Bab 9

362 24 0
                                    

JARUM jam di dinding telah melepasi waktu kerja, hampir ke semua staff Nusa Design Group sudah meninggalkan bangunan pejabat kecuali Marissa dan si big boss.

Marissa siapkan dokumen penting untuk perbincangan Farhan dan Datuk Marzuki. Adat orang bisnes, bekerja tak kira masa. Malam-malam pun sibuk dengan kerja.

“Rissa, jom!" Marissa capai tas tangan dia dan beg berisi dokumen sebelum langkah diayun membontoti langkah panjang si big boss.

‘Ish, tahulah dia tinggi, tapi tak boleh ke jalan tu slow sikit. Penat tau nak kejar!’ Desis hati Marissa.

Kelam kabut Marissa hari ini. Sudahlah dia kena kerja lebih masa, Kak Siti pula balik kampung. Tak ada yang boleh tolong dia jagakan Fayyad. Nak harapkan Makngah Zaharah dan Nurin? Jangan haraplah! Nasib baik Dania tidak bekerja shiff malam, jadi dapatlah dia minta Dania jagakan anak dia sekejap.

“Kita naik kereta ni ke?” Ujar Marissa bila dia nampak Farhan menapak kearah satu kereta yang terletak di parking VIP.

“Yelah. You nak naik apa? Kereta lembu?”  Balas Farhan dengan nada berseloroh. Dah nampak dia tekan alarm Lamborghini miliknya tapi masih nak tanya.

“Pak Abu mana? Selalu kalau kita pergi meeting Pak Abu yang hantarkan.” Marissa pusingkan kepala ke kiri dan kanan mencari kereta Merscedes yang selalu dia naiki tiap kali dia harus menemani Farhan mesyuarat di luar. Tapi jangankan kereta, batang hidung pemandu Farhan, Pak Abu pun dia tak nampak.

“Pak Abu sibuk. Hari ni I jadi driver you.”

“Sibuk? Pak Abu ada kerja lain ke selain jadi driver Encik? Ke Pak Abu buat part time grab? ke foodpanda?” Soal Marissa lagi.

“Eh yang sibuk pasal Pak Abu sangat ni kenapa? You tu PA I ke PA Pak Abu?” Farhan membalas soalan Marissa dengan soalan. Perempuan ni suka Pak Abu ke yang sibuk sangat nak ambil tahu mana Pak Abu pergi?

“Saya tanya je. Nak jadi pekerja yang prihatin pun salah.” Jawab Marissa jujur. Dia bukan nak kepochi tapi dia memang tak suka naik kereta big boss!

“I tak cakap pun you salah. Pak Abu kena pergi airport, jemput mami I. Sebab tu dia tak boleh nak hantar kita petang ni. Okay?” Melihat Marissa yang terdiam Farhan terangkan keberadaan Pak Abu pada Marissa.

‘Dah tahu Pak Abu tak datang, kenapa bawa kereta ni. Macam mana aku nak masuk!' Gumam Marissa dalam hatinya. Dia berkira-kira mahu melangkah ke pintu penumpang di sebelah kanan bila Farhan sudahpun berura-ura mahu masuk ke dalam kereta.

“Yang you tercegat kat situ lagi kenapa? You nak tunggu I dukung you masuk kereta ke, Rissa?” Farhan toleh wajahnya memandang Marissa yang masih tercegat di tepi kereta. Terkejut di sanggah begitu, terkulat-kulat Marissa melangkah ke pintu penumpang sebelum mencari tombol pintu.

“Macam mana nak masuk?! Saya tak reti!” Luah Marissa jujur. Manalah dia reti nak buka pintu kereta mewah milik Farhan. Namun dipaksakan tangannya meraba pintu kereta.

“Pintu dia mana?!” Naik geram Marissa bila dia masih lagi gagal mencari tombol pintu. Kan dia dah cakap, kereta ni memang menyusahkan dia. Kenapalah orang kaya suka kereta aneh-aneh macam ni. Dah la susah nak buka pintu, nak masuk dalam kereta pun susah. Sempit tak payah cakaplah!

“Ya Allah, pintu kereta pun tak reti bukak!” Farhan tepuk dahi melihat Marissa yang tercari-cari tempat buka pintu kereta. Aduh, benda senang je buka pintu, apa yang susahnya?

“Dalam banyak-banyak kereta, yang Encik bawa kereta alien ni kenapa?” Nak menutup rasa malunya yang kekok dengan kereta-kereta berjenama mewah, Marissa lontarkan rasa geramnya pada Farhan.

What?! You panggil kereta I ni, kereta alien?” Bulat Mata Farhan mendengarkan ‘nickname comel’ yang Marissa beri pada kereta kesayangannya.

“Betullah. Kereta normal lain semua sama je cara buka pintu. Tapi kereta Encik ni je yang pelik. Tak tahu celah mana tombol pintu!”

“Sekali lagi you mengata kereta kesayangan I ni, you jalan kaki pergi Sepang. You nak?!” Ugut Farhan.

“Encik buka lah pintu ni. Saya tak pandai. Saya hari-hari naik train. Pintu automatik terbuka sendiri.” Marissa beri arahan. Ewah, siapa yang bos sekarang ni?

“Haaa, masuk!” Dek kerana tak mahu memanjangkan perdebatan, Farhan beralih ke pintu penumpang sebelum membuka pintu buat Marissa.

“Terima kasih. Lain kali bawa kereta normal.” Laju Marissa labuhkan duduk dalam kereta Farhan seraya sekali lagi melontarkan komen.

“You turun! You jalan kaki!” Ujar Farhan geram.

“Tak nak! Cepatlah Encik, kita dah lambat ni!” Gesa Marissa sambil melepaskan tawa kecil bila mendengar ugutan Farhan.

“You punca kita lambat!” Farhan salahkan Marissa. Farhan tutup pintu kereta untuk Marissa sebelum melangkah ke bahagian pemandu semula.

“Pakai seatbealt, ke tak tahu seatbealt yang mana satu?” Ucap Farhan sebaik melabuhkan duduk di dalam kereta. Enjin dihidupkan dan tali pinggang terus dipasang.

“Tahulah. Saya dah pakai.” Farhan pandang sekilas pada Marissa. Mahu memastikan gadis itu memakai tali pinggang barulah dia memulakan pemanduannya ke destinasi yang di tentukan oleh client syarikat.

Marissa : His Precious Wife (Ongoing)Where stories live. Discover now