OO7

4.4K 562 154
                                    

Melihat reaksi aku, dia senyum kecil dan jarinya yang berada di sisi muka aku meleret bergerak sehingga ke dagu aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat reaksi aku, dia senyum kecil dan jarinya yang berada di sisi muka aku meleret bergerak sehingga ke dagu aku. Melihat dia sedekat ini buat aku semakin keliru dengan diri sendiri, kerana separuh daripada diri aku inginkan sesuatu yang lebih daripada ini dan itu teramatlah salah. Keterlaluan, ini.. Ini.. Ah, aku tak tahulah!!

Dia pegang kedua-dua pipi aku, tundukkan mukanya supaya dapat pandang aku dengan jelas. Dia amati muka aku dengan senyap.

"Boleh aku cium kau?"

Mata aku terbeliak dan roh aku terasa mahu melayang keluar daripada jasad sendiri. Tahi apa yang sedang berlaku ni?

"Aku bergurau saja." Dia ketawa perlahan dan sumpah aku mahu lekatkan stapler di mulutnya.

Dia jauhkan badannya daripada menghimpit badan aku. Tangannya menyentuh tapak tangan aku sebelum meninggalkan aku keseorangan di ruang luas ini. Aku dapat rasa yang muka aku panas dan jantung aku berdegup dengan laju, malah aku dapat dengarkan degupannya. Aku hela nafas sebelum mengikutinya ke taman yang menempatkan jamuan kecil.

Aku tak rasa dia bergurau.

◦ ✾ ◦

Seoul, Isnin, 11 pagi.

Bunyi yang terhasil daripada papan kekunci kuat kedengaran pada pendengaran aku. Bunyi itu terhenti dan satu keluhan keluar daripada mulut sebelum aku bersandar ke belakang dan termenung memandang ke pintu pejabat Doyoung. Aku sebenarnya rasa tak bersemangat nak pergi kerja hari ni tapi aku paksa diri juga. Aku dah cuti dua hari, tak mungkinlah aku nak tambah lagi sehari.

"Itu pun dah ada gosip tentang aku," getus aku.

Disebabkan ketiadaan aku dengan Doyoung lebih beberapa hari yang ditetapkan oleh syarikat, kakitangan perkerja mula fikir yang aku ada affair dengan Doyoung. Aku tak tahu daripada mana diorang boleh terfikir semua ni tapi aku yakin ianya disebarkan oleh tukang mengumpat. Aku ada terdengar perbualan mereka,

"Cik Kang seorang saja setiausaha yang boleh tarik minat Encik Kim! Pelik.."

"Hm, tak mustahil. Cik Kang bukan macam setiausaha sebelum ni. Dia baik, kau nampak kan?"

"Oh! Awak ingat lagi Cik Yoon? Dia yang paling teruk antara setiausaha lain."

"Oii dia buat apa?"

Aku tak dapat curi dengar perbualan yang seterusnya sebab waktu itu pintu lif dah terbuka meminta aku masuk.

Huh, aku tak tahu nak rasa apa lepas dengar semua tu. Patut ke aku risau disebabkan gosip tu sudah tersebar dalam syarikat atau gembira atas fakta yang Doyoung minat terhadap aku?

Memikirkan itu sahaja sudah membuatkan perut aku tak selesa, perasaannya sangat janggal kerana aku tak selalu rasakannya. Dan aku tak sukakannya. Rasa macam ada sesuatu yang duduk dalam perut aku. Rama-rama? Er nak cakap pun rasa janggal.

Jari aku kembali berkerja di papan kekunci. Fikiran aku tak teratur jadi aku cuba abaikan dan sambung kerja. Mata aku kerling tangan kanan aku sebelum memandang ke skrin komputer semula. Otak aku mula menyiarkan semula kejadian hari itu.

Kejadian dimana Doyoung mencium tangan aku di pameran fotografi. Tangannya yang menarik aku rapat sehinggakan dada aku hampir-hampir bersentuhan dengan dadanya- Tidak, ini bukan apa yang patut aku fikirkan! Aku mengeleng.

"Boleh aku cium kau?"

Ayat yang muncul dalam kotak fikiran jadikan aku ingat semula cara matanya yang teduh perhatikan aku, kata-katanya yang buatkan aku tak boleh tidur, dan nafas suamnya yang mengenai muka aku.

Aku rehatkan kepala di atas meja. Rasa nak menangis pun ada tapi aku tak akan lakukannya, yang pasti bukan di sini. Kalau boleh, aku nak tarik rambut sendiri dengan penuh frustasi. Mengingati yang aku masih di pejabat, keinginan itu terbatal. Sekali lagi aku mengeluh.

"Setiausaha Kang?"

Badan aku terus menegak apabila nama aku dipanggil dan aku menghadapnya. Kali ini aku sudah berdiri. Dihadapan aku kini adalah Doyoung yang bersut biru tua. Reaksi pelik jelas terpapar di wajahnya.

"Ya, Encik Kim?" Dia menghulurkan tangannya yang mengenggam sesuatu.

"Aku rasa ini kau punya." Ditangannya mempunyai rantai pearl putih yang bersinar. Rupa bentuknya sama dengan rantai aku jadi tangan aku terus menyentuh leher untuk memastikan kewujudannya tapi apa yang aku dapati hanyalah kosong.

"Dekat mana Encik Kim jumpa?" Aku mengambil rantai tersebut.

"Sofa."

Huh?

"Terjatuh agaknya. Saya tak perasan."

Aku membelek rantai tersebut dan cuba untuk pakaikan pada leher aku. Kening aku berkerut bila ia tak bercangkuk pada penyambung. Doyoung perasan akan kesukaran aku jadi tangannya diangkat dan bergerak ke leher aku. Sekaligus buatkan aku terkejut lalu tangan aku melepaskan rantai itu, membiarkan dia bantu aku.

"Fail ni saya kena bagi dekat Irene kan, Cik Kang?"

Kepala aku ditoleh ke arah suara yang baru muncul itu, berdiri Yerim di tepi meja aku dengan muka yang hairan sebelum mulutnya menyenget setelah melihat keadaan aku dengan Doyoung.

"Yep, awak letak je dekat meja dia sebab dia tak hadir hari ni." Aku cuba kekalkan suara aku daripada gagap. Tangan Doyoung jatuh ke sisi dan tahulah aku dia sudah menyambungkan rantai itu.

"Okey, Cik Kang." Dia membawa fail itu bersamanya dan aku boleh lihat reaksi mukanya yang teruja. Dia pasti mahu menceritakan tentang perkara ni kepada orang lain. Aku 100% yakin.

"Lunch dengan aku hari ni," kata Doyoung. Aku angguk perlahan sambil memandangnya. Melihat persetujuan aku, dia tunjukkan aku satu senyuman kecil sebelum masuk ke pejabat.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now