O16

2.9K 359 162
                                    

Esoknya, semua menjadi seperti sedia kala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esoknya, semua menjadi seperti sedia kala. Areum menegur aku awal pagi tadi bersama satu paper bag yang mengandungi bekas makanan yang khas disediakan untuk aku sebagai tanda maaf atas kejadian semalam. Aku tak berapa faham motif dia untuk lakukannya dihadapan pekerja lain tapi aku abaikan kerana mereka tidak lagi melayan aku dingin. Satu masalah aku sudah selesai.

Mata aku mengerling paper bag yang aku letak di hujung meja. Nampaknya lunch dekat pejabat sajalah aku hari ni.

Aku ketuk pintu bilik Doyoung sebelum masuk. Menolak pintu, aku nampak Haechan sedang bersenang-lenang duduk di sofa sambil bermain telefon. Aku alihkan perhatian ke arah Doyoung yang memakai kot bersiap untuk keluar.

"Setiausaha Kang, kau nak pergi lunch sekali?" pelawanya.

"Oh saya lunch dekat pejabat je."

"Cik Kang betul tak nak join? Hyung nak belanja hari ni," Haechan mencelah. Dia senyum jahat mengenakan Doyoung memandangkan lelaki itu berduit. Aku senyum sambil mengeleng. Haechan konon mengeluh sebelum bangun mengikuti Doyoung untuk keluar. Mulut terkumat-kamit mengatakan dia akan mengajak Mark dan Yerim selepas ini dimana perilaku itu menyebabkan Doyoung memandangnya putus asa.

"Alright, apa kata kita makan makanan yang sedap hari ni? Japagetti? Kimchi stew? uh-" Suara Haechan tenggelam sebaik saja dia melangkah keluar.

Doyoung mengambil kesempatan untuk menggunakan waktu sempit itu untuk berkomunikasi dengan aku. "Kenapa tak rehat? Jangan kata kau diet atau ap-"

"Taklah! Areum bagi saya bekalan makanan."

"Areum? Pekerja baru tu?" Aku mengangguk. "Sejak bila kau rapat dengan dia?"

"Tak pernah pun."

Dia keliru dengan jawapan aku tapi ada satu teriakan dari luar menyebabkan percakapannya terhenti. Dia menghela nafas lalu keluar untuk mendapatkan Haechan yang tidak sabar. Situasi ni betul-betul rasa kelakar sebab dia terpaksa mengalah dengan Haechan.

Bekal aku letakkan di atas meja bilik rehat. Cawan yang berisikan air kosong ditempatkan disebelahnya. Baru saja aku melabuhkan punggung di kerusi, Yerim muncul di hadapan pintu lalu menyeringai suka melihat keberadaan aku di dalam.

"Cik Kang! Saya dah agak yang Cik Kang mesti ada dekat sini." Tangannya mencapai sebiji oren di atas kabinet sebelum duduk di depan aku.

"Macam mana awak tahu?"

Dia melihat bibimbap di dalam bekalan aku. "Areum bagi tu kan? Jadi saya anggap yang Cik Kang mesti makan dekat sini."

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now