“Russel, bangun..”Russel berazam untuk menutup mata buat selamanya, namun dirinya bagai ditarik dari kalangan orang yang menunjukkan kuasa mereka, sehingga cahaya mentari memedihkan kulitnya. Dia merasa bagai dipotong halus-halus, sehingga kepalanya pening. Russel berusaha untuk menendang sesuatu, di dalam kegelapan, dan akhirnya, dia berjaya membuka pintu keranda yang keras. Waktu malam itu, tiada suara didengarinya kecuali suara katak memuji hutan dan suara di fikirannya, suara isterinya, Laura.
Laura Samson.
Seseorang yang menyebabkan dirinya kehilangan pedoman buat masa yang lama, sehingga dia betul-betul berdiri tegak mengatakan,”Saya harus membalas dendam,”
Russel, mengali tanah, dan keluar dari tanah yang baru digemburkan. Tanah itu berbau pasir dan tanah liat. Menusuk hidungnya. Russel mengeluarkan separuh badan, dan menggunakan simen berbentuk salib dipacakkan pada tanah bagi mengeluarkan seluruh badannya. tanah membentuk lubang sehingga keranda itu dikuburkan lagi oleh Russel.
Baru beberapa jam lalu, dia berada di hospital, diberikan racun ke dalam minuman, dia pasti itu. Nonia. Jururawat yang menggodanya, meletakkan racun itu! Namun apakah yang terjadi? Russel tidak mati! Dia bahkan masih ragu-ragu merasa degupan jantungnya, samada dia berada di dunia lain atau berada di bumi!
“Russel,”suara di fikirannya, ingin berbicara lembut.
“Kembalilah,”
Dari situ, Russel melihat cahaya putih menyinari bahagian hutan gelap yang dilindungi oleh dedaunan dari sinaran bulan malam itu. russel mendapati kereta kecil datang ke kubur, mengeluarkan asap putih, dan susuk tubuh wanita berjubah panjang.
“Kamu, nak naik?”kata wanita itu.
“Nonia?”kata Russel. Nonia merupakan jururawat yang dianggapnya sebagai model terbiar. Dia bekerjaya model sebelum menjadi jururawat, kerana itu impian yang memusnahkan hatinya. Ianya seperti keadaan terdesak dalam mengecapi impian, namun maruahnya musnah di tangan lelaki miang. Itulah Nonia, seorang wanita yang pernah dipergunakan oleh nafsu lelaki, dan datang dari kawasan lelah di Nashvilla, dan seterusnya, hidupnya berubah selepas Russel menawarkan jurusan jururawat di sebuah sekolah kecil, bandar Heartfilia.
“Saya terhutang budi dengan kamu..maafkan saya,”kata Nonia. Russel tidak dapat berbuat apa-apa, lalu mendekati Nonia, dan memeluknya.
Mereka berpelukan sehingga hujan turun rintik membasahi mereka berdua. Tidak lama itu, Nonia mendapatkan tangan Russel, dan membawanya masuk ke dalam kereta dengan segera. Di dalam kereta itu, terdengar petir bermain di atas awan hitam. Nonia mengeluarkan telefon hitamnya, dan memasuki galeri gambar. Di situ, terdapat gambar Russel bersama isterinya, Laura. Mereka dilihat sedang berpegangan tangan masuk ke dalam hospital.
“Siapa dalangnya?”
“Jangan sembunyikan apa-apa daripada saya Nonia.”kata Russel separuh marah.
“Saya hanya dipaksa, tolonglah jangan beritahu polis mengenai saya!”kata Nonia meracau tiba-tiba mengejutkan Russel. Russel mendapatkan tangan Nonia, dan menenangkannya. Nonia, mengambil ubat pil di dalam botol kecil, dan memakan 10 biji ubat itu. Russel tidak dapat menghalang Nonia berbuat demikian. Russel terdesak, dan dia harus membawa Nonia ke hospital. Russel meletakkan Nonia di belakang tempat duduk kereta, dan memandu kereta selaju mungkin menyusuri jalan lenggang di bandar Heartfilia.
Selama 10 minit berperang dengan perasaan takut dan berani, Russel berhenti di hadapan hospital dengan pandangan sayu dan terkejut ke arah Nonia, yang sudah pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih putih. Russel menggangkat Nonia, pergi berjumpa kakitangan hospital, sehingga Nonia dirawat.
