Empat tahun kemudian...
BERDEBAR. Gementar. Kini semuanya ada dalam diri pada saat ini. Temuduga yang dihadiri telah hampir sebulan berlalu.
Kiranya tiada rezeki dia di sini, namun panggilan yang diterima dua hari lalu menyatakan yang dia lulus temuduga dan boleh mulai bekerja hari ini.
Ini kali pertama Marissa berkhidmat untuk syarikat sebesar ini. Selama ini dia cuma bekerja di syarikat-syarikat kecil sahaja. Marissa melontarkan pandangan ke sekitar ruang di hadapan kaunter resepsi.
Terlihat sangat unik dan mewah dengan padanan warna hitam yang disulami warna keemasan. Tidak hairanlah kerana syarikat ini adalah salah sebuah syarikat arkitek terkemuka di Malaysia. Beruntung dia dapat menjadi sebahagian dari syarikat ini.
"Cik Marissa!"
Segera Marissa mengangkat punggung dari sofa apabila namanya di panggil gadis yang berdiri di sebalik kaunter receptionist.
"Ya."
"Awak boleh terus ke bahagian creative and design team, bilik big boss ada dekat situ. Nanti awak akan jumpa dengan Encik Nazrin, pembantu peribadi big boss. Dia akan guide awak. Anyway, tahniah dan selamat mulakan tugas." terang gadis yang memakai tag nama Jasmine di dada kirinya.
"Terima kasih ermmm Jasmine!" balas Marissa pendek.
"Panggil Jas aje. Semua orang panggil nama tu."
"Okay Jas, saya pergi dulu ye." Marissa melempar senyuman manis sebelum mengatur langkah ke arah yang di beritahu Jasmine tadi.
Sampai di bahagian creative and design, Marissa menyapa lelaki yang berdiri membelakanginya. "Excuse me, saya cari Encik Nazrin..."
"Awak siapa?" soal lelaki itu.
"Saya Marissa.Yang datang interview kerja tiga minggu lepas. HR minta saya lapor diri hari ni dekat sini." Marissa perkenalkan diri sambil melampiaskan senyuman tipis.
"Oh awak Marissa. Saya Nazrin. Come! Saya tunjukkan tempat awak."
"Here you go, ni cubicle awak. Dan itu bilik big boss. So mulai hari ini awak akan jadi pembantu peribadi kepada Encik Farhan Iskandar. Big boss Nusa Design Group atau singkatannya, ND Group. Sebuah firma arkitek yang terkemuka di Malaysia." Panjang lebar Nazrin memberi penerangan pada karyawan baru yang berdiri di hadapannya.
Marissa cuma membalas dengan anggukkan.
"Ni notebook yang ada semua schedule lengkap big boss. Awak tahukan skop kerja awak melibatkan both hal ofis dan peribadi dia."
"Tahu. Eh, kejap! Tadi receptionist cakap Encik Nazrin ni pembantu peribadi big boss. Jadi saya ni?" Soalnya pendek tapi penuh penasaran. Katanya jawatan yang ditawarkan padanya adalah jawatan pembantu peribadi. Tapi, lelaki yang berdiri di hadapannya ini juga pembantu peribadi.
Takkan sampai dua pembantu peribadi untuk si 'big boss'? Terlalu sibuk ke sampai perlukan dua orang pembantu kot? Gumam Marissa dalam hati.
"Tak payah berencik dengan saya. Saya pun kuli je dekat sini. Panggil Naz je. Saya pembantu peribadi sementara saja untuk big boss. I mean for the past 8 months lah. The previous staff quit atas alasan peribadi and I had to handle everything for big boss untuk sementara. But right now, kita tengah fokus untuk tender projek Panglima Holding. To design their new resort hotel. So we need you as his PA as I need to get back to my used to be job as interior designer. Kita plan to grab both peluang untuk design the building, also the interior resort." Marissa mengangguk tanda mengerti. Oh, jadi lelaki ini adalah pereka dalaman syarikat.
"So, ada apa lagi yang awak nak tanya?"
"Tak ada." Balas Marissa bersama gelengan.
"Kalau tak ada, meh saya nak kenalkan awak dengan big boss awak." Nazrin atur langkah ke arah bilik yang dinyatakan sebagai bilik big boss sebentar tadi.
"Oh wait!" Tak jadi mengoyak daun pintu bilik, Nazrin kalih pandang pada Marissa semula.
"Ya?" Soal Marissa bersama kening yang sedikit terangkat. Agak terperanjat sedikit gara-gara tindakan spontan lelaki itu. Ada masalah ke?
"Before jumpa big boss awak, saya cuma nak ingatkan yang big boss awak tu dah ada isteri ya." Dengan selamba Nazrin melontarkan kata yang kedengaran seperti sebuah amaran.
"Ya, saya tahu. Kenapa?" Soal Marissa lagi.
Dia sudah tahu tentang itu. Dan siapa saja yang tak tahu? Kenapa Nazrin perlu tekankan soal itu padanya? Status lelaki yang dipanggil big boss itu bukan ada kena mengena dengan urusan pejabat pun.
"Awak tahu kan isteri dia, supermodel Raisya Hana?" Soalan Marissa dibalas dengan soalan semula.
"Ya, saya tahu. Siapa je tak kenal Raisya Hana. Cantik, lemah lembut." Puji Marissa. Bukan nak membodek. Tapi itulah kenyataannya. Dia tidak pernah berjumpa secara langsung, tapi ada beberapa kali dia pernah melihat isteri big bossnya saat dinner company dia bekerja sebelumnya.
"Oh awak jangan tertipu dengan lemah lembut dia ya."
"Hah? Maksudnya?" Nazrin ketawa melihat reaksi yang Marissa pamerkan.
Laju saja dia menjelaskan sebelum gadis itu berfikir yang bukan-bukan.
"Oh no, saya bukan maksudkan yang dia fake ke apa, cuma nak warn you la, walaupun dia lembut macam tu tapi kalau awak berani kacau suami dia, dia boleh bertukar jadi singa tau!"
Mendengar penjelasan Nazrin mencuit hati Marissa sehingga dia tertawa kecil. "Kenapa ketawa? Apa yang lucu?"
"Awak tak payah risau la, saya takkan kacau suami dia. Saya berani jamin!" Laju Marissa memberi jaminan pada Nazrin.
"Yakin?" soal Nazrin pendek. Keningnya sengaja diangkat-angkat. Mahu menduga Marissa.
"100% yakin! Lagipun saya dah ada tunang. Buat apa nak kacau suami orang. So, awak tak perlu risau."
"Dah tunang? Melepas la saya."
Melihat mata Marissa yang membulat, Nazrin sambung bicaranya. "Kidding! Jom!"
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Romance"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...