BAB 10

155 9 2
                                    

"Eilish sorry la, you tidur tadi i tak sampai hati nak kejutkan. Tak tahu pulak mama dengan papa keluar" ujar Zyoura yang mengelap air mata Eilish yang berjujuran di pipi mulus itu.

Eilish tersedu sedan menangis, bukan kerana terlihat manja tetapi ada satu peristiwa yang membuatkan dirinya sangat takut ditinggal seorang diri di rumah.

Zayyan membuat isyarat kepada Zyoura supaya mengambil air kepada gadis itu sementara dia menenangkan tangisan itu.

Zyoura hanya anggukkan kepalanya dan melangkah masuk ke dalam dapur untuk mengambil air untuk Eilish.

"Dah dah la tu menangis, kitorang dah balik kan?" pujuk Zayyan sambil mengelap air mata Eilish menggunakan tisu.

Zyoura kembali membawa secawan air suam dan diberikan kepada Eilish supaya dia tenang. Lama kelamaan Eilish mula tenang, tiada lagi suara esakan dari gadis itu.

Eilish memandang dua orang di hadapannya berselisihan ganti sebelum mencubit Zyoura.

"Kenapa tak kejut saya? tahu tak saya bangun je dari tidur tengok semua tak ada dekat rumah" marah Eilish, dah la dia masih baharu di sini ditinggal pula secara senyap senyap, gelabah di buatnya.

Zyoura meringis kesakitan akibat dicubit, boleh tahan juga cubitan Eilish ini habis merah di buatnya.

"Sudah sudah. Eilish kalau kau lapar makan la ni, Zyoura beli banyak makanan makan la" Zayyan memperlawa Eilish untuk makan bersama. Terkejut Eilish saat melhat banyak makanan yang dibeli.

"Banyaknyaaa" terbeliak mata Eilish sambil membelek satu persatu bag plastik yang berisi makanan.

Eilish memandang Zyoura yang duduk di sebelahnya. Apabila merasa dirinya dilihat Zyoura lantas tersengeh seperti kerang busuk.

"Hehe, amik la tu.. eyh aku beli untuk kau tau yang banyak banyak ni, bersyukur sikit" ujar Zyoura sambil memeluk tubuhnya.

Eilish menggaru kepala yang tidak gatal, haih tengok pun kena bebel.

"Ye, terima kasih sebab ingat dengan saya tapi kenapa banyak sangat kalau tak habis membazir je" Eilish memandang 4 plastik yang berisi makanan semua. Dia manalah makan banyak, ini dah macam nak buat open house.

"Aku dah cakap tapi budak ni taknak dengar" Zayyan membuka mulut setelah lama diamkan diri. Zyoura hanya mencebek, beli makan pun salah.

Eilish tersenyum kecil sambil membuka plastik yang ada di tangannya, bukan main berat.

Eilish melihat pelbagai makanan dari jajan, minuman, junkfood dan sebagainya. Eilish mula merasa kembang tekak. Bukan apa, banyak sangat makanan yang di beli oleh Zyoura.

"Banyaknyaa ini siapa yang nak habiskan ni?" soal Eilish kepada Zyoura yang menyelongkar plastik makanan mencari susu kotak yang dibeli.

"Mestilah i, i boleh habiskan semua ni you jangan risau" Zyoura memeluk bahu Eilish dan goyangkan ke kanan dan kiri.

Zayyan memusingkan matanya tanda menyampah, habis la sangat. Nak tengok sikit sampai mana dia punya 'habis' tu.

30 minit kemudian

Zyoura menolak ke tepi bekas makanan yang masih tersisa. Perutnya sudah penuh dengan makanan.

Manakala Eilish masih menjamah ramyeon dengan lahap. Dia lapar.

Zyoura menepuk perutnya yang penuh disumbat oleh pelbagai makanan. Manakala Zayyan hanya memerhati bekas makanan Zyoura yang masih tersisa sedikit.

Baru sahaja Zyoura mahu berdiri Zayyan mula bersuara.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now