SEPANJANG perbincangan Farhan dan Datuk Marzuki, Marissa rasa kurang selesa dengan pandangan yang lelaki separuh abad itu lontarkan pada dia.
Bukan dia tak perasan, mata Datuk Marzuki yang mencuri pandang padanya. Atas bawah mata tua itu belek muka dan badannya. Sesekali lelaki tua itu lempar senyuman nakal padanya bila Farhan leka membelek design board di atas meja.
“Encik Farhan...” Farhan toleh padanya bila mendengar namanya di panggil Marissa.
“Yes.”
“Saya nak ke tandas sekejap.” Dia bukanlah nak ke tandas sangat tapi lebih kepada nak menghindari pandangan liar Datuk Marzuki seketika.
Melihat saja Farhan angguk memberi izin, pantas Marissa angkat punggung sebelum mengatur langkah ke pintu yang memisahkan ruangan mereka berada dengan ruangan lain. Memang kebiasaannya setiap mesyuarat luar yang diadakan pasti memilih restoran yang mempunyai ruangan khusus tertutup untuk golongan VIP.
Beberapa ketika berlalu, Marissa melangkah kembali ke ruangan VIP yang menempatkan Farhan dan Datuk Marzuki. Daun pintu dikuak perlahan, tidak mahu menganggu perbincangan Farhan dan Datuk Marzuki.
“Lamanya you pergi tandas.” Datuk Marzuki bersuara bila dia melangkah masuk. Marissa pandang ke segenap ruangan mencari tubuh Farhan namun tiada lelaki itu.
‘Mana pula si big boss ni pergi? Takkan dia tinggalkan aku dengan orang tua ni kot!' Desis hati Marissa. Dia mula rasa tak sedap hati.
“Maaf Datuk, Encik Farhan mana?” Marissa labuhkan duduk di kerusi sambil bertanya.
“Bos you keluar sekejap. Ada panggilan penting katanya.” Datuk Marzuki melempar senyuman penuh makna.
“Oh iya ke. Dah lama ke Encik Farhan angkat call?” Marissa tersenyum kelat. Dalam hatinya berdoa agar si big boss segera kembali. Dia tak betah lama-lama dalam bilik ni dengan Datuk Marzuki.
“Baru je. Wife dia yang call. Alah biarlah dia. Sementara dia tengah berbual dengan wife dia, bolehlah kita beramah mesra.”
“You dah lama kerja dengan Farhan?” Datuk Marzuki lempar pertanyaan.
“Baru tiga bulan.” Marissa balas pendek.
“Berapa gaji you dia bayar?"
“You berhenti kerja dengan Farhan, then bekerja dengan I. I bayar you double.” Marissa ternganga. Tawaran yang kedengaran istimewa. Tapi dia pasti ada maunya dari ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia setuju.
“It's okay, Datuk. Saya selesa kerja dengan Encik Farhan. Lagipun saya baru kerja, tak terfikir nak tukar kerja. Terima kasih atas offer Datuk.” Tolak Marissa dengan cara sehabis baik. Ikutkan hati nak saja dia cakap ‘Tak hingin aku!’
Tapi fikirkan hubungan perniagaan antara Nusa Design Group dan syarikat milik Datuk Marzuki mungkin terjejas jika dia turutkan hati maka dia pilih untuk bersabar.
“You boleh fikir dulu. Tak perlu bagi keputusan sekarang. Kalau you nak lebih dari tu pun I boleh bagi. Name it, kereta, rumah atau apa sahaja. I boleh kasi. Asalkan you...” Datuk Marzuki tersenyum sumbing. Dia tahu yang Marissa mengerti maksud yang dia ingin sampaikan.
“Asalkan apa Datuk?”
“Well, you tahulah apa yang I nak. Dengan Farhan, you can't get all of these yang I offer untuk you. So, you...” Marissa tarik tangannya bila tangan Datuk Marzuki dengan biadapnya meliar mencapai jari jemarinya.
