Adam mendengar bunyi orang huru-hara di luar, lalu dia melihat Belina berlari ke arahnya. Belina membawa beg tangannya, dengan erat kerana risau terjatuh ke lantai. Polis seramai dua orang hilang dari pandangan Adam. Adam tahu, dia kena kuatkan diri untuk bangun, dan sihat. Dia masih terasa lemah namun cukup kuat untuk berdiri dan bergerak. Hanya pistol yang sepatutnya di dalam poketnya yang merisaukan dia. Tiada ditemui di dalam poket.
“Apakah yang terjadi?”Kata Adam. Belina mengambil nafas, sedalamnya.
“Diana….! Dia pengsan!”kata Belina, mengejutkan Adam. Adam membuka jarum pada tangannya, dan melangkah ke luar. Polis yang menjaga mereka, bersoal jawab dengan jururawat. Adam terasa diekori. Ada seseorang di hujung tandas, seorang lelaki yang memakai pakaian biru. Tentu pekerja. Tetapi Adam tidak sedap hati.
Dia dimarahi jururawat bernama Dona, dan menyuruhnya kembali ke bilik wad, membiarkan mereka mengurus Diana.
Adam melihat Diana diusung ke dalam bilik rawatan, dengan lima jururawat, bersama seorang doktor wanita berwajah asia, timbul dari bilik itu.
Adam membawa polis berkenaan ke luar bilik rawatan, menjaga Diana. Adam kembali ke ruangan bilik wadnya, dan membaringkan diri. Dia tidak sedar, segalanya berpusing, dan dia menutupi mata sehihgga tertidur.
………
Russel terkejut besar. Baru beberapa minit lalu, dia menemui Diana yang tidak sedarkan diri di lantai tandas. Dia mengangkat Diana yang tidak sedarkan diri, dan memanggil jururawat di luar bilik. Selepas itu, dia menyembunyikan diri di tandas, memandang ke arah bilik rawatan yang dijaga oleh dua polis. Russel tahu dia harus jauhkan diri, namun dia risaukan keadaan Diana.
Russel menunggu sehingga doktor keluar, menemui seorang wanita di sana. dia menjelaskan sesuatu dengan wanita itu. russel berfikir untuk menemui lelaki di dalam bilik wad, yang merupakan rakan Bella. Tetapi dia bertindak mendekati bilik rawatan itu, sambil menolak troli di tepi bilik wad. Dia harus berlakon menjadi pekerja hospital.
Ada sesuatu menganggunya. Diana pengsan, tanpa ada luka pada badannya. adakah dia diracun? Russel berfikir sedalamnya. Apa yang pasti, samada Diana pengsan kerana terlalu sibuk beberapa hari ini sehingga mengalami dehidrasi, atau kandungan racun di dalam badannya membuatkan dia pitam. Namun ada sesuatu berlaku. Seorang wanita yang merupakan orang luar keluar dari tandas, memegang plastik hitam. Russel tidak tahu hendak bertindak apa. Hujung plastik memperlihatkan hujung pisau!
Russel memberhentikan troli, menunggu wanita berkenaan datang ke arahnya, di lorong sepi itu, dan menyerangnya! Wanita itu bergelut dengan Russel, dan Russel tidak sengaja menanggalkan rambut palsu wanita itu. wanita itu berkepala botak, dan dengan cepat dia menumbuk kepala Russel sehingga Russel terduduk ke lantai. Wanita itu berlari masuk ke ruang tangga.
Russel tekad. Dia berdiri, berlari mengejar wanita itu. Keadaan cemas itu membuatkan mereka tidak kisah keadaan sekeliling. Orang yang lalu lalang atau berdiri di ruangan hospital, dilanggar, sehingga Russel berjaya mendekati wanita itu, yang sudah berada di luar hospital, melangkah ke sebuah kereta hitam. Dia menarik tangan wanita itu, dan wanita itu mengeluarkan pisau, melukakan tangan Russel.
Namun Russel berjaya melepaskan pisau berkenaan daripada tangan wanita itu, dan menumbuk wanita itu sehingga dia pengsan. Russel mengangkat wanita itu dan masuk ke dalam kereta hitam, selepas Russel mengambil kunci kereta dari tangan wanita itu.
Dia memecut laju, membawa kereta itu, dengan wanita itu dibiarkan di belakang tempat duduk kereta, diikat dengan kain panjang, yang Russel dapat dari poket seluar pekerja hospital itu.
