BAB 8

135 6 4
                                    

Zyoura melihat wajah ketakutan Eilish terus ia mendekati gadi itu. Manakala Zayyan hanya melihat dua gadis itu tidak semena-mena Zyoura memukul dada sasa abangnya.

"Kau buat apa kat Eilish sampai takut habis pucat muka dia ni? aku suruh kau duduk dengan dia je bang"

Zayyan yang baru sahaja ingin menjawap terpotong apabila Eilish membuka mulut.

"Ehh tak ada apa-apa la awak, saya pening sikit je ni" bohong Eilish dengan senyuman yang cuba dia tunjukkan. Zyoura mengecilkan matanya dan memandang tepat pada wajah polos Eilish.

Eilish pula masih mengekalkan senyuman palsu itu supaya tidak ketahuan dia berbohong.

"Yee betull, dah jangan la tengok saya macam tu" Eilish menutup mata Zyoura menggunakan telapak tengannya. Zyoura hanya merengus geram, habis makeupnya rosak.

Zyoura memandang Zayyan dari pandangan ekor dan kemudian ke Eilish, merasa agak curiga tapi dibiarkan sahaja.

Zayyan mengambil bakul di tangan Zyoura dan juga Eilish pergi ke kaunter bayaran. Eilish hanya diam sambil melihat wallet Zayyan yang agak tebal dan banyak card yang dia sendiri tidak tahu.

Eilish melihat isi wallet milik Zayyan hampir terbatuk dia akibat tersedak. Wallet milik Zayyan tebal hanya kerana gumpulan duit yang tebal terisi di dalam wallet lelaki itu.

Eilish kekal memerhati gerak geri Zayyan, apabila Zayyan membayar kesemua barang-barang yang dibeli oleh Zyoura dan juga dirinya Zayyan hanya menggunakan satu card yang berwarna hitam.

Zyoura yang melihat tindak laku Eilish hanya gelengkan kepala, nampak sangat gadis itu tidak tahu dan jarang melihat card seperti itu.

Apa bila sudah selesai, Zayyan memberi bag plastik barangan Zyoura dan juga Eilish. Namun barang kepunyaan Eilish Zayyan memegang tanpa memberi satu pun pada Eilish.

Sedangkan Zyoura langsung tidak di bergituan.

"Kau dari tadi tenung je aku kenapa? Aku ni handsome ke? Tahu la aku ni handsome tapi jangan usya macam tu" Eilish yang mendengar kata-kata Zayyan memutarkan bola matanya ke atas, menyampah.

"Eee tolong sikit eyh, tak hingin saya nak usya orang tua macam pakcik ni, perasan aje yang dia tahu" kutuk Eilish sambil memeluk tubuh.

Eilish langsung tidak memandang Zayyan akibat ketinggian yang sangat membuatkan Eilish tidak mahu melangut.

Bila dilihat semula dah macam gergasi dengan kerdil. benci!

Zyoura sudah berjalan kehadapan dan meniggalkan Eilish dan Zayyan di belakang, pada awalnya memang agak canggung namun lama kelamaan, Eilish mula rasa selesa mungkin kerana disebabkan Zayyan adalah abang kepada Zyoura?

"Eilish!" Eilish lantas memandang kearah Zyoura yang sedang menggamit memanggil dirinya, lantas Eilish mendekati Zyoura.

"Kenapa Zyoura?" soal Eilish apabila tangannya dipeluk erat tanpa menjawap pertanyaan dari Eilish, Zyoura manarik tubuh kecil itu masuk kedalam salah satu restaurant yang menjual makanan dari luar negara.

Zayyan mengikuti jejak dua gadis itu, apabila Zyoura memujuk merengek ingin makan di kedai itu akhirnya Zayyan menuruti sahaja.

Eilish meneman Zyoura memesan makanan buat mereka sesekali dia melirik kearah makanan yang menarik perhatiannya.

Disebabkan Eilish terlampau memandang kearah makanan itu, penjual yang sedari tadi melihatnya terus menyapa.

"Cik? Cik nak ke yang ini?" soal penjual perempuan yang manis dengan senyumannya. Eilish hanya membalas senyuman dari penjual perempuan itu, dia tak mahu meminta biarkan sahajalah.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now