Bab 4

398 21 1
                                    

sorry i edit the previous chapter, i pendekkan each chapter yang sebelumnya so bab 4 ni actually dari part yang sebelum ni. Cuma ada few perubahan. sorry.

"Bie..."

Raisya memanggil Farhan dengan mata yang masih belum dibuka. Tangannya di depakan mencari tubuh suaminya di sisi. Mahu memeluk tubuh hangat suaminya di saat ini.

Namun saat tubuh yang dicari tidak dirasakan dengan tangannya, Raisya paksa matanya untuk celik. Matanya dipisatkan saat cahaya cerah menerobos masuk ke pandangannya.

Susuk lelaki yang dicarinya tiada di atas katil. 'Kemana pula Farhan pergi?' Gumam Raisya perlahan.

"Han..." Sekali lagi panggilan manja yang sering digunakan untuk memanggil suaminya di seru.

Bila tiada yang menyahut, Raisya bangun dari pembaringannya. Dengan malas dia turun dari katil. Mahu mencari Farhan.

Tubuh Farhan menyapa pemandangan Raisya tatkala dia koyak daun pintu bilik tidur mereka. Farhan sedang leka di balkoni sendirian di hampiri. Suaminya sedang duduk di kerusi kegemarannya di balkoni dengan tab dan beberapa kertas berselerakkan di atas meja di sisi. Tangan kirinya sibuk dengan telefon ditelinga. Seperti sedang berbual di panggilan.

"Please sent me email draft I dalam pc untuk tender Panglima Holding tu. I need to go through something la. Thanks" Farhan ralit dengan telefon dan matanya yang tak lepas pandang pada tab di tangan kanan. Langsung dia tak perasan dirinya dihampiri si isteri.

"Morning bie..." Raisya rangkul leher suaminya dari belakang. Sebuah ciuman dilabuhkan di pipi Farhan.

"Awalnya you punya morning." Sindir Farhan tanpa memandang wajah Raisya. Raisya lepaskan rangkulan di leher Farhan dan punggungnya di labuhkan ke atas kerusi yang bertentangan dengan kerusi suaminya.

"Dah pukul berapa?" Soal Raisya. Masa dia bangun tadi, terus dia cari Farhan. Langsung dia tak kerling pada jam di sisi katilnya. Jadi dia tak tahu sekarang dah pukul berapa.

"Dah pukul 3 petang."

"Oh iya ke? I tak sedar pun kata dah petang. Kepala I sakit la bie sebab tu I bangun lambat..." Adu Raisya sedikit merengek.

"Sakit yang you sendiri cari. Berapa banyak you minum semalam?"

"Minum? Mana ada! I tak mabuklah. You jangan nak tuduh I eh!" Laju Raisya menafikan tuduhan Farhan tanpa dia sedar yang Farhan tahu dia ke kelab malam semalam.

"I yang angkut you semalam dari club. Masih nak nafikan lagi?" Farhan bersuara dengan nada sedikit sinis.

"Bie...I..." Tergagap-gagap Raisya bersuara.

"Tak payah minta maaf kalau you still akan ulang lagi. I dah banyak kali dengar alasan dari you."

Sambung Farhan senada. Dia dah penat dengar alasan Raisya tiap kali tertangkap begini. Tiap kali itu juga dia percaya dan maafkan isterinya.

"Bie, I janji ni last. Lepas ni I takkan minum lagi. I tak pergi club lagi. Forgive me, please..." Raisya genggam tangan suaminya sambil melemparkan janji yang belum tentu dia tunaikan.

"Rai, I'm not doing this for me. Tapi untuk you. I larang you bersebab. Bukan I sengaja nak larang you." Farhan balas genggaman tangan Raisya dengan erat. Matanya memandang tepat ke anak mata si isteri.

Dia sendiri pernah khilaf. Hidup bebas tanpa kira dosa pahala. Keluar masuk kelab malam, minum minuman haram itu sudah menjadi kebiasaan dalam hidup Farhan.

Cuma semenjak dua tahun kebelakangan rasa ghairah untuk melakukan benda-benda haram sudah luntur. Farhan mula mendekatkan diri dengan Tuhan. Sayangnya, Raisya masih mahu bebas.

"I tahu. Tapi I kan masih muda. Perlu ke kita berubah sekarang? I mean, its not like we're gonna die tomorrow. Kenapa you nak tergesa-gesa bertaubat? I tak puas enjoy lagi..." Raisya meluahkan ketidakpuasan hatinya. Kalau Farhan nak berubah, berubahlah. Dia tak pernah halang. Tapi dia tak suka bila Farhan paksa dia untuk ikut berubah. Dia belum bersedia lagi!

"Mati tu tak kenal usia, Rai...You yakin you masih hidup untill you reach 40?" Soal Farhan penuh kelembutan. Kata ustaz yang dia belajar, dalam mengajar isterinya dia perlu berlembut. Tidak boleh terlalu memaksa. Bimbang isterinya bukan makin dekat dengan Tuhan tapi makin jauh pula nanti.

"I baru bangun tidur dah kena dengar ceramah agama dari you. You nak tukar profession dari arkitek jadi ustaz ke bie?" Seloroh Raisya yang kedengaran seperti menyindir Farhan.

"I bukan nak jadi ustaz. I cuma nak tegur wife I. I tegur sebab I sayang..."

"I tahu you sayang I. Tapi I betul-betul tengah sakit kepala ni bie..." Raisya picit kepalanya. Pening yang tadinya sudah beransur pulih terasa kembali menyerang secara tiba-tiba.

Farhan leraikan genggaman tangan Raisya seraya berkata. "Pergi mandi. I dah belikan hangover soup untuk you. Ubat dengan air pun I dah letak atas meja..."

Dalam marah Farhan masih mengambil berat tentang Raisya. Tahu setiap kali mabuk, bila bangun saja isterinya akan sakit kepala. Jadi dia sediakan keperluan Raisya siap-siap.

"Thank you, bie..." Ujar Raisya dengan senyuman lebar. Raisya rasa sekali lagi dia berjaya membuatkan suaminya akur pada setiap kerenahnya.

Marissa : His Precious Wife (Ongoing)Where stories live. Discover now