“Apa ni, Datuk!” Naik seoktaf suara Marissa. Tak suka di sentuh sebarangan.
“Wow, garangnya! I like.” Datuk Marzuki tertawa lepas. Dia suka gadis macam Marissa. Berlagak jual mahal.
“Datuk please, saya masih hormatkan Datuk. Jangan samakan saya dengan orang lain. Saya tak berminat dengan tawaran Datuk.” Tegas Marissa. Terketar badannya menahan geram.
Datuk Marzuki bangun sebelum melangkah mendekati Marissa.
“You betul ni nak tolak tuah? Kesempatan tak datang untuk kali kedua tau!” Marissa berdebar bila Datuk Marzuki dirasakan mendekati dirinya.
“Saya tak nak!”
“Ke dah ada lelaki lain yang bela you? Mustahil perempuan secantik you tak ada yang tabur duit. Atau you ni selain jadi PA Farhan di ofis, you jadi PA dia atas katil kot!” Tuduh Datuk Marzuki.
“Datuk!” Marissa angkat punggung. Berang di tuduh begitu. Apa Datuk ni ingat semua perempuan pandang kemewahan ke?
“Shhh, tak perlu tinggikan suara. You buat I lagi geram dengan you!” Marissa berasa jijik dengan gaya bahasa kotor lelaki yang berdiri hampir dengannya. Entah syaitan apa yang merasuk, tangan Datuk Marzuki meliar cuba merangkul pinganggnya.
“Datuk, stop!” Marissa tepis tangan Datuk Marzuki. Dia mengundur diri menjarakkan tubuhnya dari lelaki tua itu.
“Sinilah, kenapa nak jauh-jauh. I bukan nak buat lebih-lebih.” Selangkah Marissa berundur, selangkah juga Datuk Marzuki menghampirinya hingga akhirnya dia terperangkap di antara si tua itu dan dinding.
‘Ya Allah, selamatkan aku...' Marissa pohon pertolongan dari Allah.
“Datuk, stop! Jangan dekat!” Marissa lempar ugutan yang kedengaran ‘indah' di halwa telinga Datuk marzuki.
PANG!
Pipi tua itu menjadi sasaran tamparan kuat Marissa. Terketar tangan Marissa menahan marah. Dia dah beri amaran, namun saat tangan tua itu mula mencuba untuk meraba tubuhnya dia jadi hilang arah.
“You tampar I?” Tamparan Marissa ibarat mencalar ego Datuk Marzuki. Belum pernah dia ditampar oleh mana-mana perempuan sebelum ini.
Dengan mata yang penuh api amarah, Datuk Marzuki terkam Marissa. Dia sudah tidak fikirkan tentang Farhan yang mungkin akan kembali bila-bila masa. Yang pasti, dia mahu beri Marissa pelajaran kerana berani menampar pipinya.
“I minta cara baik, you tolak. You tampar I. Now I nak tengok you mampu tolak I lagi tak.” Usai itu Datuk Marzuki rentap baju yang dipakai Marissa hingga terkoyak menampakkan bahagian dadanya.
Tika itu, Marissa benar-benar rasa takut. Walaupun Datuk Marzuki itu tua, namun tenaganya masih tidak mampu melawan tenaga Datuk Marzuki. Apatah lagi dia masih terperangkap di antara lelaki itu dan dinding.
“Datuk, saa...saya...mintak maaf...” Marissa merayu minta dilepaskan. Datuk Marzuki tidak peduli dengan rayuannya sebaliknya cuba memeluk tubuh Marissa. Rasa marahnya tadi telah berganti dengan nafsu yang membara. Apatahlagi melihat tubuh Marissa yang terdedah. Air mata Marissa mengalir tanpa sedar.
‘Encik Farhan,.tolong saya....' Marissa menangis. Dia harapkan Farhan sahaja saat ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/360861103-288-k665866.jpg)
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Romance"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...