Wanita yang diculiknya dikurung di rumah terbiar. Jauh ke hutan belantara. Russel meninggalkan wanita itu, dan beredar ke bandar. Russel masuk ke dalam pusat internet di kafe kecil, mencari informasi mengenai Bayu Pagi. Keadaan komputer besar, yang memaparkan imej berganti-ganti di dalam laman web yang dicari Russel. Russel tidak mempunyai maklumat mengenainya, dan segera keluar dari kafe itu. Dia mengeluh, dan melintasi jalan raya, sehingga dia kembali ke hotelnya.
Dia tidak dapat menghubungi polis kerana dia masih diburu. Oleh itu, dia ingin mencari Adam dan Diana, dan menceritakan segalanya dengan harapan mereka dapat mempercayainya. Walaupun berdepan dengan segala kemungkinan yang Bayu Pagi bakal membunuh Russel, dia tetap berjuang mencari dalang itu untuk menewaskan dia demi menebus kematian Laura, Nonia dan Bella.
Russel, berbaring ke katil, berfikir, setidaknya dia memberanikan diri mencari bukti. Oleh itu dia keluar dari hotel, pergi ke hospital, memakai pakaian kakitangan hospital untuk menyamar. Rambut palsu dan gelas mata dipakainya, sehingga dia menyertai kumpulan jururawat di luar wad.
Dia ternampak Adam memasuki sebuah bilik wad perempuan, dengan harapan Russel dapat mendapatkan Adam. Namun dua polis berjaga di luar wad, berdekatan pintu. Russel tiada pilihan selain memandu troli ke arah wad itu, dengan segala hidangan hospital di atas troli itu.
Sesampainya di wad itu, dia melihat Diana sedang terbaring di sana, ketakutan, dan berbual dengan Adam. Adam membawa fail tebal, dengan gambar suspek di situ. Diana memerhatikan setiap gambar, kalau-kalau ada wajah jururawat yang dilihatnya beberapa hari lalu.
“Ini dia!”kata Diana, menunjukkan sebuah gambar di dalam badan fail. Adam mengangguk.
“Ini Suria, bekas banduan dari balai polis Jera,”kata Adam.
“Betulkah ini dia?”
“Yaa!”
Dari situ,Adam membaca kertas pada fail, dan berdiam diri. Russel meletakkan hidangan yang terdiri dari sepinggan nasi, sayur dan ayam berkuah santan. Segelas air juga diletakkan di meja itu, menanti Diana mengambilnya.
“Terima kasih,”kata Diana, kepada Russel. Russel memberi suatu gulungan kertas yang disediakannya semalam. Kertas itu diletakkan di bawah gelas, membiarkan Diana membacanya.
Russel cepat-cepat membawa troli itu keluar dari wad, tanpa sesiapa mengenalinya. Dia mematikan langkah selepas seorang jururawat melihatnya dari bawah sehingga atas rambut.
“Siapa kamu?”Kata wanita itu, dan Russel tundukkan wajahnya.
“Saya Roland,”kata Russel, lalu cepat-cepat keluar dari hospital itu, menunggu Diana di belakang lorong hospital yang sunyi.
………
Diana terkejut melihat sekeping kertas terselit di bawah gelas kaca hospital. Tangannya digerakkan, sehingga Adam, menawarkan diri untuk pergi dari situ. Diana bersendirian di bilik itu, sambil membuka kertas itu;
“JUMPA DI BELAKANG HOSPITAL-R,”baca Diana, membulatkan matanya.
“Oh my God!”Diana, keluar dari bilik, cepat-cepat melangkah ke lif, dan turun ke lobi. Tanpa melihat kiri ke kanan, dia melintasi kumpulan orang luar yang berdiri di kanan hospital, lalu cepat-cepat pergi ke belakang bangunan yang megah itu.
Russel berdiri di situ, melihat sekeliling, lalu membuka rambut palsu dan gelas kaca hitamnya. Diana, memeluk Russel yang terkejut dengan aksi itu.
“Kenapa..”
“Saya tahu kamu tak bersalah…Adam sudah menjelaskan kepada saya,”kata Diana.
“Saya….tak tahu nak cakap apa…tapi saya berjaya menangkap seorang wanita yang kemungkinan orang yang menyamar menjadi jururawat untuk meracuni kamu dan Raxon! Termasuk kemalangan yang menimpa Bella dan Adam!”kata Russel, dengan mata merahnya.
“Bayu pagi, saya kena cari dia,”Kata Russel lagi.
“Dia siapa?”
