Sampai sahaja mereka di rumah, Zyoura terlebih dahulu masuk ke dalam rumah meninggalkan Eilish dan juga Zayyan. Eilish terkebil-kebil memandang Zayyan bersama tatapan tanda tanya.
Zayyan mengakat barang-barang yang mereka membeli belah sebentar tadi. Eilish mengikuti jejak Zayyan. Tengku Adriana yang melihat anak lelakinya bersama dengan Eilish, dia terus menuju dan memeluk tubuh kecil Eilish.
"Tu adik kamu kenapa? Muka masam mencuka" soal Tengku Adriana, bukannya tidak tahu kalau muka anak bongsunya berubah menjadi masam seperti cuka adalah benda terjadi di antara dua beradik itu.
"Biarkan la dia maa pandai-pandai la dia nanti" Jawap Zayyan dengan malas. Dia mula melangkah naik ke bilik untuk berehat, penat seharian menjaga dua perempuan yang akal seperti budak kecil.
Eilish pula masih terkebil-kebil sambil memakan taiyaki yang dibeli oleh Zayyan sebentar tadi.
Tengku Raja Zarul yang duduk di sofa sambil melihat kearah Eilish langsung menggeleng bersama tawa kecil. Terhibur hatinya melihat kecomelan gadis kecil itu.
Tengku Adriana membawa Eilish duduk di sofa bersama dengan Tengku Raja Zarul.
Eilish hanya mengikuti apa yang Tengku Adriana mahu sambil bermulut penuh dengan taiyaki. Sebijik tidak tumpah seperti anak kecil.
"Eilish macam mana? kamu dah beli baju dan barang keperluan kamu?" soal Tengku Raja Zarul dengan lembut kepada gadis di hadapannya. Eilish anggukkan kepala tanda sudah. Manakala Tengku Adriana sehabis baik mengelap mulut Eilish yang comot akibat taiyaki yang dimakannya.
"Macam budak-budak kamu ni Eilish" Eilish tersimpul malu atas perbuatannya yang seperti kanak-kanak.
Eilish meminta diri untuk masuk ke biliknya, apabila dia membaringkan tubuh badan yang terasa agak lelah.
Tetapi disaat ia mahu melihat barang yang dibelinya sebentar tadi, baru dia perasan bahawa kesemua barangnya tidak ada.
"Alamak ni mesti dekat pakcik tua tu ish" Eilish bejalan keluar menuju ke bilik Zayyan. Eilish mengetuk pintu bilik Zayyan namun tiada sahutan.
Eilish mengetuk lagi tetapi masih sama, agak lama dia berdiri di luar pintu sambil mengetuk dan pada akhirnya Eilish masuk sahaja pintu yang tidak berkunci itu.
Sangkaan Eilish bahawa Zayyan tidak ada di rumah jadi dia masuk untuk mendapatkan barang yang dibawa oleh Zayyan.
Eilish mencari dan cari masih tidak jumpa. Eilish menggarukan kepala yang tidak gatal, kemana semua barangannya?
Dalam sibuk Eilish menyelongkar bilik itu Zayyan yang baru sahaja keluar dari bilik mandi dalam keadaan badan yang dililit tuala rambut basah dan tidak berbaju.
Zayyan tergamam melihat Eilish yang tiba-tiba ada di dalam biliknya. Namun Zayyan hanya diam melihat kesemua perbuatan Eilish.
"Are you done, little girl?" tubuh badan Eilish terkaku apabila mendengar suara yang menegurnya. Bila dia memusingkan badan dan alangkah dengan terkejutnya apabila melihat Zayyan yang separuh tidak berbaju itu.
"Aaaa!!" Eilish lantas menutup mata dengan kedua belah telapak tangannya. Cuba untuk tidak melihat permandangan yang ada di depan matannya sekarang.
Zayyan memandang kearah Eilish yang menutup matanya.
"Tak payah nak menjerit sangat, sekarang macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku?" soal Zayyan sambil memeluk tubuhnya.
Eilish teragak-agak ingin membuka mulut kerana masih terkejut apa yang dia lihat sebentar tadi.
Zayyan masih di tempatnya dan menunggu penjelasan dari gadis polos itu.
"S..saya nak cari barang-barang saya yang pakcik tua bawak tadi. Sebelum masuk saya dah ketuk pintu bilik tapi pakcik tua tak menyahut lepastu saya fikir pakcik tua takde itu yang saya masuk aje" Eilish menerangkan semuanya dengan nada terketar-ketar.
YOU ARE READING
His Precious Little Wife (HIATUS)
RomanceTengku Raja Zayyan adalah CEO terkenal di Malaysia. Dia adalah seorang jejaka yang sangat mementingkan kerja, berdedikasi, dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi disebabkan ia mementingkan kerja, itu membuatkan ia tidak pernah terfikir un...