OO9

4.5K 571 182
                                    

Dokumen yang ada ditangan aku teliti dengan penuh tumpuan tapi bunyi pen yang diletakkan di atas meja membuatkan kosentrasi aku hilang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dokumen yang ada ditangan aku teliti dengan penuh tumpuan tapi bunyi pen yang diletakkan di atas meja membuatkan kosentrasi aku hilang. Doyoung menyelak dokumennya dengan bersahaja dan aku menghentikan kerja yang aku sedang lakukan sebab leher aku mula rasa lenguh. Aku bersandar ke belakang kerusi dan gerakkan leher ke kanan dan ke kiri.

"Sorry sebab buat kau kerja lebih masa," katanya apabila terpandang kelakukan aku.

"Tak apa. Tak payahlah saya kelam-kabut esok pagi," badan aku menegak semula untuk sambung kerja.

Aku dengar dia merengus sebelum tersenyum penuh makna.

"Itu bukan apa yang kau kata dekat aku sebelum ni," mulutnya tersenyum senget.

Sistem saraf aku beku untuk sesaat bila sedar apa yang dia cuba sampaikan. Ish, macam mana dia boleh ingat? Betullah, dulu aku cuba elakkan untuk kerja lebih masa dengan dia sebab.. ya.. waktu tu aku cuba buang perasaan aku tapi sekarang..

Aku berdehem dan betulkan suara. "Doyoung," dia tak membalas tapi pandangannya beralih kepada aku. "Awak.. Betul-betul suka saya ke?"

"Kenapa?"

"Saya rasa macam awak terpaksa pura-pura suka saya supaya saya tak berhenti."

"Taklah," dia berjeda, "Aku suka kau. Buat apa aku palsukan perasaan aku? Kau rasa ada faedah ke?"

Aku mengeleng. Dalam masa yang sama aku rasa berdebar dengan luahannya. Yelah, aku tahu dia seorang lelaki yang tinggi egonya, berdasarkan pengalaman aku berkerja dengannya jadi tak mungkin dia nak abaikan egonya hanya untuk aku.

"Tak ada."

"Kau masih ragu-ragu? Ini dah termasuk dua kali kau tanya aku. Apa ciuman tadi tak menyakinkan? Atau kau mahu aku lakukannya sekali lagi?" dia mengangkat keningnya.

Aku cepat alihkan tumpuan ke kertas di tangan aku semula dan buat-buat sibuk. "Siapkan kerja awak." Tak guna, aku dapat rasa muka aku jadi panas.

Dia tak kata apa-apa dan hanya bersandar ke belakang kerusi. Tengoklah pandangannya tu.

"Kau?"

"Apa?"

"Betul suka aku?"

"Oh saya?" Aku tersenyum kekok. Haha tahi. "Mestilah. Uhm dah janganlah tanya lagi."

Dia ketawa kecil. Oh tengoklah tu. Aku cuba biasakan diri dengan dia yang suka senyum kebelakangan ni. Dulu waktu sekolah jarang nampak dia begini. Tsundere? Hm yelah tu.

"Kenapa kau senyum?"

"Biarlah. Bukannya awak sorang sahaja yang boleh senyum."

"Bukan itu. Tahu tak jantung aku rasa berdebar bila kau buat macam tu?"

Selamat tinggal, tolong panggilkan ambulance untuk aku. Kenapa dia macam ni?

Tanpa sedar mulut aku sudah tersenyum lebar dan sekeliling aku jadi panas. Aku mengeleng dan cuba kawal perasaan dengan sibukkan diri dengan kertas kerja walaupun senyuman masih melekat dekat muka.

Really Bad Boy » DoyoungWhere stories live. Discover now