Diana menanti jawapan Russel, dan mengharapkan Russel dapat merungkai semua misteri yang berlaku kepada mereka.
“Saya nak kamu bagitahu Adam, menjejaki Bayu Pagi, saya tak ada idea bagaimana rupa suspek ni,”
“Jangan risau, saya akan bercakap dengan Adam,”
Dari situ, Russel meninggalkan Diana, yang berharap Russel tidak diburu polis. Hidup dia penuh ketakutan, dan terpaksa menyembunyikan diri. Diana kembali ke hospital, dan membaringkan diri. Dia melihat dua polis itu berbisik-bisik, dan menelefon seseorang di telefon. Diana berharap Russel akan selamat, tetapi ada sesuatu berlaku. Polis itu beredar dari situ, meninggalkan Diana.
Selepas itu, Diana dapat melihata tombol pintu wad dipulas oleh seseorang, dengan Diana separuh sedar. Seorang jururawat membawa jarum suntikan di tangannya mendekati Diana. Diana bangun dan berlari ke arah wanita itu, menyerangnya.
“Tolong!!”kata jururawat itu. Diana terkejut besar. Bukan salah dia memulakan serangan kerana dia tahu, jururawat itu penyamar yang ingin membunuhnya!
Jarum suntikan itu terjatuh ke lantai, dengan Diana, menolak wanita itu ke pintu, sehingga dua jururawat datang ke bilik itu.
“Apa yang berlaku?”kata seorang wanita rambut pendek.
“Dia serang saya!”kata wanita yang sudah terjatuh ke lantai.
Jururawat itu memimpin Diana kembali ke katil, dan Diana tidak diberikan masa untuk menjelaskan. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri dari genggaman dua wanita itu. manakala, wanita di lantai, berdiri, dan tersenyum lebar.
“Dia penyamar!!”kata Diana.
Diana menolak jururawat itu, dan kembali menyerang pemyamar itu. mereka bergelut sehingga jarum suntikan dicucuk ke badan wanita itu. Diana lari meninggalkan mereka semua, dan pergi ke dalam lif. Dia harus menemuim Russel secepat mungkin. Dia akan berjuang dengan Russel, mencari dalang kejadian itu.
Namun semuanya terlambat. Dua polis itu datang dengan Russel digari pada kedua-dua tangannya.
“Russel!”kata Diana. Polis itu membawa Russel masuk ke dalam lif, dan pergi ke luar hospital. Di situ, dua kereta polis sudah bersedia, dan Russel dimasukkan ke dalma kereta. Diana tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menangis. Russel sudah ditangkap!
Diana, dikejutkan dengan seorang lelaki dibawa oleh kakitangan hospital menggunakan katil beroda. Hatinya berdebar. Itu Adam!
“Tak tak..tak mungkin!”Adam dibawa oleh doktor dan jururawat memasuki unit kecemasan, kerana seluruh badannya cedera teruk. Diana terpaksa menunggu Adam dirawat, kerana dia mahu memastikan Adam tidak senasib dengan Bella. Diana kerisauan dengan keadaan itu.
……..
Tangan Russel digari sehingga sampai ke hospital. Dia memarahi dirinya menimbulkan diri di luar bilik wad. Dia membuka rambut palsu dan gelas matanya, untuk mencari lagi orang suruhan Bayu Pagi itu. dia berbuat demikian juga untuk berjumpa kawan sekerjanya, Andika dan Rosa, untuk memberitahu hal sebenar. Namun ketiadaan kawannya, menyebabkan dia tertunggu-tunggu di lorong sepi hospital.
Sehinggalah beberapa orang luar memberitahu polis yang menjaga Diana, mengenai Russel di hospital itu. russel tidak dapat mengelak diri dari ditangkap. Sesampainya di balai polis, Russel diarahkan duduk diam di dalam bilik tertutup, gelap kacanya, dan sepi yang tidak selesa dirasai Russel.
“Saya ada buktinya..saya tak bersalah,”kata Russel bersuara ke ruang udara tanpa sesiapa ingin berbual dengannya. Kemudian, dua penyiasai bernama John dan Delim, masuk ke dalam bilik memerhatikan Russel sambil membawa beberapa keping gambar dan kertas yang Russel tidak ingin tahu.
“Dia di rumah terbiar hutan belantara Heartfilia,”Kata Russel.
“Jangan reka ceritalah,”
“Dengar ni..! Saya tangkap wanita itu selepas dia memengsankan Diana Montoya,”
YOU ARE READING
Dendam Russel
AksiMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.