OO8

4.4K 545 290
                                    

Aku terus duduk di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terus duduk di sofa sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Skrin televisyen yang gelap aku tenung lama sebelum mengeluh. Otak aku serabut sebab fikirkan masalah dekat tempat kerja. Apa yang aku mengarut ni? Semuanya disebabkan Encik CEO yang selalu mainkan perasaan aku.

Sewaktu lunch dengan Doyoung, Puan Kim yang merupakan ibunya bertembung dengan kami. Kedengaran biasa, kan? Apa perkara buruk boleh berlaku pada waktu tu? Banyak. Walaupun pertama kali Puan Kim berjumpa dengan aku, dia sudah membuat andaian tentang aku, tapi hanya perkara positif sehinggakan aku berasa janggal dengan kelakukannya.

"Kali pertama Doyoung lunch dengan setiausaha dia. Hmm tanda apa ni?"

"Sohee mesti seorang yang baik, kan?"

"Cantik rantai tu. Taste Sohee memang bagus!"

Ada banyak lagi tapi aku tak mahu sebutkannya satu-persatu.

Aku hanya angguk dan tersenyum kepadanya tapi mata aku asyik mengerling pada perempuan muda yang bersamanya. Mukanya yang dihias dengan senyuman pada awalnya sudah menjadi ketat. Aku menangkapnya menjeling aku dengan tajam beberapa kali sewaktu Puan Kim tidak habis-habis memuji aku. Barangkali dia sudah lupa tentang kewujudan perempuan disampingnya kerana dia langsung tidak mengenalkan perempuan itu kepada aku mahupun berbual dengannya.

Doyoung? Reaksi wajahnya begitu kontra sehinggakan aku tak dapat teka apa perasaannya waktu tu.

Dan suprise! aku dapat amaran daripada perempuan yang aku tak nak kenal tu jugak.

"Jangan pernah terfikir untuk bersama dengan Doyoung, kau tak layak dengannya. Kalau tak, tahulah nasib kau nanti."

Macamlah aku takut.

Oh ya, ada lagi perkara tahi berlaku hari ni. Aku tak nak cerita dekat sesiapa dan tak akan.

Akhirnya masa yang aku nantikan sudah tiba iaitu pulang. Aku sedang bermain dengan telefon, berbalas mesej dengan beberapa rakan sekolah yang rapat dengan aku. Topik mereka pada waktu itu mengenai teman lelaki dan ciuman pertama. Pada mulanya aku fikir mahu biarkan topik itu berlalu kerana aku tidak pernah mempunyai teman lelaki.. Loser? Tak, aku cuma ada taste yang tinggi. Tapi apabila terfikirkan Doyoung, bermacam-macam bayangan muncul dalam fikiran aku. Tak sedar dengan kelakukan aku, aku sudahpun memetik nama Doyoung dengan berbisik. Rama-rama yang sering muncul tiap kali memikirkannya tak lepas daripada membuat kemunculan. Disebabkan itu, aku pejamkan mata sambil mengeleng, cuba untuk lenyapkan perasaan dan bayangan tahi ini secepat mungkin.

Aku buka mata semula setelah berjaya mengusirkan perasaan tu dan kemudiannya aku dapati Doyoung berada di hadapan pintu biliknya. Langsung pergerakan aku terhenti, otak aku seperti mengeluarkan tanda '!!!' sebagai amaran. Situasi ni sama macam waktu ketika aku mencuri makan dalam kelas dulu- uh aku harap dia tak dengar keluhan aku yang menyebut namanya, dan tahi, apabila difikirkan semula, ianya kedengaran agak sensual. Muka aku membahang. Satu je aku fikir waktu ni, aku rasa nak terjun bangunan. Dia sengetkan kepala sambil senyum.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now