Raxon keluar dari bilik wad, melihat jururawat itu masuk ke dalam bilik persalinan. Raxon menerkam wanita itu, yang sudah menukar pakaiannya. raxon menyerang wanita itu yang lemah dan dia mengeluarkan buih banyak di mulutnya, lalu mati di situ. Raxon terkejut besar. Dia tidak sangka wanita itu akan membunuh diri.
Apakah yang telah terjadi? Indiana sudah mati!
Raxon masuk ke dalam bilik wad, melihat Diana yang tidak selesa berada di sana. Raxon dengan wajah risau, mendapatkan Diana.
“Ada seseorang yang ingin bunuh saya,”
“Siapa?”Kata Diana.
“Dia..wanita tadi telah membunuh dirinya,”kata Raxon. Diana duduk di sofa, berfikir sedalamnya. Tiba-tiba, Russel datang dari pintu bilik itu, mendekati mereka berdua. Raxon tidak tahu hendak tenang, dan dia menjauhi katil itu biarpun Diana menyuruhnya baring di sana.
“Ada seseorang hendak bunuh saya,”kata Raxon. Russel mengeluarkan kertas kecil di poketnya, memberikannya kepada Raxon dan Diana.
“Ini daripada siapa?”kata Raxon.
“Seorang budak, yang merupakan pesakit, memberikannya kepada saya semasa berada di wad budak-budak,”kata Russel.
“Apa?”kata Raxon.
……..
Bella kembali ke rumah sewanya di taman Langit Biru, dan membuat makan malam, seperti biasa, bersendirian. Rumah sewa itu baru sahaja didudukinya sebulan lalu. Sebelum ini, dia tidak dapat menampung kos sewa rumah yang besar, terletak di taman Bear. Oleh itu, dengan kesibukan kerja dan dengan gaji yang dapat digunakan untuk rumah kecil itu, dia senang hati berpindah. Bella terpaksa tinggal seorang diri, kerana keadaan tempat yang sempit. Sudah tentulah dia tidak ingin mempunyai kawan sebilik. Bakal menyusahkan dia, biarpun duit sewa akan dikongsi bersama dan tidaklah sebegitu mahal.
Bella membaca rekod kesihatan Aminah. Dia mengalami masalah tulang belakang, yang tidak dapat dipulihkan lagi. Russel yang merupakan doktornya, menyatakan Aminah tidak dapat bergerak lagi, kecuali dengan bantuan tongkat dan kerusi roda,
Dari situ, Bella tahu, Aminah sangat lemah dan menjadi target kepada dalang pembunuhan itu. Dia harus berjumpa Joe, abang Aminah yang tinggal 100 kilometer dari kawasan perumahan Bella. Dia mengeluh sedikit, dan kembali melihat semua maklumat keluarga Aminah di fail dari balai polis itu. Ibu bapa Aminah, Jennifer dan Ehsan sudah lama meninggal dunia. Tinggallah Joe sebagai abang yang kemungkinan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai keluarga kepada Aminah.
Bella berdiri, dan menuju ke bilik air, membasuh wajah jelitanya, dan dia mengambil fail termasuk beg kecil berwarna perang, lalu keluar dari rumah kecil itu. Dia menuruni tangga, kerana dia mahu dirinya membakar lemak dalam badannya.
Sesampainya di bawah bangunan kediaman taman Langit Biru, dia menuju ke keretanya, namun ada seseorang di situ, menunggunya.
“Adam!”kata Bella. Adam tersenyum sikit, dan kembali mendekati Bella. Adam mendapatkan tangan Bella, dengan Bella terkejut sedikit dengan tindakan Adam.
“Saya nak bawa kamu ke pantai, boleh? Untuk meluahkan sesuatu,”kata Adam.
“Saya ada kerja, saya nak jumpa Joe Ehsan,”kata Bella, lalu Adam bertukar wajahnya. Dia menjadi begitu tidak senang dengan kelakuan wanita jelita itu. Adam tunduk, dan mengeluarkan telefonnya.
“Saya tahu siapa yang bunuh Aminah,”kata Adam.
“Apa?”
“Mari ke pantai dulu,”kata Adam, menarik tangan Bella, masuk ke dalam keretanya, dan memandu laju. Mereka sampai di pantai Simpang Mengayau, yang mempunyai laut biru, dengan orang ramai bermandi-manda bersama keluarga tersayang. Adam keluar dari kereta, menunggu Bella keluar. Bella berasa sesuatu yang buruk akan terjadi, oleh itu, dia bersedia mengambil pistol di poket seluarnya.
