OO3

5.7K 726 190
                                    

Aku tak keruan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tak keruan.

Semenjak hari tu, kelakuan Doyoung semakin lain. Aku mula fikir yang dia dah berubah tapi perangai dingin dia masih kekal. Aku tak tahu nak terangkan macam mana.. uhm, mungkin dua sudu besar senyuman dan secubit kemesraan? Faham kan?

Kaki aku melangkah keluar dari tempat penumpang belakang kereta setelah tiba ke destinasi perjanjian perniagaan yang seterusnya. Doyoung berdiri disebelah aku sambil sebelah tangan membuka butang sut biru gelap yang tersarung, menampakkan kemeja putihnya yang bersih. Angin kuat yang menerpa buatkan rambut aku yang tak terikat berterbangan jadi aku terpaksa menahannya dengan tangan.

"Perpustakaan?" tanya Doyoung setelah melihat bangunan di hadapannya. Aku mengerling kereta yang Doyoung dan aku naiki bergerak mencari parkir sebelum menjawab pertanyaannya.

"Pengerusi minta awak untuk buat sesuatu supaya dapat tarik minat orang untuk ke perpustakaan. Dia kata benda ni penting sebab melibatkan President kita."

Rambut panjang aku dilepaskan sebaik saja angin menghilang lalu aku merapikan kedudukannya. Doyoung perhatikan perilaku aku daripada awal hingga akhir, menyukarkan keadaan fizikal dan mental aku sehinggalah aku mengajaknya memasuki perpustakaan tersebut.

"Kim Doyoung?"

Satu suara menegur dari arah tepi. Doyoung memandang ke arah tuan empunya suara dan aku nampak mulutnya tersenyum. Jadi aku pun turut pandang lelaki tu dan haha betapa aku menyesal.

"Jaehyun. Aku ingat kau ada di Itali untuk dua tahun?" Mereka berpelukan untuk beberapa saat. Lelaki bernama Jaehyun itu tersenyum senget sambil menjongket bahunya.

Aku kenal dia. Macam mana boleh aku tak? Jung Jaehyun. Dia bersekolah di sekolah tinggi yang sama dengan aku.

"Aku buat keputusan untuk balik awal. Kau tak gembira untuk aku? Aku tak jumpa kau semenjak akhir persekolahan lagi."

"Hmm, perlu ke aku..?" Doyoung menjongket sebelah kening, membuatkan Jaehyun berdecit.

"Kau masih tak berubah," dia mengerling aku, "Kau dah ada girlfriend? Dan aku tak tahu tentang tu?"

Kening aku secara automatik berkerut seribu. Benda mengarut apa yang dia cakap ni? Semua ni tak masuk akal betul. Tak nampak ke aku berpakaian formal? Belum sempat aku mengeluarkan bantahan, Jaehyun dah potong aku.

"Kejap, kau nampak familiar.." kepalanya disengetkan sambil meneliti wajah aku dan sebelah keningnya terjongket atas usaha untuk mengingati aku, "Kang Sohee, itu nama kau?"

Okey.. dia tahu kewujudan aku? Jaehyun? Lelaki ini? Tak tak. Sohee, sedarkan diri kau, ini bukan zaman persekolahan. Rahsia aku akan terbongkar kalau perbualan ni diteruskan lagi dan aku seboleh-bolehnya tak mahu perkara itu berlaku.

Aku tersenyum palsu. "Ya, sayalah tu."

"Kau kenal dia?" Jaehyun mengangguk atas pertanyaan Doyoung. Aku mengenggam erat tali handbag kerana aku tahu semuanya akan berakhir sebentar lagi.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now