BAB 4

146 9 0
                                    

Zayyan terbangun dari tidurnya dan melihat kearah jam ditepi katil. Jam menunjukkan pukul 6 tepat-tepat, Zayyan memejam matanya bagi mengumpul segala roh masuk kedalam badan sebelum membersihkan diri.

Apabila sudah selesai menunaikan solat subuh, Zayyan masuk kedalam bilik adiknya untuk membangunkan gadis itu untuk bersiap. Zyoura ada kelas pagi hari ini, jadi ia tidak mahu adiknya terlambat untuk pergi ke kelas.

Masuk sahaja di dalam bilik, Zayyan melihat adiknya tertidur pulas sambil memeluk bantal peluk bersama rambut yang serabai.

"Zyoura.."

Tiada balasan, Zayyan mengejutnya lagi. Zayyan menggocangkan bahu Zyoura dengan perlahan namun masih kekal sama.

"Zyoura bangun. Kau cakap kau ada kelas pagi ni, cepat nanti kau lambat" ujar Zayyan. Apa punya susah nak bangunkan adik perempuannya ini?

Zyoura hanya menggeliat, tidak membuka mata sebaliknya sambung tidur dengan pulas. Zayyan menghembuskan nafas beratnya.

"Tengku Raja Zyoura" apabila nama penuhnya disebut, lantas dengan itu Zyoura bangun terduduk di atas katil.

Kalau abangnya dah memanggil nama penuhnya itu bukanlah tanda yang baik, silap hari bulan. Runtuh rumah ni.

"Emphhh, abang sekarang pukul berapa" dalam keadaan separuh sedar Zyoura menanyakan jam sudah berapa sekarang pada abangnya. Zayyan yang melihat jam digital di tepi katil adiknya, yang menunjuk sekarang adalah pukul 6:30 pagi.

"Dah 6:30.. bangun bersiap cepat aku hantar kau alang-alang aku cuti hari ni" ujar Zayyan sebelum ingin melangkah keluar meninggalkan bilik adiknya.

Sekitar 30 minit, Zyoura turun melangkah ke meja makan. Zayyan, Tengku Adriana dan juga Tengku Raja Zarul sudah menunggu kehadiran si bongsu.

Zyoura yang melihat hindangan yang dibuat Tengku Adriana terus berubah riak wajah itu menjadi bersinar-sinar.

"koteow goreng!! mama rara nakk!" dengan bersemangant Zyoura memberi pinggannya kepada Tengku Adriana.

Tengku Adriana menyambut pemberian pinggan dari anak perempuannya dan mencedokkan kotoew kedalam pinggang Zyoura.

"Harini balik pukul berapa?" soal Zayyan kepada adiknya yang lagi sibuk menjamah makanannya.

Zyoura membuka telefon untuk melihat jadual kelasnya untuk hari ini, bila diliat, riak wajah Zyoura bertukar masam.

"pukul 5" dengan nada yang tidak ceria. Kenapa harus pukul 5?

Zayyan hanya anggukkan kepala, nampaknya mood Zyoura tidak bergitu baik.

"Anak papa ada duit? nak papa bagi cash or transfer?" Zyoura hanya menggeleng tanda tidak mahu, Hancur sudah moodnya di pagi hari yang mulia ini.

Di dalam kereta, Zyoura hanya diam sambil melihat telefonnya. Zayyan terus menggosok rambut adiknya yang berwarna Ash Grey.

"Kenapa ni? Pagi-pagi dah masam muka tu" soal Zayyan dengan lembut. Zyoura hanya mampu diam.

"Harini balik lewat, pasti ada aktiviti-aktiviti yang kelas aku nak buat. Tak suka!" bebel Zyoura dengan geram.

Zayyan hanya gelengkan kepalanya, ada saja karenah adiknya itu. Sesampai sahaja di depan kolej Zyoura, Zayyab terus membuka telefonnya dan membuat sesuatu.

Zyoura yang sudah berjalan masuk kedalam kolejnya tiba-tiba terhenti saat mendapat notification dari abangnya. Buka sahaja telefon dengan  alangkah terkejut dirinya apabila si abang memberikan duit sebanyak 40 ribu.

Zyoura terus menelefon Zayyan. Tak lama tika itu Zayyab menjawap panggilan dari adiknya.

"Tak payah banyak mulut, kau ambil je" tak sempat Zyoura ingin bercakap, si abang yang mulakan dahulu dengan pakej Zayyan mematikan telefon itu.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now