Bella keluar, dan duduk di kerusi bawah pokok besar. Akar pokok tersembul keluar, dan Adam mengeluarkan telefonnya. Video dimainkan, dan terlihat cctv hospital. Seorang doktor, memegang pisau, sedang masuk ke dalam bilik Aminah di hospital itu. Lalu, cctv itu mati begitu sahaja.
Bella terkejut besar.
“Bagaimana kamu mendapatkan ini?”kata Bella.
“Dari pengawal hospital, yang menyembunyikan kebenaran kerana diugut,”kata Adam. Bella meneliti wajah doktor itu, dan terkejut besar.
“Itu …..Russel,”kata Bella, menekup mulutnya. Tidak dia sangka Russel yang membunuh Aminah. Tetapi hatinya masih tidak keruan. Ada sesuatu terjadi dengan Russel. Bella mengambil telefon Adam, melihat video itu lagi. Wajah yang sama!
“Dialah pembunuh Aminah, dan pembunuh wanita lainnya, dia cuma berpura-pura,”kata Adam.
“Tak tak…tak mungkin,,”kata Bella.
“Dan orang seterusnya yang bakal dibunuh ialah….Diana Montoya,”kata Adam. Bella dan Adam berbincang mengenai keselamatan Diana, yang dikatakan seorang model yang sangat jelita sebelum menjadi bos kafe, sehingga mampu mempesonakan lelaki lain, dengan teman lelakinya, Jonas, mengawalnya kerana risaukan lelaki lain merampas Diana daripadanya.
“Kita kena jumpa Diana, dan berikan video ni dengan pihak penyiasat di balai polis Jera,”kata Bella.
Adam mengangguk dan tersenyum lebar, lalu masuk ke dalam kereta. Bella tidak mempedulikan cuaca buruk ketika itu. Kilat datang dari langit hitam, dengan hujan lebat datang mengacau hidup mereka. Bella tahu Adam tidak akan membuat sebarang teknik untuk menyalahkan sesiapa. Itu kerana dia percayakan Adam seperti abangnya sendiri, sebagai rakan sekerja yang mampu dipercayainya.
“Terima kasih Adam,”kata Bella, selepas mereka berhenti di sebuah bangunan besar. Mereka keluar dari kereta, memakai payung besar, berkongsi sesama mereka, lalu masuk ke dalam bangunan tinggi itu.
Mereka melihat fail tebal, dengan alamat Diana di situ, diambil mereka dari laman web balai polis Jera yang sungguh sulit untuk sesiapa mengambilnya kecuali untuk seorang penyiasat atau polis.
Adam dan Bella, mengetuk pintu rumah 22, dan pintu dibuka oleh seorang wanita berwajah masam.
“Hai, kamu siapa?”Kata Rita. Rita menaikkan kening, dan meneliti mereka berdua.
“Kami hendak jumpa Diana,”kata Bella.
“Dia pergi ke hospital, menemani Raxon, kawan lelakinya itu,”kata Rita dengan wajah hodohnya buat Bella hayati.
Bella dan Adam, berpandangan, dan keluar dari tempat itu, menuju ke balai polis Jera. Mereka memberikan video cctv hospital itu kepada polis, dan encik John menyarankan mereka, menangkap Russel ketika waktu bekerja kerana dia kini, bekerja di hospital.
“Baiklah tuan,”kata Bella. Bella, Adam, dan lima orang polis, berlumba dengan kereta lain di jalan raya, diringi siren polis berbunyi kuat, membuatkan orang yang lalu lalang, melihat mereka, kerana hal itu menarik perhatian.
Mereka sampai di hospital, dengan Bella dan Adam, cepat-cepat mencari Russel, dan Diana di hospital itu. Mereka menyerbu bilik pejabat Russel. Tiada. Kakitangan hospital terkejut besar. Tidak sangka Russel akan diburu.
“Mana dia?”kata Bella, mengetuai rombongan polis itu. Adam pula menanyakan banyak hal dengan jururawat, sehingga seorang lelaki teriak dari sebuah bilik wad!
ARGGGG!
“Di situ!”kata Bella. Adam dan Bella cepat-cepat masuk ke dalam bilik itu, memerhatikan Raxon sudah berbuih mulutnya, dan terbaring di lantai hospital. Jururawat mendapatkan Raxon, meletakkan dia ke atas katil beroda, dibawa ke unit kecemasan. Bella memerhatikan bilik itu, dengan tiada sebarang pisau atau racun di sana.
Apakah yang sudah terjadi?
YOU ARE READING
Dendam Russel
ActionMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.