O28

2.7K 405 207
                                    

Aku rasa mahu pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rasa mahu pengsan.

Senyuman yang terpapar diwajah aku kekalkan sambil menunggu giliran untuk menyebut ayat yang aku hafal berpuluh kali sebelum ini. Hanya dua perkataan; I do. Iya, mudah.. terlalu mudah tetapi entah mengapa aku sukar untuk mengingatinya gara-gara perasaan gementaran aku yang hebat. Aku tahu aku sepatutnya berasa gembira dan abaikan rasa gugup yang aku rasai pada saat ini, saat perkahwinan ini, tetapi aku sepertinya tidak ada kawalan dalam menghentikan jari daripada bergetaran.

Gaun kahwin labuh berwarna putih tersarung di tubuh aku, juga dihiasi rantai pearl putih di leher berserta jepit rambut keemasan yang membentuk bunga mawar dikemaskan di sisi kepala. Ada satu ikatan bunga yang aku pegang ditangkainya dengan kedua tangan, mengenggamnya dengan separa kekuatan. Aku berdiri di altar, perhatikan lelaki lingkungan umur 30-an bersut kelabu di hadapan aku dan Doyoung dengan senyap, cuba mendengar satu persatu ayat yang diucapkannya tetapi aku terlalu kalut untuk tafsirkan apa yang memasuki telinga aku. Mengerling Doyoung, aku boleh lihat ada reaksi gugupnya. Ah, baguslah. Baguslah bukan aku seorang sahaja yang rasakan begitu.

"I do."

Tahi tahi dia sudah menyebutkannya-

Lelaki bercermin mata itu sekali lagi membuka suaranya dan kemudian dia memandang aku, seperti menunggu balasan aku pula.

OH GILIRAN AKU-

"I-I do."

Aku sudah lakukannya!

"You may now kiss the bride."

S-sekejap.. Aku terlupa yang ini!!

Doyoung memandang aku yang sedang kaku. Tepi mulutnya ternaik melihat reaksi aku tetapi dia langsung pedulikannya dan menarik lengan aku supaya mendekat lalu melekapkan bibir kami. Tepukan gemuruh mula kedengaran dan itu membuatkan aku memejamkan mata rapat kerana berasa malu. Ini yang aku tidak suka. Ciuman kami ditonton ramai. Aku tidak peduli sekiranya aku dengannya bercium di mana tempatpun asalkan tiada mata-mata yang melihat. Tetapi di sini..

Ada keluarga aku..

Ada kawan-kawan aku..

Ada ramai kenalan aku..

Ergh, segannya..

Aku membuka mata semula setelah dia meleraikan ciuman. Dia tak berganjak dan masih mengekalkan jarak kecil tadi. Melihat lelaki yang bergelar suami aku sedekat ini tersenyum manis, secara automatik aku juga memantulkan reaksi yang sama. Seperti cermin.

"Aku suka perasa pelembab bibir kau," bisiknya sebelum menjauh. Tangannya yang berada di pinggang aku menarik aku yang muka sudah memerah supaya memandang ke arah tetamu sambil dia menayangkan senyuman lebar.

Aku benci dia sebab buat aku rasa macam ni.

◦ ✾ ◦

"Congratulations on your wedding! Aku tak pernah jangka kau orang yang pertama berkahwin dulu antara kita semua."

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now