Zayyan melangkah masuk kedalam pejabatnya dan ketika itu juga la Qaira, pembantu Zayyan yang menguruskan segala jadual-jadual kerjanya dan juga PA nya.
Qaira berhenti di hadapan meja Zayyan dan sambil itu melihat jadual bossnya pada pagi itu.
"Good morning boss, okay harini boss ada perjumpaan dengan Datuk Hisyam pasal projek yang ada di Langkawi" beritahu Qaira sambil mata melihat ke arah tab.
Zayyan anggukkan kepalanya dan mula untuk melihat isi-isi projek yang hendak dijalankan.
"Anything else? Kalau tak ada awak dah boleh keluar" ujar Zayyan tanpa memandang kearah Qaira. Qaira menundukkan kepalanya sebelum meminta diri untuk pergi.
Zayyan menyemak kesemua file-file yang tersedia di atas mejanya, bila dah disemak, Zayyan bersiap-siap untuk berjumpa dengan Dato Hisyam untuk membincangkan hal projek yang berada di Langkawi.
Zayyan memandang jam tangannya, sudah satu jam dia menunggu tetapi batang hidung Dato Hisyam masih tidak kelihatan. Zayyan adalah orang yang paling tidak suka menunggu jika hal kerja.
"Tengku! I'm sorry for late, something happend to when i on the way to see you" Dato Hisyam meminta maaf kepada Zayyan saat melihat riak wajah Zayyan yang sudah berubah tegang.
"You're late Dato."
mendengar ayat Zayyan, Dato Hisyam sekali lagi meminta maaf atas kesalahannya. Zayyan kembalik duduk di tempatnya sambil menyedut air mocha ais nya.
Mereka membincangkan hal yang ada di projek Langkawi, sungguh membuatkan Zayyan agak pusing.
Akhir sekali, Zayyan dan Dato Hisyam hanya duduk bersembang santai apabila hal dibincangkan sudah pun habis.
Sekitar dalam 30 minit, Zayyan meminta diri.
"Okay la Dato Hisyam, saya minta diri dulu? ada emergency" ujar Zayyan sambil menghulurkan tangan buat berjabat tangan. Dato Hisyam menyambut salaman Zayyan dan Zayyan berlalu pergi meninggalkan tempat mereka berbincang.
Zayyan yang asyik melihat telefon sampai tidak sedar orang yang dihadapannya.
BUK!
Zayyan terlanggar seorang gadis yang pakaiannya lusuh dan tidak terurus. Zayyan mengambil semula telefonnya yang jatuh, bila dilihat, nasib baik tidak retak atau pecah.
Zayyan lantas memandang gadis yang di hadapannya sekarang ini. Gadis itu mengerang kesakitan akibat terlanggar tubuh Zayyan yang tegap itu.
"Sskk.. sakitnye" adu gadis itu sambil mengusap dahinya yang sakit.
"Kau..."
Mendengar sahaja suara Zayyan, gadis itu lantas mendongak. Dengan kagetnya orang yang dia langgar adalah lelaki yang dihinanya.
"M..maafkan saya" gadis itu menunduk, tidak berani bertentang mata dengan Zayyan.
"Oh kau rupanya perempuan comot. Kau ni kan, dari haritu aku tengok kau macam nak mengelak dari seseorang. Kau lari dari siapa sebenarnya?" soal Zayyan dengan tanpa henti.
Namun disaat gadis itu ingin menjawap, mereka mendengar satu jeritan garau datang kearah mereka.
"Hoi perempuan, kau nak lari mana hah?! Kau jangan ingat kau boleh terlepas dari kitaorang" dengar sahaja suara itu, Gadis itu terus belari meninggalkan Zayyan, namun Zayyan menahan.
Wajah gadis itu bertukar pucat, walaupun kelihatan comot, namun kulit gadis itu masih terlihat dengan jelas.
"Encik, tolong lepaskan saya, kalau diaorang dapat tangkap saya. Mati saya dikejarkan" rayu gadis itu. Namun Zayyan tidak melepaskan lengan gadis itu.
YOU ARE READING
His Precious Little Wife (HIATUS)
RomanceTengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingkan kerja, berdedikasi, dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi disebabkan ia mementingkan kerja, itu membuatkan ia tidak pernah terfikir un...