Prolog

1.8K 51 2
                                    

SEKUJUR tubuh yang terbaring kaku menjamah ruang pandangannya kini. Terasa seribu sayang dan cintanya turut ikut pergi bersama. Separuh jiwanya menjerit mahu ikut mati. Rasa seperti dadanya dicengkam sekuatnya. Sakit. Perit. Seperti inikah kehilangan seseorang yang begitu bermakna dalam hidup?

'Ya Allah, sungguh aku tak kuat..' rintih hati Marissa.

"Maktok, bangunlah... Jangan hukum Rissa macam ni." Tangan kanan Maktok yang sudah dingin itu dikucup bersama air mata yang tidak henti mengalir.

"Kalau kau tak bawa balik anak haram kau tu, Maktok takkan terkejut sampai dia meninggal. Mak tok meninggal disebabkan kau!" Hambur Nurin tanpa mempedulikan tangisan Marissa pada dia hanyalah sebuah lakonan untuk meraih simpati maknya merangkap ibu saudara Marissa.

"Maktok...Rissa minta maaf..." Entah berapa kali sudah kata maaf itu meniti di bibir Marissa. Sungguh dia rasa ralat dengan pemergian si nenek.

Andai dia tidak buat pilihan sebodoh itu. Andai dia tidak terima tawaran itu dulu...

"Tak guna kau menangis. Mak aku dah mati. Aku suruh kau pergi Singapore kerja cari duit. Bukan cari jantan!" Kalau tadi anaknya Nurin yang membidas Marissa, kini dia pula ingin bersuara. Menambah luka pada derita anak saudara sendiri.

"Makngah...Rissa..."

Belum sempat Marissa buka mulut , Makngah Zaharah sudah pangkas bicaranya.

"Rissa apa? Kau nak minta maaf? Tak payah. Maaf kau takkan boleh hidupkan mak aku balik." keras nada suara Makngah Zaharah. Kalau tak mengenangkan jenazah arwah maknya masih berada dalam rumah, memang lunyai Marissa dia kerjakan.

Panas di hati bila teringat yang Marissa pulang bersama seorang bayi tanpa suami belum reda, kini mak nya pula sudah berpulang di jemput Ilahi.

Mak dia memang terlalu rapat dengan Marissa. Cucu kesayangan la katakan. Kerana terkejut berat melihat si cucu tersayang, dia jatuh sakit mendadak sehingga menghempuskan nafas terakhir.

"Sekarang aku nak kau dan anak haram kau ni masuk dalam bilik. Dan jangan sesekali kau berani bawa keluar anak haram kau keluar dari bilik." Arah Makngah Zaharah. Tak betah dia nak memandang wajah Marissa lama-lama. Apatah lagi si kecil yang lena tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

"Tak nak. Rissa nak duduk sini dengan Maktok..." perlahan Marissa membantah. Dia masih mahu disisi Maktok. Mahu terus memeluk cium buat kali terakhir.

"Kau nak malukan aku dengan anak aku ke? Biar semua yang datang ziarah mak aku tahu yang kau balik sini bawak anak haram. Dah aku cakap kau duduk dalam bilik, kau duduk jela dalam bilik!" Naik seoktaf suara Makngah Zaharah. Tingkah Marissa memang benar-benar menguji kesabarannya yang telah lama menipis.

"Maktok..." Ngongoi Marissa. Langsung tak terkesan dengan suara nyaring Makngah Zaharah memekik dirinya.

"Kau pekak ke? Kau tak dengar mak aku suruh kau masuk bilik?" Terkejut bercampur sakit Marissa saat Nurin datang merentap rambutnya. Makin lebat air mata yang mengalir.

Terasa dunia begitu kejam padanya. Dia sudah tersalah langkah. Namun tidakkah layak dia diberi peluang untuk bersedih? Bukan dia pinta untuk semua ini terjadi.

"Awww, Nurin! Sakitlah!!!!" Aduh Marissa langsung tidak dihiraukan Nurin. Malah lebih kuat dia rentap rambut sepupunya.

"Sakit? Sakit lagi hati aku dengan mak aku tengok muka kau! Kau masuk bilik sekarang!"

"Makngah tolonglah. Bagi Rissa masa dengan mak tok. Untuk yang terakhir. Rissa merayu dengan Makngah..." Marissa terpa tubuh Makngah Zaharah melutut di kaki wanita separa tua itu. Tangan Makngah Zaharah di raih dengan tangan terketar-ketar yang akhirnya cuma menerima bidasan dari wanita itu.

Marissa : His Precious Wife (Ongoing)Where stories live. Discover now