Bab 10 : Kerisauan

0 0 0
                                    

Bella, mendengar luahan Diana Montoya itu. semuanya dicampurkan perasaan amarah terhadap Indiana. Indiana telah mati. Ada sesuatu mempermainkan fikiran mereka sehingga ada seseorang ingin membunuh Diana. Polis yang menjaga depan rumah, bergilir-gilir berjaga malam sehingga siang hari.
Bella mencari Diana di dapur, membuat minuman teh panas, bersama roti bersalutkan kekacang dan mentega. Bella melihat keadaan Diana yang tidak terurus. Rambutnya mencecah pinggang, tidak disikat, dan wajahnya kusam.
Sebahagian mekap belum dihilang di mata kecilnya. Bella tahu, Diana tidak dapat berfikir mengenai kematian Raxon, dan kehilangan Russel. Baru beberapa hari lalu, mereka bertiga bersama. Membuka hati untuk menjaga sesama mereka, namun berakhir dengan tragedi yang sukar dibayangkan Diana. Raxon sudah tiada, dan Russel dituduh membunuh beberapa orang yang berada di hospital.
“Saya nak kita buru Russel, bermula dengan kerjasama polis di balai polis Jera, dan menghubungi balai polis negara ini, agar dapat mencari Russel,”kata Bella, dengan sikap tegasnya. Diana tidak sedar, air mata sudah gugur.
“Jangan menangis, segalanya akan okey,”kata Bella, lalu memeluk Diana. Diana menangis sehingga pintu rumah diketuk. Bella meninggalkan Diana, dan ternampak Rita, memegang bagasi.
“Saya akan keluar dari rumah ni,”kata Rita.
“Hei, kamu harus kekal di sini, temankan Diana,”kata Bella, yang baru tersedar, Diana tidak bersendirian di rumah sewa itu.
“Saya tak nak ada polis di sini,”kata Rita, namun Bella mengeluarkan pistolnya, mengacukan itu kepada Rita yang sudah membeku ketakutan.
“Tinggal di sini atau, masuk lokap,”kata Bella, tegas dengan pistol diletakkan pada leher Rita.
“Jangan Bella,”kata Diana.
“Tak Diana, kamu perlukan teman, saya akan keluar dari rumah ni,”kata Bella. Rita membuat wajah masam, meletakkan bagasi di ruang tamu, kemudian, membawa beg itu ke tangga berlingkar menuju ke bilik Bella.
Bella. Keluar dengan semangat baru. Dia menuju ke rumah Joe, abang Aminah, di kediaman Matahari. Di situ, rumah kecil berderet-deret dibina, dengan penuh teliti, Bella melihat setiapa halaman rumah dipenuhi bunga berwarna-warni.
Manakala, rumah Joe pula sayu dan sepi. Kosong di halaman rumahnya, namun ada sesuatu berlaku di rumah itu. bahagian garajnya hangus terbakar. Bella ingin mengetahui segalanya, sebab itu, dia mengetuk pintu pagar, dan keluar seorang lelaki berumuran 30-an. Dia datang bersama seorang budak kecil.
“Hai,”kata Bella.
“Saya Bella, penyiasat balai polis Jera,”kata Bella, menunjukkan kad penyiasatnya. Lelaki itu mengaru kepala, dan cepat-cepat membuka pintu pagar. Mereka bergerak ke kerusi di luar rumah, dengan budak itu memerhatikan Bella tanpa berkelip,
“Kamu iras ibunya,”kata Joe.
Bella melihat budak itu tersenyum, dan bergerak lebih dekat dengan Bella. Bella mengusap rambut budak itu, dan melihat Joe. wajah mereka begitu serupa sekali. Anak-beranak.
“Mana ibunya?”kata Bella.
“Dia…larikan diri,”kata Joe, dengan wajah sedihnya, melihat ke bawah .
Bella mengambil masa untuk memulakan perbicaraan, dengan segelas oren, diberikan kepadanya oleh Joe. budak itu yang bernama Diego, duduk di sebelah Bella.
“Jadi kamu abang Aminah?”
“Yaa,”
“Saya bersimpati di atas kehilangan adik kamu,”
“Saya tak pedulikan dia,”Kata Joe mengejutkan Bella.
“Dia, anak derhaka…dia mencuri duit daripada ayah kami, menggunakannya untuk kepentingan diri, dan akhirnya menetap di hospital,”kata Joe, dengan wajah marahnya, penuh kenangan diingat di dalam fikirannya.
“Dia tidak mencintai keluarganya, dan mengikuti lelaki lain,”kata Joe, lalu mengambil tisu, menghembuskan hingus.
