BAB 11

134 6 0
                                    

Zayyan melihat kerja-kerja yang harus di semak olehnya, seketika dia mendengus dan mengeluh apabila melihat kerja-kerja yang masih silap.

"Dah cakap pun masih buat salah" Zayyan meraup rambutnya dengan serabutnya.

Zayyan menelefon Hael untuk meminta tolong atas report salah di buat.

"Nak apa?" Hael menjawap telefon dari Zayyan. Terdengar dari suara lelaki itu seperti baru tidur.

"Aku nak minta tolong pasal report yang aku aku kena bagi pada Dato Adam" jelas Zayyan sambil melihat kearah macbooknya.

Hael yang masih separuh sedar hanya mengiyakan, padahal ia langsung tidak faham.

"Haa.. okay nanti aku buat" Zayyan yang baru sahaja ingin berkata talian terus terputus. Zayyan menahan mulutnya untuk mengeluarkan kata-kata mutiara.

Eilish yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa bekas yang berisi nasi lemak dan sambal sotong, dia meletakkan di atas meja.

Eilish mengambil 5 gelas untuk mereka semua bersama dengan air tea yang dibuat, walaupun di rumah itu ada orang gaji tetapi, Eilish mahu buat semuanya sendiri.

Eilish mengakat 5 gelas dan susun elok di atas meja selepas itu ia mengambil satu bekas yang terisi air tea untuk sarapan mereka.

Tengku Adriana yang baru sahaja turun daripada tingkat atas lantas terbau haruman nasi lemak bersama dengan sambal sotong yang di masak oleh Eilish.

Tengku Adriana menuju kearah meja makan, terlihat semua yang sudah selesai hanya tinggal mereka cedok dan makan sahaja.

"Yaa Allah budak ni! kenapa tak suruh bibik je yang buat?" Tengku Adriana memandang Eilish dengan wajah yang dibuat-buat marah.

Melihat reaksi Tengku Adriana, Eilish tersengeh menampakkan susunan gigi yang cantik.

Tengku Adriana yang tersedar akan kelibat anak lelaki lantas dia memanggil.

"Tengku Raja Zayyan!" dengan sontak Zayyan menoleh apabila namanya disebut penuh oleh mamanya.

Zayyan memandang Tengku Adriana dengan pandangan yang heran, keningnya diangkat sebelah.

Tengku Adriana melihat anaknya dengan kegeraman. Orang tengah siapakan sarapan dia boleh goyang kaki tengok tab? woahh senangnya hidup.

"Zayy tak nampak Eilish siapkan sarapan? tak reti ke nak tolong, biarkan dia buat seorang" bebel Tengku Adriana.

Zayyan dah mula menutup telinga. Argh! mahu-mahu dia juga yang kena!

"Zayy dah nak tolong tapi dia yang ta-"

"Zayy jangan nak beri seribu satu alasan dengan mama" belum habis Zayyan berkata telah dipotong laju oleh Tengku Adriana.

Zayyan mengeluh, sakit telinganya mendengar bebelan dari Tengku Adriana. Bagaimanalah papanya boleh bertahan.

"Gosh mama! bukan Zayy yang tak mahu tolong tapi tanya si pendek tu. Dia yang benarkan Zayy tolong siap halau lagi" terang Zayyan dengan tidak berpuas hati.

Riak wajah Eilish bertukar apabila namanya dipetik. Haish baru sahaja dia mahu kenakan lelaki itu akibat mengusiknya sebentar tadi.

Eh tapi.. dia panggil aku 'si pendek'? Eilish yang langsung tersedar lantas memandang tajam kearah Zayyan dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

Zayyan menjeling kearah Eilish, malas mahu melayan karenah gadis itu. Banyak lagi kerjanya mahu di selesaikan.

Di meja makan hanya mendengar suara sudu dan garfu yang bertembung dengan pinggan kaca. Suasana di meja makan pada pagi itu agak sedikit sepi.

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now