BAB 13

105 8 0
                                    

Selepas beberapa jam, Eilish memandang kearah Zyoura yang sudah pun tertidur akibat penat menangis. Dia mengusap rambut Zyoura dengan lembut, dapat dilihat ada bekas air mata di wajah gadis itu.

Eilish mula perlahan-lahan turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik Zyoura. Tutup sahaja pintu langkahnya terhenti melihat Zayyan yang elok berdiri di belakangnya.

"Encik nak apa? Kalau nak jumpa dengan Zyoura dia dah tidur" ujar Eilish dengan nada yang mendatar. Dia masih marah akan Zayyan di sebabkan petang tadi.

Zayyan mendengus perlahan, nafas di tarik dan memandang gadis pendek di hadapannya.

"Tak aku tak datang nak jumpa dengan Zyoura aku nak jumpa dengan kau" Mendengar apa yang Zayyan sampaikan itu dengan pantas Eilish melihat Zayyan.

Jumpa dengannya? Kenapa? itu yang menjadi tanda tanya untuknya. Eilish menganggukkan kepalanya dan mula berjalan menuju ke tingkat bawah.

Zayyan hanya mengekori kemana Eilish mahu pergi, sampai sahaja di halaman belakang rumah Eilish memeluk tubuh.

"Kenapa nak jumpa dengan saya?" soal Eilish dengan hairan. Jarang lelaki ini mahu berjumpa dengannya selalu ada sahaja yang membuatkan hatinya meluat dengan perangai lelaki ini.

Zayyan meletakkan satu kotak. Kotak yang sangat mahal. Eilish masih terdiam di tempat duduknya, tak tahu mahu bagi reaksi apa.

Eilish terkebil-kebil memandang kotak itu berselisihan ganti memandang kearah wajah tampan Zayyan yang berdiri di hadapannya.

Ditolak kotak itu semakin dekat dengan Eilish tetapi gadis itu masih tergamam. Terkebil-kebil dirinya.

"A-apa ni?" soal Eilish dengan gagap. Zayyan memutarkan matanya malas mahu menjawap soalan bodoh yang keluar dari bibir gadis itu.

Sekali di pandang tahu sahaja, itu adalah kotak telefon yang berjenama Iphone 15 pro max.

"Soalan kau yang terlebih bodoh atau kau sengaja buat-buat bodoh?" soal Zayyan bersama dengan sinisnya.

Eilish memandang tajam kearah Zayyan. Biadap tak habis-habis dengan bodoh dia. Jadi betul bodoh dekat dia baru tahu.

"Saya tahu la depan mata saya ni apa benda tapi maksud dari tuan ni apa?" soal Eilish dengan geram, sedap mulut dia aje nak bodoh-bodohkan aku.

"Dah aku bagi ambil jela apa yang banyak songeh sangat ni?" soal Zayyan, orang bagi barang pun banyak bunyi betul.

Eilish menggeleng, dia tak mahu. Baginya telefon ini mahal dan dia langsung tak layak untuk mendapatkannya. Kotak yang berada di hadapannya ditolak kearah Zayyan.

Tipu kalau dia sikit tak merasa nak ada telefon macam orang lain tetapi bila di ingat siapa dia yang sebenarnya membuatkan dirinya sangat tidak layak.

Perbuatan Eilish membuatkan Zayyan mengeluh. Ini yang dia tidak suka dengan perangai Eilish, terlalu merendahkan diri dan berfikir dirinya tidak pantas memiliki sesuatu benda seperti orang lain.

"Ambil Eilish aku bagi ni dekat kau" Zayyan menolak semula kotak itu tetapi Eilish menggeleng.

Eilish menggeleng dan bangun untuk masuk kedalam rumah. Zayyan menyambut lengan kecil milik Eilish untuk menghentikan langkah gadis itu.

"Kenapa kau susah sangat nak ambil barang yang aku bagi ni?"

"Saya tak mahu lagipun ini mahal saya tak layak nak terima barang semahal ni" tolak Eilish tangan yang di pegang di lepas perlahan-lahan.

Zayyan mengeluh perlahan, susah betul. Melihat Eilish menapak masuk ke dalam rumah Zayyab mengambil kotak telefon yang hendak diberikan kepada Eilish dipandang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Precious Little Wife (HIATUS)Where stories live. Discover now