Bab 4 : Vila Terbakar

0 0 0
                                    

Vila Raxon terbakar dan Diana cepat-cepat menuruni tangga, mengambil pemadam api yang tersangkut berdekatan pintu utama. Api berjaya dipadamkan, dengan Raxon mencari dua lelaki itu namun mereka sudah pergi tinggalkan tempat itu. Russel terkejut besar, dengan api yang padam, menghitamkan dinding vila.
“Saya akan jumpa dia,”kata Raxon.
“Mereka tahu saya di sini,”kata Russel, risau.
“Saya akan bawa kamu ke rumah di pedalaman, itu rumah saya yang dibeli beberapa bulan lalu, Indiana tidak tahu apa-apa mengenai rumah itu,”kata Raxon. Russel mengangguk. Diana, berusaha untuk mengangkat pemadam api merah, meletakkan ianya di luar vila.
Raxon mengambil telefon, melihat skrin. Matanya bulat. Raxon mendapati titik merah pada skrin semakin mendekat.
“Dia pergi ke sini,”kata Raxon. Russel dan Diana panik.
“Saya akan bawa kamu pergi dari sini,”kata Raxon. Raxon menyuruh mereka berdua masuk ke dalam kereta, dan mulai meninggalkan tempat itu. perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai di sebuah hutan tebal, dengan rumah kecil di tengah-tengah kawasan berumput dipenuhi lembu.
“Kamu selamat sini,”kata Raxon.
Mereka memasuki rumah itu, dengan perhiasan bintang pada dinding menarik hati Russel. Russel merenung Diana, yang masih ketakutan. Dia trauma dengan kebakaran di vila sebentar tadi.
“Jangan risau, kita selamat sini,”kata Russel. Diana tersenyum, dan duduk di kerusi kecil. Raxon mengambil kerusi, dan duduk berhadapan dengan Diana. Hampir sahaja dia hendak memuji kecantikan wanita itu, namun dia biarkan dengan mata merenung wajah putih berseri Diana.
“Kamu mesti berikan rakaman itu pada polis,”kata Russel.
“Tapi kita tak cukup bukti,”kata Raxon.
“Saya rasanya teringat kembali apa yang terjadi,”
………
Russel menceritakan kisah dia memandu kereta semasa salji turun. Ada sesuatu berlaku di hujung jalan di Kanopi Land itu. Seorang lelaki menggunakan besi kurus, memukul lelaki yang memeriksa keadaan enjin kereta kecil. Lelaki yang dipukul cuba melawan, namun dia hanya menolak pemukul itu, kemudian masuk ke dalam kereta, bersembunyi. Lelaki yang ganas bertindak ingin membunuh mangsa itu, memecahkan jendela kaca kereta, dan mangsa menghidupkan kereta, berlalu pergi dengan keadaan panik. Tentu dia menelefon polis selepas kejadian itu.
Russel sempat merakam adegan itu, dan menyimpan video itu di dalam telefon. Dia tahu, Indiana tentu menyuruh orang suruhannya membunuh lelaki di dalam kereta.
“Patutlah Indiana hendak kamu mati,”kata Raxon.
“Bagaimana nak kalahkan dia?”kata Russel, mengigit bibir.
“Pertama bukti. Kedua, menghubungi polis, ketiga, bersedia memberi keterangan di mahkamah,”kata Raxon.
“Bukti yang memaparkan lelaki memukul mangsa di kereta, ada dengan saya,”kata Russel, lalu memeriksa telefonnya.
“Saya nak berjumpa Indiana dulu,”kata Raxon.
“Tak Raxon, dia cuba bunuh kita, termasuk kamu!”kata Diana.
Russel, mendapati rakaman itu sungguh singkat. Itu kerana dia terlalu panik, sehingga tangannya bergegar. Lelaki berbadan gempal itu mendapatkan besi, dan memukul mangsa. Nasib baiklah kereta itu boleh dipandu, jika tidak, tentu mangsa akan mati di situ.
Raxon tersenyum lebar, dengan Diana meneliti keadaan kereta yang berwarna hitam, renyuk sedikit pada bahagian enjin hadapan. Russel, mematikan rakamam, dan menyerahkan rakaman itu kepada Raxon. Raxon yakin itu boleh menjadi bukti, tetapi belum cukup kuat. Dia harus mencari pelakunya. Lelaki yang memukulnya harus dicarinya.
“Jadi apa rancangan sekarang..? kita tak boleh keluar kerana Indiana mengambil kebebasan kita,”kata Diana.
“Saya akan jumpa Indiana,”kata Raxon.