Bella mengambil masa seketika untuk membiarkan Joe bersama perasaan dan buah fikirannya. Dia tidak mahu memaksa Joe menceritakan segalanya mengenai Amirah, kerana itu bakal menyebabkan dia beremosi.
“Aminah ada musuhkah?”Kata Bella, mencetuskan perubahan pada wajah Joe.
“Saya, tak berhubung dengan dia, selepas ibu bapa kami meninggal dunia,”
“Jadi bermaksud kamu berpisah, ikut haluan masing-masing?”
“Yaa,”kata Joe, lalu Bella, berdiri, sekali lagi, teringat ada sesuatu berlaku di video cctv hospital. Pisau yang dipegang Russel adalah sebelah kiri.
Russel, merupakan orang yang menggunakan tangan kanan.
Bella terkejut besar. Dia hampir pitam, namun dia tenangkan fikirannya, dna melihat tangan Joe penuh luka, pada sebelah kiri.
“Apakah yang terjadi?”Kata Joe, mendapatkan Bella.
“Saya okey, maafkan saya, “kata Bella, kembali berdiri tegak, meninggalkan kawasan perumahan itu.
“Adakah Russel orangnya?”fikir Bella. Bella masih bingung dan kabur akan segala kejadian di hospital. Laura, isteri Russel ditemui tubuhnya rentung dibakar, di pulau Hino, sementara Nonia mati di hospital, ditikam, ketika Russel ada berdekatan Nonia. Bella, kecundang dengn perasaan membuak-buak di dadanya. Perasaan dikhianati. Perasaan hiba. Perasaan geram. Perasaan berkobar-kobar. Perasaan ada sesuatu mempermainkan mereka semua.
“Adam, kamu di mana?”kata Bella, dan Adam bersuara perlahan di corong telefon.
“Saya di balai polis, encik John ingin menemui kita berdua,”kata Adam. Meninggalkan Bella dalam dilema. Dia tidak mahu membocorkan segalanya kepada encik John sebelum mereka memastikan siapa pelakunya. Bella mempunyai firasat, bahawa Russel tidak bersalah.
Bella, menutupi telefon, bergegas ke keretanya, memecut ke bandar Heartfilia, sampai ke balai polis Jera. Adam sudah lama menunggu Bella di lobi. Mereka sama-sama memasuki ruang pejabat ketua mereka, encik John.
“Jadi, dah dapat tangkap Russel?”kata ketua penyiasat itu.
“Saya, sedang menjejaki telefonnya,”kata Adam.
“Dengar ni…saya satukan kamu berdua sebagai kumpulan penyiasat yang boleh diharap…saya tak nak sebarang kesilapan berlaku…dan saya nak kamu tangkap dalang kes bunuh Laura, Nonia dan Aminah itu,”kata encik John.
“Saya rasa kita menghadapi keadaan tersepit..”kata Bella.
“Apa yang mengangguk fikiran kamu, Bella?”kata John.
“Dia..tak bersalah,”
“Apa?”kata Adam.
“Adam lihat video tu….tangan kiri..Russel adalah pengguna tangan kanan… saya nampak dia memegang pen sejak berjumpa dia di kafe,”kata Bella.
“Apa?”kata Adam.
“Cari dalangnya!”kata John, mengejutkan mereka berdua, yang seterusnya disuruh keluar dari pejabat bagi menyelesaikan kes tersebut. Bella pergi ke meja kerjanya, membuka sehelai nota, dan tiba-tiba, suatu ketas kecil diselitkan pada fail tebal. Bella ragu-ragu mendapatkan kerta itu, kerana setahu dia, dia tidak pernah meninggalkan kertas lain pada fail.
Dia melihat Adam, menyuruhnya beredar dari situ, kemudian, Bella, mengambil kertas itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia mengikuti Adam menuruni lif, sehingga sampai ke lobi. Bella masih ragu membaca perkataan di kertas itu, sehingga sampai ke kereta. Bella duduk di kerusi kereta, dan membaca kertas itu.
“KAMU SETERUSNYA,”baca Bella, dengan Adam, melihat wajah pucat Bella.
“Siapa bagi itu?”kata Adam.
“Saya tak tahu…saya seterusnya?”kata Bella.
Adam mengambil kertas itu, mengoyakkannya. Lalu menenangkan Bella. Mereka berdua berdiam diri, dan melihat sebuah kereta besar, bercermin hitam, merempuh kereta Adam! Bella terhumban ke hadapan, dan cermin kereta, menembusi isi kepalanya. Adam pula pengsan kerana kepalanya terhantuk stereng keras.                                           

Dendam RusselWhere stories live. Discover now