Bab 6 : Pertemuan

0 0 0
                                    

Russel masih melihat keadaan Raxon. Diana sudah hilang dari hospital, kemungkinan kembali ke pekerjaannya sebagai bos kafe. Russel tidak tahu apa terjadi dengan Raxon, yang sering mengingau malam. Russellah yang tidur semalaman menjaga Raxon. Dia terhutang budi dengan Raxon kerana sudah berjaya mengalahkan Indiana, lalu membebaskan dia dari segala rancangan jahat Indiana. Bolehlah dia tidur tenang kerana dalang pembunuhan bagi Nonia dan Laura, sudah terjawab, dan diketahui, lalu dikalahkan.
Russel tiada idea mengenai ajakan Bella, penyiasat di balai polis Jera. Dia tahu, Aminah merupakan pesakit lamanya, yang ditimpa kejadian ngeri kerana ditikam pisau pada malam hari, tanpa pengawasan sesiapa. Dia tidak mengerti kenapa Aminah yang baik dan jelita itu dibunuh.
Tentu ada orang berdendam dengannya walaupun polis sudah berjumpa semua keluarga dan kenalan Aminah, namun kes itu diabaikan begitu sahaja. Sudah tiba masa Bella, menunjukkan kebolehannya dalam menyiasat kes sukar.
Sementara itu, Russel kembali bekerja, dengan respon kenalannya di hospital yang bersyukur dan tertanya-tanya mengenai Russel yang hidup semula.
“Saya sangat bertuah!”kata Russel kepada mereka.
Russel berhenti di halaman luar kafe ADriasa, dan bergegas masuk ke dalam, bagi melihat seorang wanita jelita, dengan pakaian ketatnya, menampakkan bentuk badan yang begitu cantik dilihat. Russel menyapa Bella, dan mereka duduk bertentangan. Russel sudah membawa fail tebal, yang memaparkan aktiviti kesihatan Aminah, yang diambilnya dari bilik penyimpanan rekod pesakit. Russel tahu dia perlukan fail maklumat itu.
“Jadi kamu, merawat Aminah?”Bella memulakan perbicaraan.
“Yaa, dia mulai dirawat setahun lalu, dan kejadian dia diserang malam hari masih membuatkan semua kakitangan hospital trauma,”
“Ceritakan di mana kamu ketika kejadian itu berlaku,”
“Saya sudah pulang ke rumah, berehat,”
“Saya baru menerima berita kamu meninggal dunia beberapa hari lalu,”kata Bella, dan Russel tiada pilihan selain menceritakan segalanya kepada Bella.
Bella mengangguk, dan melihat kembali Russel. Dia menyuruh Russel memeriksa fail itu, ceritakan kepada dia akan segala maklumat mengenai Aminah. Segalanya nampak tegang. Bella merasakan mereka sedang diintai oleh seseorang. Russel yang juga memahami perasaan Bella, lalu melihat sekeliling kafe. Ada seorang lelaki memakai jubah hitam, sedang membaca surat khabar menutupi wajahnya.
Russel tahu lelaki itu kemungkinan mengintai mereka, lalu dia mendapatkan tangan Bella.
“Saya rasa kita diintip seseorang,”kata Russel.
……….
Raxon baru bangun dari katil, menghadapi jendela yang disinari mentari petang. Dia berdiri, dan bergerak ke beranda, biarpun luka di badannya masih memedihkan dirinya. Ubat luka menyengat hidungnya, sesungguhnya dia tidak suka hospital.
Dia mengingati detik Jijie, melindungi dirinya daripada genggaman Indiana, yang merupakan wanita panas baran pernah dia temui. Perkataan hina timbul dari mulut wanita busuk hati itu. Ren pula dikawal sepenuhnya oleh Indiana, dia menyerahkan semua harta kepada Indiana, membuatkan Indiana berkuasa penuh terhadap syarikat ayah Raxon.
Jijie pula sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan semasa menaiki kapal terbang menuju ke Australia. Itu diluar jangkaan Raxon, namun dia sering menuduh Indiana, menyebabkan kemalangan itu, biarpun Ren menghalang Raxon menuduh Indiana.
Indiana diam-diam melakukan aktiviti haram sehingga Ren menegaskan ingin menceraikan isteri mudanya itu. Raxon geram akan Indiana, yang tentu memarahi Ren semasa pergaduhan berlaku di vila.
