DAUN pintu Marissa koyak perlahan. Tidak mahu kehadirannya disitu menganggu pagi si big boss.
"Here's your coffee." Mug kopi yang Marissa baru letak di kanan meja langsung dicapai Farhan. Terus dia hirup panas-panas.
Tak menyabar Farhan teguk air kopi yang masih hangat. Maklumlah dah tiga hari dia tak pekena. Ketagih!
“Thank you.” Ucap Farhan pendek.
"Ni ada fail dari Cik liza, dia minta Encik Farhan sign untuk kelulusan dana tambahan untuk tapak projek di Gombak. Urgent. Dia nak by this afternoon." Marissa hulur fail yang Kak Liza kirim padanya tadi.
"Kalau urgent kenapa dia tak hantar sendiri?" Farhan menyoal. Hairan kenapa Liza tidak datang sendiri berjumpa dengannya.
"Dia tak ada. Dia ke site di Brickfields. Tadi masa dia pass fail ni dekat saya, Encik tak masuk ofis lagi." Farhan pandang wajah Marissa lalu kepala dianggukkan tanda mengerti.
"I nak check file ni dulu. Later i give it to you..." Farhan letak fail yang Marissa berikan padanya di kiri meja. Dia perlu siapkan kerja lain dahulu sebelum semak fail itu.
“Encik...” Marissa bersuara perlahan bila dia lihat Farhan sibuk meneliti plan-plan di meja kerjanya. Serba salah untuk menganggu waktu Farhan tapi lagi serba salah andai dia tidak ucapkan terima kasih kerana Farhan telah membantunya.
“Yes, Rissa?!” Farhan panggung kepala menatap Marissa.
“Saya cuma nak cakap terima kasih dekat Encik.” Marissa luah kata-kata.
“Thanks for what?!” Kening Farhan naikkan sebelah tanda menyoal.
“Sebab selamatkan saya. Saya tak sempat pun nak ucap terima kasih pada Encik malam tu. Kalau takde Encik tak tahulah apa nak jadi.”
Jujur Marissa katakan, andai Farhan tidak selamatkan dia malam itu, entah apalah nasib dia. Takut pula membayangkan kemungkinan yang bakal menimpa.
“Oh, I yang patut minta maaf pada you. Kalau you tak ikut I malam tu semua ni tak jadi.” Farhan pula suarakan kekesalannya.
“Dah memang kerja saya kena ikut Encik kan. Bukan salah Encik. Tapi...” Ujar Marissa seperti teragak-agak untuk sebut tentang satu hal.
“Tapi apa?" Farhan penasaran.
“Encik betul-betul serius ke nak batalkan business deals dengan syarikat Datuk Marzuki?" Marissa dengar dengan jelas malam tu yang Farhan sebut tentang pembatalan sebarang urusan perniagaan antara ND Group dengan Syarikat Datuk Marzuki.
“Ya. I dah minta Nazrin settlekan hal tu.” Farhan angguk mengiyakan. Takkan dia nak bergurau pulak?
“Encik yakin ke dengan keputusan Encik? ND Group dah lama partner dengan syarikat Datuk Marzuki. Saya tak nak disebabkan saya...” Belum sempat Marissa sudah luahkan suara hatinya, laju Farhan mencelah.
“He harassed you! My staff. You rasa I masih boleh berbaik dengan dia lagi ke? Kalau bukan you yang kena malam tu, tak kisah la anyone ke, I still akan ambil keputusan yang sama. Hatta dia kacau Nazrin sekalipun, I tetap akan take action.”
Farhan bernada serius. Malah tawa Marissa pula yang pecah. Terasa lucu dengan ayat terakhir yang meniti di bibir Farhan.
“Kenapa you ketawa? Kelakar ke apa I cakap?” Soal Farhan pada Marissa yang masih tersisa dengan tawa.
“Agak-agaklah, Encik. Takkan la Datuk tu nak try Encik Naz kot!” Geli hati Marissa di buatnya. Tak sanggup dia nak membayangkan andai Datuk gatal tu cuba nak menggatal dengan Nazrin. Tapi agak logik juga, sebab muka Nazrin tu boleh tahan jambu. Macam artis kpop!
Farhan ukir senyuman di bibir seraya berkata. “Kalau dah bernafsu tak terkawal macam tu, letak lembu depan dia pun dia nak try!”
Kali ini makin kuat Marissa ketawa.
"Okeylah, sebelum ayam itik pula yang keluar, baik saya yang keluar dulu." Marissa pusing badan dan mula atur langkah ke arah pintu.
“Oh wait!” Farhan bersuara saat Marissa sudah tiba di muka pintu. Tak jadi bukan pintu, dia pusing semula menghadap muka Farhan.
“I nak you booking table for dinner dekat Thirty8, Grand Hyatt untuk friday next week.” arah Farhan.
“Okay. Encik nak saya book a suite sekali?”
“Boleh juga. You book kan VIP suite. And boleh tak you arrangekan sekali untuk surprise celebration sebab I rasa I tak sempat nak prepare apa-apa." Marissa terus catat arahan Farhan dalam buku yang sememang dibawa bersama.
“Celebration of what?” Soal Marissa. Dia bukan nak menyibuk, cuma dia perlu tahu supaya memudahkan urusan dia nak buat persiapan.
“My anniversary.” Ucap Farhan pendek. Minggu depan genap lapan tahun usia perkahwinan dia dan Raisya.
Dia kenal Raisya dari sekolah. Mereka bercinta dua tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Kalau dihitung, hampir sepuluh tahun mereka bersama.
“Okay, noted! Encik tak perlu risau. Saya akan settlekan semuanya untuk Encik.” Marissa angguk tanda mengerti. Otaknya mula mengatur segala kerja yang perlu di bereskan. Usai itu dia kuak daun pintu lalu memboloskan diri dari bilik Farhan.
“Thank you.” Farhan kembali fokus ke kerjanya setelah kelibat Marissa hilang di balik daun pintu.
![](https://img.wattpad.com/cover/360861103-288-k665866.jpg)
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Romance"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...