Bella dan Adam, dimasukkan ke unit kecemasan. Diana mendapat berita mengenai mereka melalui pihak polis. Dia segera ke hospital menggunakan kereta polis. Polis mengiringinya sehingga sampai ke hospital. Kebimbangan menghantui dirinya.
Diana menunggu di luar bilik kecemasan, sehingga dia bermundar-mandir. Doktor keluar memberitahu Adam sudah stabil, namun Bella telah meninggal dunia.
“Apa? Tak mungkin,”kata Diana, lalu deras air matanya gugur. Mayat Bella, diletakkan di bilik mayat, sehingga Diana, menjenguknya. Pihak polis masuk ke dalam bilik itu, memberi penghormatan terakhir dengan Bella.
Diana kehilangan pedoman buat sementara waktu. Kepalanya berpusing, dan dia tidak percaya sesiapa ketika itu. Dia melawat Adam, yang masih belum sedar. Kerusi kecil dilabuhkan punggungnya, sehingga Adam, bergerak-gerak.
“Dia, kawan kamu?”kata jururawat, dan Diana hanya mengangguk. Air matanya sudah kering. Dia terhutang budi dengan penyiasat itu, namun bahaya sedang datang menimpa mereka semua.
“Dia melindungi saya,”kata Diana.
“Ini dari seorang wanita datang tadi,”kata jururawat, memperlihatkan kertas yang digulung. Diana segera mengambil kertas itu, dan menuju ke lorong hospital. Tiada sesiapa di sana. Dia ingin menemui wanita yang memberi kertas itu.
“Dia..siapa?”kata Diana.
“Tak tahu, orang luar, dia cakap bagi kepada pesakit bernama Adam Milo,”kata jururawat, lalu keluar dari lorong itu. Diana membuka kertas itu, dan membacanya.
“KAMU SETERUSNYA,”baca Diana, mengigil tangannya. Dia mengoyakkan kertas itu, dan memasukkan belahan kertas ke dalam tong sampah kecil di bawah meja.
Dia tiada idea siapa yang memberi kertas itu. pihak polis datang ke bilik, menjaga Adam dan Diana. Diana berasa sedikit selamat namun dia masih bimbang kerana dia tahu, ada orang mahu membunuh mereka semua. Bella dan Raxon sudah menjadi mangsa. Dia terasa ingin menangis lagi. Orang yang menjadi harapannya semua sudah dibunuh! Diana terduduk di lantai, menangis.
“Kamu tak apa-apa?”kata seorang wanita memasuki bilik itu selepas polis bertanyakan banyak hal dengan dia.
“Saya…okey,”kata Diana, lalu berdiri. Wanita itu memakai gaun tebal, dengan beg kucing di tangannya.
“Kamu siapa?”kata Diana.
“Tunang Adam, Belina,”kata Belina, dan Diana mengangguk.
“Dia, ditugaskan menjaga saya,”kata Diana.
“Ohhh,”Belina mendekati Adam, dan memegang tangannya. Dia berbisik sesuatu di telinga Adam, dan mengeluarkan tisu, bagi mengesat air matanya.
“Kamu tentu saling mencintai,”kata Diana.
“Yaa, kami sangat mencintai suatu sama lain,”kata wanita tersenyum, seiring air mata sedang meleleh ke pipinya. Diana berdiam diri, memandang wanita itu memegang tangan Adam, sehingga Diana, hendak mengambil udara segar. Diana bergerak ke lorong hospital, lalu polis yang berjaga di sana, melarang dia pergi ke kawasan jauh.
“Baiklah, saya akan kembali segera,”kata Diana. Diana mahu memberi masa kepada Belina dan Adam di bilik wad itu.
Diana melangkah jauh, dari apa difikirnya. Kakinya kegatalan, dan lantai itu seperti menelannya. Dia sampai di beranda hospital, dan melihat ambulan datang, dengan pesakit dibawa masuk ke hospital oleh kakitangan hospital. Suara menangis, dan mengerang kesakitan kedengaran. Diana sudah cukup puas berada di hospital. Dia sememangnya benci hospital, namun dia tidak mahu meninggalkan orang yang ingin menjaganya.
“Kamu sendirian?”kata jururawat yang rambutnya dijadikan gumpalan besar di sebalik topi jururawat. Diana tersenyum, dan mendapatkan kerusi kecil di beranda.
“Saya ingin bersendirian,”kata Diana. Jururawat memberikan Diana segelas air, dan Diana mengucapkan terima kasih. Namun ada sesuatu disembunyikan jururawat itu. dia melangkah pergi, dengan Diana, membuat penelitian ke air itu.
