MARISSA tarik kerusi sebelum punggung dihenyakkan disitu. Jam di sisi meja dikerling seketika. Masih awal lagi. Jarum belum menginjak ke pukul 9 lagi. Tiga hari dia cuti, harini dia terlajak bangun awal sebab tu awal pagi dia dah terpacak di ofis.
Ketika dia melangkah masuk ke ofis tadi yang kelihatan cuma Jasmine di depan dan beberapa staff yang lain. Yang lain belum memunculkan diri lagi.
Bekal yang di bawa dari rumah Marissa keluarkan dari beg. Harini dia bawa dua bekal. Satu Marissa tapau bihun yang dia goreng awal pagi tadi untuk sarapan makngah Zaharah dan Nurin. Satu lagi bekal berisi buah mangga yang dipetik dari pokok di belakang rumah. Pokok yang arwah Maktok tanam.
Bekal berisi bihun goreng Marissa letakkan di bawah meja. Untuk makan tengahari. Dia kena berjimat lebih bulan ni sebab duit yang makngah Zaharah minta bukan sedikit. 3,000 ringgit.
"Rissa, makan apa tu?" Tegur Kak Liza. Dari jauh dia nampak Marissa seperti mengunyah sesuatu.
"Mangga muda."
"Mangga muda? Pagi-pagi macam ni Rissa makan mangga, tak sakit perut ke?" Kak Liza menyoal, keningnya dikerutkan. Tak pernah dia jumpa orang sarapan mangga muda awal pagi ni. Ni namanya menempah bala. Bala sakit perut.
"Tak sakit perut pun. Rissa memang dah biasa makan kalau nak datang bulan. Akak nak rasa?" Sangkal Marissa. Tupperware yang diisi dengan potongan buah mangga dia suakan pada wanita anggun itu.
Kak Liza tolak pelawaan Marissa dengan gelengan.
"Terima kasih aje lah. Karang kalau sakit perut, kerja akak satu apa pun tak jalan nanti. Rissa ni akak tengok makan mengalahkan orang mengandung pulak. Rissa yang makan, akak yang rasa masamnya ni." Kak Liza gelengkan kepalanya sambil mata terpejam. Membayangkan betapa masamnya buah mangga itu sudah cukup buat air liur dia kecur.
"Eh sedap la akak. Ini kalau time datang bulan tak dapat makan mangga muda ni, boleh menangis tau!"
Pernah dulu Marissa menangis sebab tak ada buah mangga. Lepas balik saja dari sekolah terus dia cari buah mangga di merata kedai dekat sekitar rumahnya. Tapi satu kedai pun tak ada yang jual.
Balik rumah terus dia menangis dekat maktok. Dengan kudrat tua Maktok gagahkan diri untuk tanam sendiri pokok mangga untuk cucunya. Senang Marissa nak makan di kemudian hari, tak perlu lagi nak kehulu kehilir mencari.
"Amboi sampai menangis. Ni dah betul-betul mengalahkan orang mengidam. Kalau Rissa dah kahwin nanti lepas tu mengandung, macam mana la kalau betul-betul mengidam." Kak Liza melepaskan tawa kecil pada Marissa. Marissa cuma tersengih mendengar gurauan Kak Liza.
"Tapikan akak, Biasanya orang yang bila dia datang bulan je dia suka mengidam yang bukan-bukan, bila mengandung nanti dah tak ada rasa mengidam nak makan apa-apa dah."
“Iya ke? Mana Rissa tau? Dah pernah mengandung ke?” Soal Kak Liza membuatkan wajah Marissa sedikit tercengang.
“Err...mana la Rissa tau. Rissa dengar orang cakap je.” Marissa membalas dengan senada. Cuba mengawal reaksi wajahnya bila soal mengandung dibangkitkan. Entah kenapa dia bagaikan trauma dengan perkataan itu.
"Akak gurau ajelah. Mana la akak tau bab-bab mengidam ni. Akak suami pun tak ada lagi. Nanti bila akak dah ada suami, dah mengandung akak bagitahu Rissa ye.” Kak Liza kenyit mata pada Marissa. Riak nakal pada wajahnya sengaja dilemparkan pada Marissa menyebabkan Marissa tergelak besar. Tak tahan dengan reaksi nakal wanita yang berdiri di hadapan mejanya.
“Sip bos!” Ucapnya pendek. Tawanya masih bersisa.
“Hmm Rissa, boleh tolong akak tak?" Ujar Kak Liza dengan wajah yang berubah serius sedikit. Ralit berbual dengan Marissa soal buah mangga muda sampai dia tujuan asal dia singgah ke meja Marissa.
"Tolong apa, kak?" spontan Marissa menyoal. Hairan bila Kak Liza minta tolong darinya awal-awal pagi begini.
"Tolong pass kan fail ni dekat bos. Minta dia sign. Akak urgent nak ke site pagi ni. Fail ni akak nak guna lepas lunch. Nak minta bos sign after lunch, takut dia tak masuk ofis dah. Tolong eh?" Melihat reaksi hairan Marissa terus Kak Liza terangkan pertolongan yang dia maksudkan.
Jam di atas meja Marissa di pandang. Baru pukul 8.40 pagi. Awal lagi. Tapi kalau nak tunggu big boss datang ofis takut dia pula yang terlambat. Bukannya dekat jarak dari Shah Alam nak ke Brickfields. Mau berkicap ketiak dia kena menghadap jam baru sampai Brickfields agaknya.
"Oh, ingatkan akak nak minta tolong apa tadi. Meh la failnya. Kejap lagi big boss masuk, Rissa minta dia sign." Marissa mengangguk perlahan. Dia ingatkan hal apa la yang Kak Liza nak minta tolong dia sampai serius betul muka yang Kak Liza pamerkan.
"Okey, terima kasih tau! Akak pergi dulu." Terus Kak Liza berlalu. Cepat langkahnya di atur, mahu segera bergegas ke tapak projek.
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Roman d'amour"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...