O1O

4K 474 117
                                    

Cepat aku sarungkan kasut bila loceng rumah berbunyi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cepat aku sarungkan kasut bila loceng rumah berbunyi. Aku membuka pintu, memaparkan Doyoung yang berpakaian plaid coat bersama turtleneck putih.

"Hei," tegurnya lalu tersenyum kecil. Aku membalas senyumannya.

Banyak perkara yang aku bualkan dengan dia semasa dalam kereta. Tentang dia dan aku, keluarga dia dan waktu zaman persekolahan. Aku menghentikan percakapan bila sedar yang dia mengekalkan senyuman kecil sewaktu mendengar bebelan aku.

"Kenapa awak senyum?"

"Aku suka suara kau. Cakaplah lagi."

Aku tak jawab dan perhatikan dia dari tepi. Lama juga aku begitu sampailah dia mengerling aku. Cepat aku alihkan perhatian ke arah lain dan membuka topik baru.

"Mhm, peliknya situasi ni."

"Apa yang pelik?"

"Awak, saya dan semua."

Keretanya berhenti ketika lampu isyarat merah bernyala. Aku bersandar ke belakang dengan selesa sambil pandang ke arah Doyoung.

"Dulu awak cold, jarang senyum."

Dia membalas pandangan aku, sebelah keningnya terangkat. "Kenapa dengan itu?"

"Hanya satu pemerhatian. Sekarang awak banyak senyum.. ketawa pun."

"Hmm, dengan kau sahaja."

"Oh, cheesy!"

Sampai saja ke destinasi, Doyoung memparkir kereta di luar restauran. Aku dengan dia berjalan bersebelahan, membuat satu jarak selesa kerana mengingati aku berada di tempat awam. Tiba-tiba sebelah tangan aku digenggam. Aku pandang dia dengan sepantas kilat.

"Kita diluar-"

"Tak boleh ke? Semua orang buat macam ni."

"Awak nak hadir ke salah satu kenalan bisnes syarikat awak, Doyoung. Macam mana kalau diorang nampak awak dan setiausaha awak berpegangan tangan?"

Dia senyum dan perlahan-lahan melepaskan tangan aku. "Ini yang aku suka tentang kau."

Masuk sahaja ke dalam restauran, aku sudah dapat menghidu bau yang sedap dan menyelerakan. Aku menelan liur sewaktu terpandang spaghetti bolognese. Cepat aku alihkan pandangan dan sedarkan diri.

Sedang Doyoung dan pemilik restoran ini berbual, mata aku meliar ke setiap ruang restoran yang bertemakan mewah. Aku seakan ternampak seorang lelaki menyebut nama aku dan mata aku terhenti padanya. Lelaki itu menunjukkan senyuman setelah menyedari dia berjaya mengambil perhatian aku. Dan aku menjadi aku, aku hanya membalas senyumannya dengan kekok sebelum menumpukan perhatian kepada pemilik restoran tadi yang masih bercakap.

Aku tak kenal pun lelaki tu. Aku tak tahu pun kenapa dia senyum dekat aku. Fikir positif, mungkin dia suka senyum.

"Setiausaha Kang? Awak nampak cantik hari ni!"

Suara yang muncul dari belakang Encik Jeon serba sedikit memeranjatkan aku. Tuan empunya suara akhirnya berdiri di sebelah Encik Jeon sambil menayangkan senyuman manisnya. Setiausaha Park. Aku tidaklah rapat dengannya tapi kami selalu berjumpa di meeting. Anting-antingnya yang bersinar menarik perhatian aku. Aku belek pakaian aku hari ini. Apa yang cantiknya?

"Saya pakai biasa-biasa saja."

"Hari ni luar biasalah. Betul." Aku kecilkan mata pandang dia dengan senyuman nipis dan dia tergelak perlahan. Tangannya memaut tangan Encik Jeon sekaligus mengejutkan aku. Aku cuba kawal reaksi muka dengan mengekalkan senyuman.

Tumpuan Encik Jeon kembali kepada aku dan Doyoung. Dia pelawa kami duduk di satu meja dan menunggu makanan dihidangkan. Tanpa banyak tanya, aku dan Doyoung duduk di meja kosong di tepi tingkap.

"Awak nampak tadi?"

Aku bertanya dia yang duduk di hadapan. Dia membalas dengan satu anggukan. "Kenapa? Kau terkejut?"

"Sedikit."

"Suatu hari nanti kita pun akan seperti itu juga." Dia menyambung ayatnya lagi setelah melihat reaksi pelik aku. "Kau tahukan itu bukan maksud aku."

Aku mengangguk perlahan.

"Ya tapi kita baru dalam hubungan ni."

"Bukan itu tujuannya?"

"Tak naklah. Segan. Awak tak rasa pelik ke buat macam tu depan orang lain?"

"Kau segan," dia mengangguk, "Kalau macam tu kau tak kesahlah kalau aku sentuh kau bila hanya ada kau dan aku?"

Aku hampir tersedak air kosong yang aku minum. Perlahan aku letakkan gelas wain ke atas meja.

"Bukan itu maksud saya."

"Habis tu?"

Aku hiraukan pertanyaannya dan pandang ke sekeliling. "Awak tak malu ke kalau ada orang lain dengar apa awak cakap tu? Manusia lebih terdorong untuk bayangkan perkara negatif, awak tahu. Siapa tahu apa ada difikiran mereka?"

Dia menahan senyum. "Ada apa difikiran mereka?"

"Macam-macam. Imaginasi tak terbatas."

"Bukan itu yang kau fikirkan sekarang? Perkataan sentuh tu tak bermaksud yang itu, banyak lagi benda yang tuju ke perkara lain. Contohnya pegang tangan kau, peluk kau, cium kau."

Cium.. Aku?

Mata aku bertentangan dengannya lalu aku berdehem sambil alihkan pandangan.

"Diamlah."

Seperti tahu apa yang berlaku, seorang pelayan datang ke meja aku duduki dengan dua set makanan. Aku pandang ke salah satu makanan itu dengan teruja. Spaghetti bolognese. Tapi perasaan tu terus lenyap bila pelayan tu letakkan makanan itu dihadapan Doyoung. Ish.

Aku makan dengan senyap. Tangan aku sibuk pusingkan garfu atas pinggan supaya spaghetti bergulung di hujungnya. Termasuk kali ni, dah empat kali aku suakan makanan tu dalam mulut. Aku cuba abaikan Doyoung yang perhatikan aku.

"Tepi mulut kau," tegur Doyoung. Aku yang tidak memahami kata-katanya diam tidak terkutik selepas aku menelan makanan yang ada di dalam mulut.

Dia berdecit lalu tangan kanannya menyentuh hujung bibir aku dan pada waktu itu aku baru faham apa yang dimaksudkannya.

Ada sos di tempat itu. Kenapa aku rasa situasi aku ni macam dalam drama yang aku pernah tengok?

"Kenapa awak tak cakap? Saya boleh bersihkan sendiri."

"Tak apalah, aku tak kisah."

"Tapi saya kisah."

Dia pandang aku dengan kepala yang disengetkan sambil tersenyum. "Kau malu, ya? Bertenanglah. Aku baru sentuh bibir kau, bukannya cium kau."

Perkara itu lagi. Dia ni saja nak kenakan aku. Tahu yang aku malu bila cakap tentang benda macam tu tapi sebut juga. Aku jeling dia tajam.

"Diamlah."

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now