Dia menuangkan air itu, ke pasu bunga, lalu asap terhasil, dengan bunga itu hangus, dan layu. Diana terkejut besar. Dia berdiri, dan menjatuhkan gelas itu ke udara.
“Racun!”kata Diana. Dia mengingati wajah wanita tadi. Diana melangkah menuju ke polis yang berjaga, dan melihat Adam, sudah sedarkan diri sedang bercakap dengan Belina.
“Adam, saya hampir diracun!”kata Diana. Adam membulatkan matanya.
Dia mencuba untuk bangun, namun Belina melarangnya berbuat demikian. Diana, menceritakan segalanya kepada Adam. Polis yang berjaga di pintu, menghentikan troli hospital yang penuh makanan dan segelas air.
“Periksa hidangan itu!”kata Diana.
Polis yang berjaga, memeriksa hidangan itu, dan mendapati hidangan itu baik-baik sahaja. Diana tidak percaya. Dia mengambil nasi dan lauk, dimakannya, dan menghabiskan air dari dalam gelas. Dia menunggu. Badannya baik. Perutnya kembung. Tiada apa-apa berlaku. Menandakan hidangan itu selamat. Begitu risau Diana dibuatnya.
“Kamu okey?”kata Adam.
“Saya hampir diracun tadi!”kata Diana.
“Dan saya ingat wajah jururawat yang memberi saya air beracun tu!”kata Diana, meracau. Adam berdiri, membuka tiub dan jarum, sehingga Belina memarahinya. Namun Adam tidak peduli. Adam mendapatkan Diana, dan menenangkan dia.
“Saya janji akan selamatkan kamu, jangan risau,”kata Adam.
“Kamu seterusnya,”kata Diana. Memberikan kertas dari dalam poketnya kepada Adam.
“Tak, saya rasa selepas saya mati, kamu akan menjadi targetnya,”kata Diana, mengejutkan Adam yang melihat ayat pada kertas.
“Saya janji, akan cari dalangnya,”
………
Russel keluar dari bilik air hotel, dan memakai jaket tebal, dengan rambut palsu. Dia ingin berjumpa Diana dan Bella, menjelaskan segalanya, biarpun dia tahu, sungguh berisiko berjumpa Bella. Namun ada sesuatu mengejutkan dia. Surat khabar diletakkan pada lantai pintu, dengan Russel membaca surat khabar itu.
“Bella Morhan, mati semasa kemalangan kereta,”baca Russel, terkejut besar. Wajah Bella berada di tepi surat khabar. Russel tidak tahu apa yang berlaku dengan Diana, Bella dan Raxon. Dia mengandaikan dia harus bertindak segera, mencari bukti dan menjelaskan kepada mereka yang dia tidak bersalah.
Russel, keluar dari hotel, menuju ke jalan raya, menahan teksi yang lalu lalang memecut laju. Rambut palsu yang tebal setia di kepala, dengan gelas mata hitam menutupi sebahagian wajahnya agar tidak sesiapa mengenali dia.
“Hantarkan saya ke hospital Rainbow,”kata Russel. Pemandu itu yang berumur 40-an hanya mengangguk.
Setibanya di hospital, Russel memasuki lobi, dan menaiki tangga supaya tidak terserempak dengan kakitangan hospital atau orang luar. Russel mendaki tangga, dan melihat jam tangannya. Dia membuka jam tangan itu yang berada pada tangan kanan, dan memasukkan jam tangan berkenaan ke poket. Dia risau jika pekeja hospital bakal ternampak dia yang sedaya-upaya menyembunyikan diri.
Dia naik ke aras tiga, terjumpa jururawat memasuki bilik yang dengan jelasnya, berdiri Diana, di sana. seorang lelaki berbaring di katil, dengan Russel mendapati polis berjaga di luar. Dia diserbu oleh perasaan panik. Lalu, melangkah ke tandas.
“Apa harus saya buat?”fikir Russel.
Tiba-tiba, masuk seorang lelaki yang memakai pakaian hospital berwarna biru, dan Russel mengambil pisau, menyerang lelaki itu. dia memengsankan lelaki itu dengan hentaman pada tengkuk, dan menukar pakaian mereka.
Dia keluar dari tandas sebagai pakaian biru itu. memerhatikan teliti sekeliling lorong, lalu ternampak Diana keluar menuju ke tandas perempuan. Russel memasuki tandas itu, dan mencari Diana. Namun apa yang dilihatnya begitu mengejutkan. Diana sudah pengsan di lantai tandas!
YOU ARE READING
Dendam Russel
AcciónMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.