O15

3.1K 379 159
                                    

Aku mengetuk pintu lalu menjenguh kepala ke dalam dan apa yang aku nampak adalah seorang CEO yang kelihatan stress dengan tali lehernya yang longgar, sutnya yang dicampak ke tepi, lengan kemejanya yang dilipat, rambutnya yang sedikit tak keruan da...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengetuk pintu lalu menjenguh kepala ke dalam dan apa yang aku nampak adalah seorang CEO yang kelihatan stress dengan tali lehernya yang longgar, sutnya yang dicampak ke tepi, lengan kemejanya yang dilipat, rambutnya yang sedikit tak keruan dan kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya. Jarinya laju menari di kekunci. Melepaskan keluhan, aku berjalan menuju ke arahnya dan berdiri di situ sebelum dia mengangkat muka memandang aku yang memberikan dia pandangan 'itu' menyebabkan dia menghentikan segala kerja yang dibuatnya. Aku tap jam tangan aku untuk beritahu yang sudah satu jam berlalu selepas waktu pulang dan cadangannya untuk makan malam bersama.

"Kau tahu, sebagai setiausaha aku, kau sepatutnya bantu aku lakukan semua ni." Matanya teralih daripada skrin komputer untuk pandang aku.

"Tapi sebagai teman wanita awak, saya sepatutnya pastikan awak makan pada waktu yang betul dan rehat secukupnya," balas aku, tangan membetulkan helaian rambutnya. Dia mengeluh dan mula mengemas.

"Yalah, kau betul."

"Pernah ke saya salah?" Aku menyeringai suka sebelum membantu menyusun semula kertas-kertas di atas meja.

Setelah mengambil sutnya dan menghampiri aku, langsung dia menggunakan sebelah lagi tangannya untuk memeluk pinggang aku, tidak bercadang untuk menyarungkan sut itu ke tubuh. Langkah aku menjadi seragam dengan dia yang menuju ke pintu keluar. Aku hampir panik tapi bila ingat semula, semua pekerja dah balik jadi tak perlulah aku risau.

"Aku rasa penat sangat hari ni. Tidur di rumah aku?"

"Tak nak."

"Kenapa pula?" rungutnya. Aku mencapai tas tangan yang di atas meja sebelum memeluk pinggangnya dengan sebelah lagi tangan lalu menyambung perjalanan keluar.

"Sebab saya tak nak. Awak ingat saya ni charger awak ke?"

"Bukan tu ke penyebab orang ada girlfriend, boyfriend? kan?" Aku jeling dia dan dia pura-pura hatinya dipanah. "Ah, janganlah jeling aku macam tu."

"Mengadanya. Lain harilah saya datang rumah awak."

Sambil menekan butang lif, aku dapat dengar dia menggumam sesuatu yang tidak jelas sebelum merehatkan kepala di atas kepala aku. Mata aku membesar apabila pintu lif terbuka, Yerim dan Mark berada di dalamnya dan tak pernah aku mengalihkan tangan dan menjauhi Doyoung dengan begitu cepat sehinggalah hari ini.

"O-oh Yerim! Tak balik lagi?" Aku tersenyum palsu. Dia tidak menjawab malah matanya memerhatikan aku dan Doyoung berulang kali dengan mata yang sengaja dikecilkan.

"Encik Kim dengan Setiausaha Kang ni ada apa-apa ke?" Tanyanya dengan pandangan mata seakan seekor helang. Soalan itu buatkan Doyoung batuk membetulkan suara. Dan aku hanya dapat menjeling dia kerana langsung tak membantu.

Aku gelak dengan kekok, bertambah kekok bila sedar Mark pandang aku dengan pelik. "Tak. Kenapa tak balik lagi, Mark?"

Bukan seperti Yerim, lelaki kelahiran Kanada itu menjawab soalan aku.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now