BAB 2

165 10 1
                                    

Zayyan masuk kedalam perut kereta dan menghembuskan nafasnya yang berat. Satu-satu masalah datang, sudahlah ibunya datang memaksanya untuk berjumpa dengan anak kawan baiknya. Sekarang ada seorang gadis yang entah dari mana datang dan mengekorinya.

Tak lama tika itu telefon miliknya berdering minta untuk diangkat, Zayyan mula melihat nama yang tentera di skrin tersebut.

Zyoura.

Zayyan terus menjawap panggilan dari Si adik itu, apabila dijawap Zayyan terus menjauhkan telefon daripada telinganya. Fuhhh boleh pekak telinga.

"Zyoura kau boleh tak kalau cakap jangan nak terjerit-jerit. Bingit la telinga" dingin Zayyan. Apabila suara adiknya sudah perlahan-lahan menjadi perlahan baru ia mula bertanya.

"Ha kau nak apa?" Soal Zayyan. Zyoura membuka cerita tentang apa yang terjadi dirumah dan tentula riak wajah Zayyan mula bertukar rimas. Soal itu lagi dan lagi.

Zayyan mula meraup wajahnya dan lantas mematikan panggilan semasa Zyoura sedang bercakap. Dalam 5 minit selepas itu Zyoura menelefon Zayyan semula, mahu tidak mahu Zayyan terpaksa menjawap.

"Kau memang nak mati kan? Aku tengah bercakap boleh kau letak? Kau nak mampus ke?" Suara Zyoura kedengaran agak nyaring bersama dengan bebelan. Zayyan akhirnya mematikan panggil itu. Malas mahu melayan.

Lagi sekali Zyoura menelefon tetapi Zayyan tidak menjawap. Zayyan mula menghidupkan enjin kereta dan mula untuk beredar dari situ.

Akhirnya Zayyan sampai dirumah Tengku Raja Zarul. Zayyan memarkir keretanya di garaj. Zyoura yang berada diluar rumah sambil menayangkan riak wajah yang tidak berpuas hati.

Apabila Zyoura melihat abangnya keluar dari perut kereta lantas dengan itu Zyoura melangkah mendekati Zayyan.

"Woi lelaki, kau ni memang laa aku tengah bercakap kau boleh end call macam tu je? agak-agak berapa lama kau tak makan penampar aku?" Soal Zyoura dengan geram. Muka dingin abangnya dipandang jelas dari riak wajah itu menyatakan yang ia malas mahu melayan.

"Aku memang lelaki takkan sajat? yang kau ni kenapa terpekik terlolong macam perempuan gila" Zyoura yang mendengar ayat dari abangnya itu lantas terdiam dan melangkah masuk masuk kedalam rumah. Zayyan yang merasa kata-katanya agak keterlaluan terus mengejar sosok adiknya itu.

Apabila Zayyan memaut tangan kecil adiknya namun Zyoura menepis dan cepat-cepat ia mahu naik kebilik.

Zayyan hanya membiarkan sahaja, nanti ia akan cuba untuk memujuk adiknya itu. Zyoura kalau marah merajuk tidak lama, habis lama 3 hari selepas itu baik semula.

Malam pun menjelang tetapi kelibat adik perempuannya yang seorang itu tidak kelihatan, makan malam pun tidak turun. Katanya masih kenyang, apa yang budak itu makan pun tidak tahu.

"Adik tu kenapa Zayy" soal Tengku Raja Zarul kepada anak lelakinya.

Zayyan hanya mengeluh, salahnya juga kerana berkata demikian pada Zyoura. Adiknya itu mudah terasa jadi ini la akibat jika tersalah cakap. Siapa bakal suami adiknya itu harap-harap dapat bersabar lah.

"Salah Zayy sebab tercakap kasar kat dia" ujar Zayyan sambil memandang telefonnya, Tengku Adriana terus menapar bahu anak sulungnya itu.

"Dah tahu perangai adik tu macam tu kenapa cakap kasar?" marah Tengku Adriana, Zayyan hanya berdiamkan diri tidak membalas. Kalau menjawap lagi teruk dikenanya nanti.

Zayyan tidak boleh duduk tenang ia seperti cacing kepanasan apabila mengingat bahawa adiknya yang masih tidak bercakap, makan lagi la tidak.

Zayyan jalan kebilik Zyoura, seperti jangkaannya gadis itu mengunci pintu. Zayyan sudah ketuk beribu kali namun masih kekal sama.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now