RAISYA mengatur langkah sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan kerusi Farhan di meja kerja suaminya.
“Hi, bie...” Manja suara Raisya menyapa gegendang telinga suaminya. Lenggok suara yang Farhan pasti ada udang di sebalik batu.
“Babe, you buat apa datang ofis I ni?” Farhan menyoal pelik. Isterinya sangat jarang datang menjenguknya di ofis. Kalau datang pasti ada maunya.
“Why? I tak boleh datang sini ke?” soalan Farhan berbalas soalan kembali dari Raisya.
“I tak cakap pun you tak boleh datang.”
“Manalah tahu you tak suka I datang sebab you kan dah ada perempuan cantik dekat ofis ni. Muda lagi!” Raisya bersuara dengan nada sedikit sinis. Ujaran Raisya membuatkan Farhan melepaskan tawa kecil.
“Siapa?”
“Ada berapa ramai perempuan cantik yang muda dalam ofis you ni?” Raisya besarkan bola matanya sambil memandang tepat ke mata suaminya. Banyak sangat ke perempuan cantik dekat ofis ni?
“You maksudkan Rissa ke?” Farhan menyoal dengan tawa yang masih tersisa.
“Kenapa you tak bagitahu I yang dia gantikan Naz as your PA?”
“Are you jealous?”
“I jealous? Your PA, she's not my level. And she will never be. Belajar pun tak habis.” Yakin Raisya bersuara dengan penuh kesinisan.
Farhan geleng kepala dengan tingkah isterinya yang satu ini. Dia tahu Raisya berpendidikan tinggi tapi itu tidak bermaksud isterinya boleh sewenang-wenangnya memperlekehkan orang lain.
“Really? Mana you tahu?” Soal Farhan pendek. Dia sendiri kurang periksa soal hal peribadi pekerjanya. Yang dia tahu Marissa memang rajin dan cekap bekerja.
Selama tiga bulan Marissa bekerja di bawahnya, belum pernah lagi gadis itu melakukan kesalahan atau kecuaian.
Harus dia akui, walaupun Marissa masih muda namun prestasi kerjanya setanding dengan mereka yang berpengalaman banyak.
“I tanya dia tadi. You takkan tak tahu?” Soalan Raisya dibalas dengan gelengan.
“Nope! I tak pernah tanya pun.” ucap Farhan pendek.
Raisya bangun dari kerusi sebelum menapak ke arah kerusi suaminya. Tubuh Farhan dipeluk manja dari belakang.
“By the way bie, malam ni birthday Katrina. Dia invite I datang birthday party dia. So...” Ujar Raisya dengan suara yang dilembutkan dengan harapan Farhan akan tergoda dan benarkan dia pergi ke majlis temannya.
“I tak izinkan you pergi kalau nak celebrate dekat club.” Tegas Farhan bersuara. Kalau bab lain dia boleh berlembut lagi, tapi benda yang berkaitan dengan kelab dan arak memang dia takkan izinkan.
Raisya geleng kepala seraya berkata. “No lah. Dia buat party dekat Villa dia. Bukan dekat club. Can I go, please?"
“Okay, I izinkan you pergi.” Farhan beri kata putus. Selagi Raisya tidak jejakkan kaki ke kelab, dia memang akan beralah dengan permintaan si isteri.
Tidak mahu menjadi suami yang terlalu mengongkong. Bukan salah Raisya jika isterinya itu hidup terlalu bebas. Dia juga begitu dulu. Cuma nak memujuk Raisya untuk berubah agak susah. Isterinya memang degil. Suka ikut kepala sendiri!
![](https://img.wattpad.com/cover/360861103-288-k665866.jpg)
YOU ARE READING
Marissa : His Precious Wife (Ongoing)
Roman d'amour"Kerana cinta ku kecewa, kerana setia ku kecewa" Kata orang, cinta membawa kepada rasa bahagia. Namun cinta juga membawa kepada kekecewaan. Sakit dan perit bila cinta dikhianati insan tersayang. "You ingat I boleh lupakan apa yang jadi harini and a...