Namun, perceraian itu tidak dapat dilakukan kerana kemalangan yang berlaku terhadap Ren. Sungguh malang sekali, dan Raxon kehilangan ibu bapa kandungnya yang menjadi orang yang menyokong dan menyayangi dirinya. Dia kehilangan hala tuju, namun masih kuat.
Dia bersembunyi di hutan, mencari bukti sendirian, sehingga terjumpa doktor Russel itu. Diana pula yang rapat dengannya, memahami rencana Raxon. Dia tahu, Indiana merencana membunuhnya bagi mendapatkan harta peninggalan Ren.
Raxon dikejutkan dengan berita kesihatannya, dan tahu, dia harus menjaga harta ayahnya bagi diberikan kepada orang yang layak. Yakni, dia ingin memilih doktor Russel. Russel seorang yang baik, dan bertanggunjawab. Banyak orang sayangkan dia, sebagai doktor yang menyelamatkan nyawanya.
Oleh itu, sekiranya Russel dapat merawat Raxon, dia akan memberikan semua harta kepadanya. Dia tidak tahu nasibnya akan ditentukan dari letupan bom untuk memusnahkan Indiana. Apa yang dia tahu, risiko dia untuk hidup.
Kanser sudah merebak ke seluruh badannya, dan dia tidak kuat lagi. Bila-bila masa saja, sakit dada dirasainya dan seterusnya bakal menyerang jantungnya yang akan berhenti, sehingga dia akan meninggal dunia ketika itu juga.
Raxon bergerak ke beranda hospital, ternampak rama-rama merah, hinggap di tangannya. Dia menghayati hidup itu yang bagai suatu permulaan baginya. Kematian Indiana, mempamerkan kehidupan tanpa musuh ketat. Dia bebas. Dia berjaya menyelamatkan banyak orang. Dia tahu, dia harus bersyukur saat itu. fikirannya melayang ke tapak perkuburan Ren dan Jijie. Dia akan melawat mereka selepas keluar dari hospital.
Tiba-tiba suatu suara datang dari belakang Raxon. Diana melangkah, dan memeluk Raxon. Mereka berpelukan singkat, cukup merasai kehangatan masing-masing. Diana berbual manis dengan Raxon sehingga Diana menangis.
“Saya nak kamu sembuh,”kata Diana, dan dia tahu, Diana cukup risau dengan kesihatan Raxon itu. Raxon meletakkan harapan buat Russel mengubati dirinya.
Mereka bagai budak yang baru belajar menghayati hidup di sekolah baru. Masih janggal, dengan suasana berlainan. Suasana tanpa musuh, dan suasana tenang, biarpun duka semakin menguasai hati mereka memandangkan Raxon masih terperangkap mengenai risiko menghadapi kanser tahap teruk.
“Jangan risau, Russel akan membantu saya,”kata Raxon tersenyum manis.
Diana dan Raxon melangkah perlahan-lahan sehingga sampai ke bilik wad lelaki. Di situ, terduduk seorang budak kecil di katil Raxon. Raxon melihat budak itu memberikan kad kecil dan terus berlari meninggalkan mereka berdua. Diana dan Raxon berpandangan.
“Kamu akan mati,”kata Raxon membaca kad itu. Diana terkejut besar. Siapakah yang sudah memberikan ini kepada Raxon?
Raxon mengoyakkan kad itu, membuangkannya ke dalam tong sampah. Dia menenangkan hatinya. Diana mengosok belakang Raxon, membuatkan Raxon terasa sedikit mengantuk.
“Siapa yang sudah berkata begini?”kata Diana.
“Adakah Indiana masih hidup?”katanya lagi.
“Saya, tak tahu,”kata Raxon.
Mereka berdua berdiam diri, sehingga jururawat masuk ke dalam bilik itu, membawa makanan, dan segelas air.
Raxon yang sudah berbunyi perutnya tengahari itu, segera mendapatkan hidangan itu. jururawat itu tersenyum, dan membersihkan bantal hospital yang disandarkan oleh Raxon. Diana hanya duduk di kerusi, menjaga jarak antara dia dan jururawat itu.
Raxon makan nasi dan sayur itu dengan sedikit isi ikan di tepi pinggan. Air di dalam gelas, diamatinya. Raxon terkejut apabila jururawat itu, keluar segera dari bilik, dan Raxon tidak sengaja ternampak cebisan kecil suatu bahan di dalam gelas itu. Air putih itu berbuih kecil, dan tahulah Raxon ada sesuatu berlaku ketika itu.
“Racun!”kata Raxon lalu membuang gelas air itu ke lantai mengejutkan Diana.

Dendam RusselWhere stories live. Discover now