O13

3.3K 392 102
                                    

Sinaran cahaya dari luar buat aku terjaga daripada tidur yang lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sinaran cahaya dari luar buat aku terjaga daripada tidur yang lena. Disebabkan rasa sejuk, aku peluk Doyoung dengan erat dan benamkan kepala di dadanya, membuatkan satu dengusan keluar dari mulut dia. Aku boleh tahu yang keningnya berkerut disebabkan tidak senang dengan tindakan aku yang berjaya kejutkan dia daripada tidur.

Bunyi telefon berdering disebabkan alarm yang berbunyi kuat di segenap bilik tidur. Lama juga bunyi itu kedengaran sehinggalah tangan aku mencapai ke arah telefon Doyoung berada untuk matikannya apabila sedar yang dia sememangnya tak berniat untuk matikan bunyi bising itu sendiri.

Beberapa minit berlalu sebelum aku sedar yang aku perlu bekerja hari ini. Perlahan aku menukar posisi. Tangan aku menjalar pada comforter untuk menarik selimut tebal itu daripada melindungi aku dan Doyoung tapi saat aku berniat melakukan perbuatan itu-

"Soheeeee." Aku agak terkejut dengan reaksi dia. Bukan selalunya dia mementingkan masa? Matanya berkedip beberapa kali, cuba untuk dapatkan fokus yang tepat untuk melihat aku setelah beberapa jam tidak menggunakan anggota itu.

"Bangunlah. Berapa lama lagi awak nak tidur?"

"Tak.. Aku cuma nak peluk kau."

"Jadi? Awak nak suruh saya buat apa?"

"Baring dengan aku," pintanya sambil menunjukkan senyuman yang aku rasa- ugh lupakan!

"Doyoung, kita perlu pergi."

"Tapi.. Tapi.."

"Tapi apa?"

"Tapi kau terlalu hangat dan selesa dan aku tak nak kau bergerak."

Aku menarik comforter itu semula dan sekali lagi rungutan kedengaran daripadanya.

"Awak ada meeting pukul 11 ni." Aku cuba menyatakan sebab untuk dia bangun.

"Lama lagi."

Aku kerutkan kening. Aku dapat lihat senyuman dibibirnya sebelum dia menarik aku berbaring di sebelahnya semula. Dia letakkan kepalanya di ceruk leher aku dan peluk aku dengan selesa. Kembali kepada posisi awal tadi.

"5 minit lagi."

Perkara tu berterusan sehingga menjadi 60 minit dan akhirnya aku dan dia datang lambat ke tempat kerja. Aku tak peduli kalau dia nak lambat pun tak apa tapi aku cumalah perkerja biasa.

Aku menyilangkan tangan sambil jari telunjuk bergerak-gerak sabar menunggu lif selepas masukkan punch card. Ada satu bunyi kedengaran menandakan lif telah sampai ke tingkat satu. Waktu ini hanya aku dengan Doyoung sahaja yang menggunakan lif. Kaki aku terus melangkah ke dalam saat pintu terbuka lalu tangan aku cepat menekan butang tingkat 35 selepas Doyoung masuk ke dalam. Lif bergerak ke atas. Aku hanya memandang ke pintu, tidak mengalihkan tatapan mata aku ke mana-mana, jelas menunjukkan protes aku kepadanya.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now