Bab 6

513 26 0
                                    

"Apa hal yang urgent sangat Hakim nak bincang dengan Rissa? Rissa tak boleh lama-lama keluar ni. Fayyadh tengah tidur. Kalau dia terbangun tengok Rissa tak ada, dia menangis pulak nanti."

"Perlu ke Rissa kerja dekat situ?" Hakim mengutarakan ketidakpuasan hatinya.

Memang dia tak senang bila Marissa bagitahu dia yang tunangnya itu bekerja di Nusa Design Group.

"Hakim ajak Rissa jumpa malam ni semata-mata nak cakap pasal ni ke?"

"Hakim tak nak Rissa kerja dekat situ. Hakim tak suka." Sambung Hakim. Matanya memandang si tunang yang duduk di hadapannya.

"Rissa perlukan duit. Dekat tempat kerja lama dah tak boleh kerja overtime. Gaji Rissa mana cukup nak bayar semua."

"Rissa tak payah kerjalah. Hakim boleh tanggung semua. Makan minum Rissa dan Fayyadh sekali." Selamba Hakim minta dia berhenti kerja. Soal wang ringgit memang bukan satu masalah bagi Hakim.

Walaupun dia bukanlah orang kaya raya, tapi ada lah beberapa buah rumah sewa peninggalan arwah ayahnya. Dia sendiri bekerja sebagai akauntan bank. Jadi apalah sangat setakat dia nak tanggung keluarga Marissa.

"Tak nak lah Risa. Nanti orang cakap Rissa sengaja nak gunakan Hakim. Lagipun kita belum kahwin. Kalau dah kahwin lainlah." Bantah Marissa. Dia tak setuju dengan permintaan Hakim.

Mereka berdua belum sah sebagai suami isteri. Tak manis kalau orang tahu yang dia tak kerja tapi bersenang lenang dengan duit Hakim.

"Kalau macam tu, kita cepatkan tarikh kahwin kita."

"Hakim, masa kita bertunang dulu pun orang mengata dah kita yang bukan-bukan. Kalau kita cepat tarikh nanti lagi ramai yang fitnah kita."

"Hakim tak suka Rissa kerja dekat situ." Hakim masih berharap yang Marissa akan akur pada permintaannya.

"Kenapa Hakim beriya sangat tak nak Rissa kerja dekat situ?"

"Masalahnya bos Rissa tu."

Marissa kerutkan keningnya. Pelik. Hakim maksudkan Encik Farhan ke?

"Hakim maksudkan Encik Farhan? Kenapa? Hakim kenal dia ke?" Soal Marissa penuh dengan penasaran.

"Bos Rissa tu siapa je tak kenal. Farhan Iskandar, one of the most respectful architect dekat Malaysia. Bakal CEO Nusa Design Group. Handsome pulak tu."

Kata-kata Hakim disambut oleh ketawa Marissa. Geli hati dia mendengar kata pujian berbaur cemburu tunangnya.

"Ketawa pula dia. Orang serius ni..." Hakim mencemik.

"Hakim ni buat lawak ke apa? Apa masalahnya kalau bos Rissa tu berjaya atau handsome sekalipun?"

"Rissa tu kerja jadi setiausaha dia, berkepit dengan dia 24 jam."

"Aip, 9 jam saja. Mana ada sampai 24 jam." Sangkal Marissa. Amboi, melebih pula Hakim ni.

Ada ke Hakim cakap dia berkepit dengan Encik Farhan sampai dua puluh empat jam. Ingat dia buat kerja extra jadi pembantu rumah ke lepas habis office hour.

"Sama la tu. Yang pasti, Rissa luangkan masa dengan dia lagi lama dari masa Rissa dengan Hakim."

"Kenapa? Hakim cemburu?" Marissa menduga tunangnya. Senyuman terukir di bibir tatkala wajah cemberut Hakim mengisi pandangan matanya.

"Gila tak cemburu! Dia tu full package, takut Rissa tergoda dengan dia. Rissa tu cantik, kang dia ayat Rissa pulak!"

"Hakim ni kesitu pulak! Dia kan dah kahwin. Wife dia supermodel Raisya Arsyad kot. Sape tak kenal? Cantik, anak orang kaya pulak tu. Takkan dia nak try Rissa yang biasa-biasa ni."

"Biasa Rissa cakap? Kalau biasa takkan sampai dua tahun Hakim cuba pikat Rissa baru dapat. Dekat mata Hakim, Rissa lagi cantik dari wife dia yang supermodel tu tau!" Hakim mengingatkan Marissa semasa Hakim masih berusaha nak dekat dengan Marissa dulu.

"Hakim yang Rissa kenal dah bertahun pun, Rissa susah nak terima Hakim dulu. Ni kan pulak bos Rissa yang baru seminggu Rissa kenal. Suami orang pula tu! Hakim tak payah risau. Rissa akan setia dengan Hakim sorang je!"

Hakim akui memang susah dia nak dekati Marissa. Walaupun ada ucapan-ucapan miring terhadapnya bila mereka mula berteman, Hakim tetap mahukan Marissa.

Soal masa silam Marissa, Hakim tak nak ambil tahu. Dia terima semuanya. Termasuk Fayyadh.

"Janji?"

"Janji!"

Marissa : His Precious Wife (Ongoing)Where stories live. Discover now