Russel bangun dari katil mendengar bunyi rintikan gerimis di luar jendela bilik. Bilik itu sungguh sempit baginya. Lalu dia berdiri, dan mengambil tuala kecil yang disediakan Diana, dan berlumba memasuki bilik air kecil di ruang bawah rumah dua tingkat itu yang sungguh kecil.
Rita berdiri dari sofa, melirikkan mata melihat Russel. Russel segan sedikit, namun dia tidak mahu melengahkan masa. Dia pun masuk ke dalam bilik air, mandi, dan mendapati Rita masih di luar, menunggunya keluar. Diana juga menunggu di luar, dan menyapa Russel selepas dia keluar dari bilik air.
“Saya akan kembali hospital Rainbow, dan kerja seperti biasa,”kata Russel. Diana tidak sedar, tangan mereka bersentuhan. Diana ketawa kecil.
“Maaf,”kata Russel, lalu berundur diri. Russel buat pertama kalinya berasa dendam buat Indiana sudah terlunas. Terima kasih kepada Raxon biarpun mereka akan bersedih di atas pengorbanan Raxon itu. russel masih berduka di benak, namun dia tahu, dia akan teruskan kariernya sebagai doktor. Dia ingin semuanya tahu, jasa Nonia, dan biarkan Nonia bersemadi dengan tenang.
“Russel…”kata Diana, mengambil tangan Russel.
“Saya tahu kamu sedih..tapi tolong, berhati-hati…banyak orang di luar sana kemungkinan mengambil kesempatan di atas kematian Indiana,”kata Diana. Russel mengangguk, dan mendapatkan tangan Diana, lalu mengucup pipi gebu Diana. Diana menjadi merah, dan malu merenung mata Russel.
Russel tersenyum sedikit, yang cukup membuatkan Diana tenang, dan Russel melangkah keluar dari rumah. Russel mengambil beg kecil berisi, pakaian lamanya, berharap dia dapat menemui jubah doktor di hospital, dengan tag namanya di pejabat kecilnya. Kunci kecil di dalam poket dipastikan berada di dalam poket itu, bagi dia memasuki bilik kecilnya di hospital.
Sesudah Russel sampai ke hospital, ada beberapa orang keluar dari perut ambulan, dan Russel, mendapati ada seseorang yang dikenalinya di situ.
“Raxon?”kata Russel. Russel meneliti wajah lelaki yang luka pada wajah dan lehernya. Russel menekup mulutnya, dan melihat Raxon dibawa masuk ke lorong panjang hospital. Russel cepat-cepat mendapatkan Raxon, dan buat pertama kalinya, dia terasa diberi rahmat yang membuatkannya ingin berdoa kepada Tuhan ingin mengucap syukur.
“Bagaimana kamu hidup?”kata Russel.
“Doktor Russel?”kata seorang jururawat, di tepi pintu wad.
“Saya masih hidup,”kata Russel.
………
Semua kakitangan hospital Rainbow terkejut dengan kehadiran Russel. Ada yang menangis gembira, dan ada yang masih terkejut besar. Russel menceritakan segalanya sehingga penemuan Raxon di hospital itu. Russel mengunjungi wad lelaki, dengan Raxon masih tidak sedarkan diri. Russel mengambil telefon pada poket yang diletakkan di dalam bilik pejabat, dan menghubungi Diana.
Diana sungguh gembira mendengar berita itu, dan ingin segera ke hospital. Russel mendapati Raxon cedera teruk, dari kaki sehingga kepala. Bekas melecur, kelihatan pada kulit badannya. wajahnya ada sedikit cacat seperti ada asid yang dibuang ke wajahnya. Sungguh dasyhat sehingga Raxon hampir tidak dikenali Russel.
Setelah menunggu Raxon sedar, Russel tersenyum bahagia. Raxon mencari kelibat orang di tepi katil sehingga ternampak Russel. Dia menjumpai seseorang yang ingin jumpa selama terlantar di katil hospital itu.
“Bagaimana kamu selamat?”kata Russel.
“Saya lompat ke jendela,”kata Raxon, mengingati sesuatu. Russel tahu, Raxon berupaya menyelamatkan diri dari letupan itu. kemudian, membunuh Indiana yang tidak menyangka Raxon akan berbuat demikian.
Russel bersyukur, dan berharap segalanya akan menjadi okey. Diana sampai di hospital tepat jam 4 petang, dan membawa makanan berbentuk buah-buahan untuk diberikan kepada mereka berdua.
“Kamu tahu, saya hampir kehilangan nyawa,”kata Raxon. Russel dan Diana berpandangan.
“Rehatlah,”kata Diana.