Dia membawa wanita itu masuk ke dalam rumah terbiar, di hutan Pamoli. Hutan itu, sungguh jauh dari hospital, mengambil masa dua jam. Wanita itu sudah lama sedar, dan Russel memastikan wanita itu diikat ketat.
Selepas meletakkan wanita itu ke sofa ruang tamu, Russel mengambil pisau dari poketnya, dan mengugut wanita itu. russel meletakkan plastik hitam berisi pisau, dan menjauhkan pisau itu dari mereka berdua agar wanita itu tidak bertindak melulu menyerang Russel.
“Siapa kamu?! Jawab!!!”kata Russel marah. Dia teringat kematian Laura, Nonia, dan Bella. Kemudian, Diana yang pengsan.
“Hahahah! Jahanam kamu semua!”kata wanita itu, lalu ketawa terbahak-bahak.
Russel menampar wanita itu di mukanya, dan memaksa dia bercakap terus-terang selepas mencederakan tangan wanita itu dengan pisau. Wanita itu menjerit kesakitan. Russel tidak peduli. Dia harus mencari tahu dalangnya. Russel menyeksa wanita itu menggunakan ubat cecair di dalam rak, dibasahkannya pada luka wanita itu. Wanita itu berteriak mengerang kesakitan. Kepedihan yang dirasai wanita itu tidak membuatkan mulutnya berbicara. Russel menendang badan wanita itu, sehingga wanita itu pengsan.
Russel menguatkan ikatan pada tangan dan kaki wanita berkenaan, dan menunggu masa yang sesuai untuk kembali menyeksa wanita itu sehingga dia dapat memberikan maklumat mengenai dalang yang membuatkan Russel diburu.
Tidak lama itu, wanita itu bangun, dan darah keluar dari luka pada tangannya, dengan dia merayu Russel berhenti menyeksanya. Russel menikam tangan wanita itu dengan pisau, lalu menaruhkan ubat cecair ke luka itu.
“ARGGGG!”wanita itu berteriak kerana mengerang kesakitan.
“Siapa dalangnya?!!”
“Bayu Pagi!”kata wanita itu akhirnya lalu menangis teresak-esak kerana berasa sakit.
“Tolong hentikan, ianya sangat sakit,”kata wanita itu merayu. Russel menghentikan tikaman pisau ke isi tangan wanita itu, dan menunggu wanita itu berbicara.
“Bayu Pagi..itu sahaja saya tahu!..saya hanya diupah!”kata wanita.
“Untuk bunuh Adam James, Diana Montoya, dan Bella Ren!”kata wanita itu.
…….
Diana membuka matanya, ternampak Belina dan dua polis berjaga di ambang pintu bilik wad. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Dia terasa badannya keras, dan sendi-sendinya mencucuk-cucuk.
“Mana Russel?”kata Diana, mengejutkan Belina.
“Saya tak tahu itu siapa.”
“Dia…selamatkan kamu,”kata Adam, timbul dari ambang pintu.
“Apa?”kata Diana.
“Lelaki yang timbul di tandas tu, Russel Ritchee Robert,”kata Adam, mengejutkan Diana.
“Apakah yang terjadi dengan saya?”kata Diana.
“Kamu pengsan, dan diselamatkan oleh Russel,”kata Adam.
Diana teringat detik dia masuk ke tandas, ada sesuatu bermain di belakang badannya, seperti ada jarum suntikan, menyakitkan dirinya, dan dia pengsan. Dia tidak ingat apa-apa lagi selain itu.
“Bagaimana kamu tahu itu Russel?”kata Diana.
“Dia teragak-agak. Jika dia tidak diburu, sudah tentu dia akan tunggu di luar bilik rawatan, namun dia berdiri dan bersembunyi di pintu tandas…saya yakin dia Russel,”kata Adam, membiarkan Diana, bergerak untuk duduk di katil. Belina melarangnya, namun Diana tekad.
“Saya ingat wajah jururawat yang ingin meracun saya,”kata Diana.
“Saya akan pastikan kita akan jumpa dalangnya…sebelum Bella meninggal dunia, dia memberitahu saya, Russel tak bersalah,”
“Bagaimana itu berlaku?”kata Diana.
“Video jelas memaparkan wajah Russel, dengan tangan kiri,”kata Adam.
“Atau itu memang Russel, namun dia mengubah tabiatnya?”Kata Belina.
“Tak Belina, saya yakin itu bukan Russel,”kata Adam.
YOU ARE READING
Dendam Russel
AksiMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.