OO2

6.1K 678 206
                                    

Aku menapak masuk ke dalam syarikat sambil menayangkan senyuman kepada kakitangan pekerja yang menyapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menapak masuk ke dalam syarikat sambil menayangkan senyuman kepada kakitangan pekerja yang menyapa. Kelakuan ni bukanlah perkara biasa yang aku selalu lakukan tapi sejak aku berkerja disini ianya sudah menjadi kebiasaan.

Oh well, lebih kepada paksaan. Siapa je yang suka secretary yang sombong, kan?  [mende delete]

"Pagi, Cik Kang."

"Awal datang hari ni, Cik Kang!"

"Lawanya baju Cik Kang!"

Aku tersenyum segan lalu melangkah cepat memasuki lif untuk menuju ke tingkat 38. Dulu semasa aku baru sahaja berkerja di sini, aku agak kekok dengan setiap teguran yang aku terima. Iyalah, aku tertanya juga macam mana mereka boleh mengenali aku tetapi apabila mengingati bahawa aku menguruskan CEO syarikat ini sendiri, sudah pasti cerita mengenai aku tersebar luas dikalangan pekerja.

"Morning, Setiausaha Kang!"

Perjalanan ke meja aku tergendala kerana sapaan itu. Aku menjongket sebelah kening kepada rakan sekerja aku, Senior Yuta.

"Ada apa-apa yang sunbae nak?" tanya aku kehairanan dengan panggilan itu kerana selalunya dia memanggil aku dengan nama kedua aku, bukan dengan nama keluarga. Dia menyeringai melihat reaksi aku dan kemudian menghalau aku dari situ.

Aku meletakkan tas tangan di atas meja sebelum duduk di kerusi. Tangan aku mencapai iPad untuk melihat jadual Doyoung pada hari ini. Bebola mata aku ke atas dan ke bawah untuk meneliti jadual tersebut dan apabila sampai ke penghujungnya kening aku berkerut.

"Doyoung tak datang ke hari ni?" gumam aku sendirian sambil meletakkan iPad di atas meja.

Beberapa minit kemudian, Doyoung melalui meja aku dan masuk ke pejabatnya, melenyapkan tanggapan aku sebelum ini. Aku mengambil dua fail putih yang besar yang tersusun di rak lalu memasuki pejabatnya setelah mengetuk pintu. Dia berada di hadapan tingkap kaca, membelakangi aku, melihat suasana di luar sambil membetulkan tali lehernya.

Dua buah fail itu aku letak di atas meja. Bunyi perlahan yang terhasil daripada perbuatan itu menyebabkan dia mengerling ke arah aku.

"Tiada aktiviti luar yang disediakan untuk hari ni, Encik Kim."

"Bukan aku dah suruh kau buang panggilan tu bila hanya ada kita berdua?" soalnya dengan kening yang berkerut. Kali ini tubuhnya sudah menghadap aku dan tegurannya membuatkan aku menjadi lebih berhati-hati.

"Maaf, saya terlupa.." Aku menyatukan tangan. Mata aku tertancap pada tangannya yang masih membetulkan tali lehernya. "Nak saya betulkan?"

Tanpa menunggu balasan daripadanya, aku sudah mendekat lalu kedua belah tangan aku berada di tali lehernya. Sebelah tangannya yang berada di situ jatuh ke bawah dan aku tahu yang dia agak terkejut dengan tindakan aku walaupun dia tak tunjuk. Malah aku pun terkejut dengan apa yang aku lakukan ini. Ish, apa yang kau lakukan ni Sohee?

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now