BAB 6

148 8 1
                                    

Zayyan hanya anggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar meninggalkan Eilish seorang diri di dalam bilik. Eilish masih lagi kekok dengan keadaannya.

Eilish masih mendiamkan diri di dalam bilik dan melihat sekeliling bilik yang ia duduki. Sesekali dia melihat dirinya.

Eilish memegang wajahnya, melihat pakaian yang dipakainya, semua itu kelihatan mewah. Jika dilihat semula, bilik tidur yang ia duduki terlihat sangat besar.

Ini adalah kali pertama ia berada di dalam bilik dan rumah yang mewah sebergini.

Eilish melihat barang yang di beli oleh Zayyan sebentar tadi, terdapat barang mandian dan juga barang-barang keperluannya.

"Sekarang ni aku menumpang rumah orang, jadi pasti diorang tak dapat jumpa aku kan untuk sementara waktu ni" Eilish melepaskan keluhan berat. Harap-harap ia dapat duduk di sini lebih lama untuk melindungi dirinya dari lelaki-lelaki yang mengejarnya.

Eilish melihat lengannya yang terlihat lebam disebabkan pukulan lelaki-lelaki itu. Susah kalau dia mahu menyorok.

Eilish mengambil keputusan untuk keluar melihat seluruh kawasan rumah. Keluar sahaja dari bilik tidur, Eilish dikejutkan oleh permandangan yang indah ada di dalam rumah tersebut.

Barang-barangan yang ada di dalam rumah itu kelihatan sangat mewah dan tidak tinggal besar juga. Eilish tidak pernah menjejakkan kakinya di tempat yang bergini.

Eilish mengambil keputusan untuk keluar pergi ke halaman rumah. Eilish melihat banyak pokok-pokok bunga yang tersusun cantik di halaman rumah. Apabila dilihat semula, rumah yang di dudukinya tersangatlah mewah. Halaman rumah itu luas dan besar.

Sedang ralit Eilish melihat suasana di halaman rumah, dia disergah oleh seseorang dari belakang.

"You siapa?" Soal Zyoura yang baru sahaja pulang dari kelasnya. Tetapi Zyoura terdiam untuk seketika. Kenapa perempuan ni macam pernah ia jumpa tetapi dimana?

Eilish kelihatan sangat takut, takut dengan renungan mata Zyoura yang mematikan. Adakah ia isteri dari lelaki itu?

"S..saya tumpang rumah ni sekejap untuk sementara waktu" tergagap-gagap Eilish menjawap. Zyoura melihat perempuan di hadapannya, cantik.

"Apa nama you?" soal Zyoura dengan masih was-was.

"Eilish. Eilish Luna Emilia" Eilish memperkenalkan dirinya kepada Zyoura bersama senyuman manisnya. Cuba untuk membuang perasaan takut dan resah.

Zyoura hanya angguk dan melangkah masuk ke dalam rumah untuk mencari kelibat mamanya.

"Mamaaa" Zyoura memeluk Tengku Adriana dengan erat dan menghadiahkan ciuman kecil di pipi mulus mamanya.

"Haa, anak dara ni dah balik.. balik dengan siapa?" soal Tengku Adriana apabila pelukan di lepaskan.

"Naik grab je" jawap Zyoura. Tengku Adriana hanya anggukkan kepalanya. Zyoura yang duduk di meja melihat mamanya menyiapkan makanan untuk mereka sekeluarga.

Dalam asyik melihat telefon, Zyoura baru teringat tentang gadis yang ia temui di halaman rumah sebentar tadi.

"Mama" Zyoura mulakan perbicaraan.

Tengku Adriana hanya berdehem apabila anak gadisnya panggil.

"Nak tanya ni" Tengku Adriana hanya anggukkan kepala, nak tanya tu, tanya la tak perlu sepatah-sepatah cakap.

"Siapa perempuan yang ada dekat halaman rumah kita tadi tu?" soal Zyoura. Kerja yang dilakukan Tengku Adriana terhenti saat mendengar soalan yang dilontarkan oleh anak perempuannya.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now