura tidak berputus asa untuk mengajak Eilish berTikTok. Zayyan yang berada di hadapan pula menggeleng perlahan. Adiknya kalau tidak memaksa tidak sah.
"Zyoura kalau dia tak nak tak payah paksa. Kau duduk diam-diam" Zayyan menjadi orang tengah bagi dua gadis itu. Apabila mendengar abangnya bersuara terus wajah Zyoura mencebek geram.
Manakala Eilish diam sambil memandang ke luar tingkap dan sesekali memandang ke arah Zyoura yang duduk diam selepas ditegur oleh abangnya. Bukan dia tak nak tapi dia sendiri tidak tahu macam mana mahu bermain dengan apps itu.
"Eilish you takde phone ke?" soal Zyoura apabila dia sudah diam terlalu lama. Lagi pun, sejak Eilish menjejakkan kaki kerumah mereka, tidak pernah sekali ia melihat Eilish memegang telefon.
Eilish dengan segan hanya menggelengkan kepalanya sambil menunduk dan itu membuatkan Zyoura terkejut.
"Jadi selama ni you memang tak ada phone? habis macam mana you nak contact dengan family you?" soal Zyoura yang agak terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Eilish.
"Dulu saya ada, tapi ayah saya dah jual untuk..." Eilish terdiam, dia tidak mahu membuka cerita pasal apa yang telah ayahnya lakukan.
Zyoura yang masih melihat kearah Eilish, kenapa gadis di hadapannya seperti menyorokkan sesuatu?
"Saya kan hidup merempat? Entah-entah telefon saya pun dah hilang atau mungkin kena jual untuk nak beli makan" Eilish mencari alasan yang lain bagi menutup punca sebenarnya.
Tidak semena-mena dengan itu Eilish bertentang mata bersama Zayyan melalui cermin belakang. Jelas dari pandang Eilish mengharapkan bahawa Zayyan menutup mulut dan tidak memberitahu sesiapa akan hal yang pernah terjadi.
YOU ARE READING
His Precious Little Wife (HIATUS)
RomanceTengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingkan kerja, berdedikasi, dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi disebabkan ia mementingkan kerja, itu membuatkan ia tidak pernah terfikir un...