O22

2.6K 391 228
                                    

"Selamat kembali, Cik Kang!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat kembali, Cik Kang!!"

Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli department aku. Mereka nampak gembira bila aku datang kerja hari ni. Lagi-lagi Yerim.

"I miss youuuuu."

Aku cuba menahan gelak apabila Mark menegah Yerim daripada memeluk aku. Yerim menjelingnya tapi dia menurut saja. Sebab mereka begitu adalah kerana kehadiran Pengerusi pada hari ini. Sebenarnya aku agak terkejut dengan kedatangannya ke tingkat department ini kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Mungkin kemalangan hari itu mengejutkannya.

"Saya harap pekerja-pekerja lain jaga keselamatan masing-masing. Saya tak boleh jamin kalau perkara sebelum ini tak akan berlaku lagi tapi syarikat dah tukar syarikat keselamatan lain. Kita harapkan tak ada kemalangan berlaku lagi, ya?"

Aku ada kata tak Pengerusi merupakan ayah kepada Doyoung?

Tuan Kim bertanya mengenai kecederaan di kepala aku yang dimana aku memberikan jawapan yang melegakan hatinya. Selepas Tuan Kim dan Doyoung beredar untuk ke pejabatnya, aku diajukan pelbagai soalan oleh Yerim sambil tangan aku dipegangnya. Aku menjawab soalannya satu-persatu dengan tawa yang bersisa.

"-Tahap sakit dia? 9.5/10." Yerim tersentak, mukanya menunjukkan reaksi gerun lalu dia menoleh ke arah Mark.

"Ingatkan aku supaya jaga kepala sendiri."

Mark mengangguk malas. Dia menarik Yerim ke meja kerja mereka yang hanya bersebelahan, menyebabkan pegangan Yerim terlerai dari tangan kanan aku.

"Alright, time to work your ass off."

Aku mengelengkan kepala sebelum bergerak ke meja sendiri. Mark dan Yerim tak pernah tak buatkan aku terhibur dengan perangai mereka.

Sebaik saja meja aku kelihatan, kening aku bertaut melihat seorang perempuan berdiri di tepi meja aku dengan ekspresi muka yang kelat. Dia tidak sedar akan kehadiran aku sehinggalah aku tiba di situ dan mulutnya sepantas mungkin mengukirkan senyuman.

"Selamat kembali, Cik Kang!"

"Terima kasih.. Areum?"

Dia menghulurkan Ipad ditangannya dan Ipad yang aku selalu gunakan sebagai setiausaha Doyoung itu bertukar tangan. Dari hujung mata, aku dapat menangkap tas tangan hitam di atas meja. Huh, ini bermaksudnya..

"Awak yang jadi setiausaha sementara Encik Kim?" Dia mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Saya tak tahu pula yang Cik Kang masuk kerja hari ni sebab tak ada siapa beritahu. Saya pergi ke meja saya semula ya," katanya lalu beg tangannya diambil.

Kening aku langsung terjongket ke atas apabila menangkap intonasi percakapannya yang kecewa dengan apa yang berlaku. Aku cuba membalas senyumannya walaupun berasa agak pelik. Mata mengikuti langkahnya yang semakin lama menjauhi lalu figuranya tersembunyi disebalik dinding apabila dia membelok ke haluan meja-meja yang menempatkan pekerja lain.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now