O29 ⊰

3.9K 450 191
                                    

Majlis yang mengambil tempat di dewan hotel 5 bintang akhirnya mencapai waktu akhir dan hampir semua sudah pulang kecuali orang tua aku dan Doyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Majlis yang mengambil tempat di dewan hotel 5 bintang akhirnya mencapai waktu akhir dan hampir semua sudah pulang kecuali orang tua aku dan Doyoung. Setelah omma memeluk aku dan membebel supaya aku membuang perkara pelik yang aku lakukan selama ini di tepi telinga aku, mereka pulang diikuti Puan Kim- Maksud aku, omma dan appa kedua aku.

"Mulai sekarang Sohee menantu kesayangan omma tau," kata ibu mertua aku.

Aku seorang sahaja menantunya buat masa ini tapi ya, okey. Aku suka jadi menantu kesayangan!

"Marilah, kita naik ke bilik." Doyoung menarik aku ke lif yang pintunya sudah terbuka lalu membawa aku ke dalam bersamanya. Butang tingkat 17 ditekannya sambil aku bersandar keletihan di lengannya yang aku peluk, dalam masa yang sama menambahkan berat pada badannya tetapi dia nampaknya tidak peduli tentang itu.

"Kau tak marah sebab aku temukan kau dengan Yukhei?" Dahi aku sedikit berkerut mendengar soalannya.

"Apa yang membuatkan awak fikir yang saya marah?" Aku mendongak, bertatapan dengannya yang sedikit menunduk memandang aku. "Saya tak marah tapi adalah sedikit sebab awak langsung tak beritahu saya. Bila awak rancang semua ini? Bukan ke awak sibuk dengan kerja? Dan macam mana awak boleh kenal Yukhei? Saya rasa saya tak pernah sebut nama dia pun dekat awak."

Bertubi-tubi soalan aku lontarkan kepadanya tetapi ianya hanya sia-sia kerana satupun tidak dijawab malah bibirnya tersenyum pula.

"Biarlah jadi rahsia."

"Perkara macam ini pun nak berahsia ke? Okey okey, tak apa. Setiap rahsia pasti akan terbongkar cuma perlu menunggu harinya tiba sahaja. Awak tahukan tentang ini?"

"Hm, ya.. Kalau macam itu tunggu saja masanya tiba nanti. Tik tok tik tok, kau boleh kira daripada sekarang."

Aku mendengus. Menggumam mengatakan perangainya amat menjengkelkan yang dimana itu mengundang sengihannya.

"Cepatlah. Mana ucapan terima kasih aku? Aku sudah baiki persahabatan kau dengan Yukhei dan aku rasa kau tidak akan bermimpi ngeri lagi.. Tapi kalau mimpi ngeri kau datang lagi, aku ada disebelah untuk tenangkan kau. Setiap masa."

Bagaimana lelaki ini boleh jadi annoying dan sweet dalam masa yang sama? Hanya dia. Hanya Doyoung yang boleh lakukannya.

"Terima kasih, Doyoung."

"Aku hanya terima ciuman sebagai tanda terima kasih."

"Ah, yang itu saya tak boleh bagi. Tak habis-habis dengan gurauan macam itu. Awak ingat lawak ke?"

"Tapi aku serius.."

Bibir bawahnya dijuihkan dengan matanya yang sengaja dibuka separuh, cuba menunjukkan riak muka comel.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now