Bab 12

401 23 2
                                    

KRING! KRING!

Marissa capai telefonnya yang berdering di sisi katil. Usai melihat gerangan pemanggil dihujung talian, jarinya menekan punat terima panggilan.

“Hmmm, Hakim. Ada apa...” Marissa bersuara. Dia masih terbaring di atas katil. Badannya terasa pegal-pegal. Mungkin kerana bergelut dengan orang tua gatal tu semalam kot.

“Rissa dekat mana?” Hakim menyoal di hujung talian.

“Dekat rumah.” Ucap Marissa pendek.

“Rumah? Rissa tak kerja?” Soal Hakim lagi. Penasaran.

“Tak. Rissa cuti hari ni.”

“Rissa tak sihat ke? Nak Hakim hantar pergi klinik tak?” Hakim bersuara prihatin. Selama dia mengenali Marissa, jarang gadis itu mengambil cuti kecuali dirinya atau Fayyadh tak sihat.

“Rissa okay. Tak payahlah pergi klinik. Membazir duit je.”

“Betul ni?!” Soal Hakim minta kepastian.

“Iya. Ni Hakim call Rissa pagi-pagi ni kenapa?”

“Nak call tunang sendiri pun tak boleh ke?”

“Boleh. Rissa tak cakap pun tak boleh. Cuma Hakim tak busy ke? Selalu waktu-waktu macam ni busy.” Soal Marissa kehairanan. Tak pernah-pernah Hakim hubungi dia pagi-pagi begini. Lagi-lagi pada hari bekerja.

Busy. Hakim call ni cuma nak tanya, Rissa balik dengan siapa semalam?”

“Hah? Kenapa tiba-tiba Hakim tanya?” Soalan Hakim berbalas soalan kembali dari Marissa. Pelik kenapa Hakim tanya begitu. Soalnya, Hakim memang maklum yang Marissa pergi dan balik kerja naik pengangkutan awam. Jadi kenapa masih bertanya? Mustahil Hakim nampak dia pulang dihantar si big boss. Tak kan?!

“Takdelah. Semalamkan Rissa cakap Rissa ada meeting dekat luar lepas office hour. Mesti sampai lewat malamkan. Hakim cuma risau je...”

“Oh, Rissa balik naik train. Macam biasalah.” Marissa tidak berniat untuk menipu tunangnya, namun untuk menjelaskan hal yang terjadi semalam pada Hakim, dia keberatan.

“Betul ni?” Soal Hakim minta kepastian.

“Yup, betul!" Marissa mengiyakan.

“Kalau macam tu takpelah. Okay, bye!” Terus Hakim matikan panggilan sebelum sempat Marissa bersuara.

“Eh, Hakim! Dah letak?” Ujar Marissa dengan kening terangkat. Entah kenapa dia rasa pelik dengan tingkah Hakim pagi ini.

‘Mungkin Hakim sibuk kot sebab tu kena cepat-cepat letak phone.’ Gumam hati Marissa.

Ditelek jam di telefon, sudah hampir menginjak ke pukul sembilan setengah pagi. Masih awal lagi. Marissa berura-ura mahu sambung lenanya yang terganggu sebentar tadi. Mahu berehat lagi sejam dua sebelum dia bangun untuk menjemput Fayyadh dari rumah Kak Siti.

Baru nak pejam mata, telefonnya berbunyi pendek menandakan ada mesej yang diterima. Dengan malas Marissa capai telefon yang tadinya sudah diletakkan di meja sisi katilnya.

[Farhan : Rissa, are you okay? You tak perlu masuk ofis dua tiga harini.]

Satu mesej yang diterima dari si big boss. Farhan bagi dia tambahan cuti lagi dua tiga hari? Biar betul?!

Marissa menekan dada telefonnya menaipkan mesej balasan pada Farhan.

[Marissa : Saya okay. Kalau saya cuti, kerja Encik macam mana?]

Marissa : His Precious Wife (Ongoing)Where stories live. Discover now