………
Bella mengambil senapang, dan keluar dari kawasan berpagar. Dia melihat cuaca yang baik, dengan motosikalnya di tepi jalan. Dia mengetahui letupan bom yang mengorbankan ratusan orang termasuk Indiana.
“Hmm padan muka,”bisik Bella, lalu menunggang motosikalnya. Dia masuk ke dalam balai polis, dan melihat banduan diberikan makanan, dengan dia memakai seragam di bilik air. berkhidmat untuk balai polis Jera itu menimbulkan kuasa kewanitaan yang jarang sekali dirasai di balai penuh lelaki itu.
Dia diberikan tugas, menangkap pembunuh Aminah, yang dihantar ke hospital Rainbow, seminggu lalu. Dia ditikam pisau di katil hospital, dengan keadaan lemah kerana menghidapi penyakit lupus dan sakit tulang belakang. Bella memegang secawan kopi, membawanya ke mejanya, lalu Adam, rakan sekerja mendekatinya.
“Jadi bagaimana kes?”kata Adam.
“Saya masih mencari suspek, dipercayai abangnya, Joe, datang ke hospital tengah malam, tentu merencanakan sesuatu yang buruk,”kata Bella.
“Adam boleh bantu saya?”kata Bella. Bella melihat fail tebal, dengan wajah seorang lelaki yang diambil semasa belajar di universiti.
“Itu Doktor Russel, dipercayai mati beberapa hari lalu, tapi ada jururawat ternampak doktor itu berlegar di hospital.”kata Adam, menaikkan kening.
“Okey itu sangat pelik…kalau dia masih hidup, saya nak jumpa dia….rasanya dia boleh memberi penerangan mengenai pesakit ini,”
Selepas menelefon beberapa kali kepada Russel, akhirnya telefon diangkat. Bella meneliti suara Russel yang begitu perlahan, kerana kemungkinan tidak ingin mengangggu seseorang berdekatannya.
“Kamu…bagaimana kamu masih hidup?”kata Bella tertanya-tanya.
“Saya…hmm..panjang ceritanya, tapi saya selamat kerana Nonia, jururawat di hospital yang sama,”
“Boleh kita jumpa? Di kafe Adriasa, esok?”
“Baiklah,”
Selepas talian ditutup, Bella meneliti maklumat mengenai Russel. Russel pernah merawat Aminah dan cukup rapat dengannya sewaktu Aminah masih hidup. bella percaya letupan baru-baru di rumah Lavender mempunyai perhubungan dengan kematian Aminah. Dia ingin mengetahuinya daripada Russel sendiri.
Bella berdiri, melangkah ke lif, dan mendengar musik di telefon, sehingga sampai ke kereta. Tetapi satu sahaja gambar pada tangannya, seorang lelaki 50-an yang dipercayai menjadi bapa saudara Aminah. Bella akan ke rumah orang itu, bertanyakan banyak hal, dalam mencari alibi sesuai.
Bella memecut keretanya, dan meredahi bandar Heartfilia. Sesampainya ke kediaman Daisi, dia mengetuk pintu sebuah rumah kayu berpagar tajam di hujungnya.
“Knok,knok!”tiba-tiba keluar seorang lelaki berusia, dan memegang sebotol arak. Dia membuka pintu pagar, menyapa Bella.
“Saya nak jumpa ,encik Bernard,”
“Sayalah orangnya,”Bernard membuka pintu, membiarkan Bella masuk, bersama arus angin mengikuti Bella, menyejukkan badan Bernard. Botol di tangannya masih belum dibuka. Dia seolah-olah tahu ada seseorang akan datang ke rumah itu.
Selepas duduk di sofa, Bella mencari gambar-gambar Aminah di dinding dan meja. Tiada. Bernard duduk bertentangan Bella, meneliti wajah wanita 29 tahun itu.
“Jadi kamu datang sebab apa?”
“Saya nak tahu segalanya pasal Aminah,”
“Saya tak rapat dengan dia,”kata Bernard, cuba menenangkan dirinya. Ada sesuatu dalam diri Bernard menganggu perhatian Bella. Lelaki itu tentu mempunyai kisah silam yang dibencinya.
“Saya, bergaduh dengan arwah ayahnya, Ehsan, dan kami berjauhan…perkara terakhir saya dengan Aminah ketika hari lahir Aminah yang ke 25 tahun, kami pergi ke rumah keluarganya dan meraihkannya, sehingga saya dan arwah Ehsan bergaduh mengenai tanah pusaka ibu bapa kami,”kata Bernard.
“Di mana kamu ketika Aminah di hospital?”
“Saya di rumah, bersendirian, bersama kawan saya, Andy,”
YOU ARE READING
Dendam Russel
AcciónMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.