Russel baru beberapa minit lalu, keluar dari liang lahad. Tiada sesiapa tahu yang dia bakal hidup kembali. Tiba-tiba, di dalam poketnya, terdapat sekeping kad. Russel tertanya-tanya dan segera membacanya;
“Ubat tu saya berikan kamu semasa jantung kamu berhenti,”baca Russel. Dia tahu itu daripada Nonia. Russel hiba seketika. Nonia ketakutan. Ada sesuatu memburu mereka berdua. Sesuatu yang harus dicari oleh Russel. Russel kehilangan isterinya, Laura semasa menjelajah ke pulau Hino. Dia diculik, dan ditikam sehingga badannya dibakar. Rangka Laura ditemui di pulau itu, dengan Russel tidak mengetahui apa-apa mengenai orang yang sudah membunuh Laura.
Hendak dikatakan musuh, tidaklah juga sehingga teruk begitu. Russel tahu ada seseorang berdendam dengan Laura, sehingga dia dibunuh. Russel sudah berkabung sejak dua tahun lalu, tidak menemui sebarang suspek dan sebarang bahan bukti bagi menemui dalangnya. Pulau itu ditakuti orang ramai kerana kematian Laura. Seakan-akan pulau itu disumpah.
Laura, ketika itu, baru berusia 28 tahun, masih bertenaga dan gembira di samping suaminya, Russel biarpun mereka belum mempunyai anak. Russel taat dan sayang kepada Laura, begitu juga Laura.
“Russel,”kata Laura, semasa tengah malam Sabtu itu memperlihatkan kerisauan di wajah Russel. Dia sering bermimpi buruk, dan kemudian, beberapa hari itu, isterinya hilang, ditemui mati di dalam hutan.
Tiada sesiapa mengetahui penderitaan Russel yang diam-diam ingin mengungkap semua ayat senyap yang timbul di fikirannya. Dia ingin mencari dalangnya, dan menikam orang itu biar dirasainya penderitaan Laura. Russel begitu marah kepada dirinya kerana tidak dapat menjadi suami terbaik. Dia menyalahkan dirinya, kerana tidak sedar, mimpi buruk itu menjadi petanda tidak baik.
Russel berkabung selama setahun sehingga tubuhnya kurus. Tiada selera makan. Tiada tayangan malam seperti dilakukan dia dan Laura. Tiada sesiapa mampu memberi motivasi kepadanya, kecuali Nonia yang diam-diam menyimpan perasaan. Russel berkenalan dengan Nonia setahun kemudian, dan bermulalah kisah penyembuhan Russel, yang masih hanyut di lembah gelap tanpa cinta hendak mendapatkan hatinya.
“Nonia, kamu harus hidup,”kata Russel di luar bilik rawatan.
Russel, mengorak langkah ke tandas, membasuh wajahnya, dan tiba-tiba, bilik air itu menjadi gelap. Lampu padam, dan dia berada dalam gelap-gelita. Russel mencari pintu, namun kakinya tersandung. Dia masih trauma dengan kejadiaan racun diletakkan pada minumannya, dan seterusnya dia memasuki fasa dunia kematian. Jantungnya berhenti berdengup, dan dia melihat susuk tubuh dari jauh, ketawa terbahak-bahak, dan sehingga hari itu, dia masih trauma berada dalam keranda bersendirian.
Nonia, menyebabkan dia mati, dan hidup kembali. Nonia tahu keadaannya yang berada seperti telur di hujung tanduk. Dia tidak dapat mengatakan apa-apa kepada Russel mengenai dalangnya kerana dia berhasrat ingin membunuh diri.
Russel yakin, Nonia diancam. Russel keluar dari bilik air, dengan kesakitan timbul di hujung kakinya. Dia tetap berjalan, sehingga dia menyedari jururawat di bilik rawatan, bergegas masuk ke dalam ruangan kecil, membawa katil besar beroda, dengan Nonia, ditikam pada perut, dengan pisau tajam! Russel terkejut besar. Tidakkkk! Nonia sudah dibunuh!
“Siapakah angkara perbuatan ini!?”fikir Russel. Dia tahu, mangsa seterusnya adalah dia. Siapakah yang membunuh Laura dan Nonia? Adakah dia atau mereka orang yang sama? Russel menangis. Seperti dia menangisi isterinya. Hatinya pecah, retak, tidak dapat disembuhkan lagi. Segalanya hancur. Jiwa raganya penat diuji. Dia bersendirian. Melihat orang yang sering memberinya harapan dalam hidup mengenai kasih dan persahabatan.
“Tidakkkkk!”Russel berteriak, dan semua pekerja serta pesakit merenung ke arahnya.
YOU ARE READING
Dendam Russel
ActionMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.