……….
Raxon mulai bangun dari katil tepat jam 6 pagi, dan cepat-cepat pergi ke sungai belakang rumah, membasahkan badannya. dia menyuruh Diana dan Russel diam di dalam rumah sehingga dia datang. Raxon mengambil kesempatan membeli barang-barang keperluan mereka untuk tinggal di rumah itu, berlindung dari bahaya.
Raxon tidak tahu apa-apa terjadi selepas itu, kerana dia mencuri motosikal, dan memandunya pergi ke rumah bangle. Dia hanya mengikuti gerak hatinya. Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan dengan ibu tiri kejam itu. sejak Indiana, datang ke hidupnya, semuanya tidak keruan. Dia dipaksa untuk bekerja di dalam rumah, dengan kawalan penuh daripada Ren.
“Kamu nak apa?”kata Indiana, muncul dari bilik luas, yang merupakan perpustakaan besar, diselimuti dengan kain buruk bagi digunakan membersihkan buku itu. begitu pelik dilihat Raxon namun bukan itu tujuannya datang. Indiana, berkeadaan gaun tebal, dengan rambut diikat tinggi, sesuai dengan wajah bulatnya, dengan dia yang baru mencapai umur 50-an.
Indian menaikkan kening, membuat signal pada tangan untuk lima orang suruhannya di bilik itu. Raxon bersedia mengambil pistolnya, namun Indiana lebih cepat, dia mengambil pedang, menghunuskannya kepada Raxon.
“Saya tahu kamu sembunyikannya,”kata Indiana.
“Saya nak kamu hentikan semua ni!”
“Tak! Dia musuh saya!”dari situ, Raxon mengambil bom kecil dari poketnya, dan menghumbannya kepada Indiana. Tempat itu meletup, dengan runtuhan rumah di tengah kawasan Lavender itu.
Semua orang di rumah itu terkorban, termasuk Raxon. Russel yang bersembunyi di belukar terkejut besar. Diana menekup tangannya. Mereka berdua memang tidak boleh berdiam di rumah. mereka mengekori Raxon sehingga sampai di rumah bangle yang kini, sudah hancur diletupkan oleh bom.
“Tidakkk,”kata Diana. Segalanya sudah berakhir bagi Russel, dan Diana. Mereka selamat, namun ada sesuatu bermain di fikiran Russel.
“Dia selamatkan kita,”kata Russel.
Dari situ, mereka berdua menangis dengan senyap, dan berdiam lama di belakang pokok besar yang hampir semua rantingnya gugur kerana gegaran dari letupan itu.
“Kita kena panggil ambulan,”kata Diana.
Setelah ambulan datang, mayat di rumah itu yang tidak bernyawa lagi diambil masuk ke dalam perut ambulan. Polis juga datang selepas Russel berfikir lama untuk menghubungi mereka.
Polis itu mendekati Russel dan bertanyakan banyak soala.
“Saya sudah kehilangan nyawa namun diselamatkan oleh jururawat saya,”kata Russel. Polis-polis yang mendengarnya menggangguk, dan memandang Russel yang sudah penuh air mata pada wajahnya. Sukar baginya menerima kenyataan bahawa Raxon sudah tiada. Sudah hancur meletup kerana dia rela korban dirinya.
Russel melihat Diana di hujung perut ambulan, melihat jam tangannya yang penuh air mata, kerana dia juga berkabung di atas kematian Raxon.
“Dia, selalu berfikiran dasyhat, saya…tak faham dia,”kata Diana. Russel mendapatkan pinggang Diana, memeluknya lama. Mereka setia berpelukan sehingga ambulan itu mulai bergerak meninggalkan kawasan Lavender itu.
Russel dan Diana, kembali ke rumah kecil di dalam hutan tebal bernama Anon itu, dan berkabung. Russel harus kembali ke hospital, menemui kakitangan hospital, menyatakan dirinya yang masih hidup, bersama cebisan cerita mengenai Nonia yang sudah menyelamatkan dia.
Russel, membawa Diana, kembali ke rumah Diana, di Seri Petang. Russel dibenarkan tidur di rumah itu, biarpun rakan sebilik Diana, menyatakan ketidakselesaan kehadiran Russel di dalam rumah itu. Namun Diana merayu. Akhirnya, Rita yang merupakan kawan sebilik Diana akur, dan bersetuju.

Dendam RusselWhere stories live. Discover now