Diana disapa oleh doktor yang bernama Sandra, dan menyatakan Adam harus dibedah secepat mungkin. Keluarga Adam, iaitu ayahnya, Joe dan tunangnya, Belina dihubungi oleh pihak hospital. Diana terduduk di kerusi hospital ,menanti Belina melawat Adam yang sedang koma di bilik kecemasan. Belina dan Joe sampai tepat jam 10 pagi, dan cepat-cepat berbincang dengan doktor yang merawat Adam.
Pembedahan dijalankan, dengan Diana menyatakan diri untuk pergi ke balai polis. Telefonnya digenggam erat, dan ternyata video cctv hospital telah tiada. Diana mencari video itu, melalui fail telefon namun tiada. Apa yang telah berlaku?
Diana menaiki teksi, menuju ke balai polis Jera. Nafasnya tersekat, seolah-olah ada batu besar di paru-parunya menyekat pernafasannya. Berharap dia, Russel akan dilepaskan sekiranya wanita yang diculik Russel memberitahu hal sebenar.
Selepas keluar dari teksi, balai polis yang besar berwarna biru tua, dimasukinya, dan bertanyakan pekerja di lobi.
“Russel Ritchee?”kata lelaki botak di kaunter.
Lalu, lelaki membawa Diana berjumpa Russel di penjara dengan palang berkarat. Russel kelihatan tidak berdaya di hujung penjara. Bagai tiada tujuan hidup.
“Russel,”kata Diana.
Polis yang menjaga penjara membuka pintu penjara, membawa Russel duduk di kerusi di ruang bilik luas. Diana bersemuka dengan Russel, dan mendiamkan diri. Wajah muram Russel membuatkan dia janggal. Dia baru mengenali Russel sejak beberapa minggu lalu, dan dia sudah menganggapnya kawan lama. Dia tidak ingin kehilangan seorang kawan lagi seperti Raxon.
“Polis sedang pergi ke hutan itu,”kata Russel, menampakkan jalur hitam pada bawah mata kerana kebelakangan ini dia tidak cukup tidur.
“Lepaskan saya!”kata suatu suara wanita meronta-ronta minta dilepaskan. Dua polis mengari wanita yang tidak asing buat Russel.
“Dia! Dia tahu siapa dalangnya!”kata Russel berdiri. Seorang polis melarang Russel bergerak dari kerusi itu, dan memimpin dia masuk ke dalam penjara kembali. Diana, mengikut wanita itu dibawa ke bilik gelap.
“Adakah Russel Ritchee, seorang doktor, membunuh beberapa wanita sebelum ini?”
“Yaa, dia pembunuhnya!”kata wanita itu.
“Serra Mojikol, jawab!”kata lelaki yang melihat fail tebal memaparkan maklumat mengenai wanita itu, termasuk gambar sederhana kecil.
“Jawab!”kata Diana, namun Diana dilarang menganggu sesi soal jawab penyiasat dengan wanita itu. polis menyuruh Diana bergerak ke lobi, menunggu masa sesuai untuk bercakap dengan Serra.
Diana hanya curi dengar, kerana bilik gelap itu berdekatan lobi.
“Dia adalah dalangnya! Russel Ritchee Robert!”
“Tak, tak mungkin,”kata Diana, terduduk di kerusi. Diana merasa kepalanya pening, dan dia mengambil inisiatif mencari sendiri Bayu Pagi seperti yang dinyatakan Russel. Diana tahu wanita itu diupah untuk membunuh Raxon, Bella dan dia sendiri!
Diana, keluar dari balai polis, pergi ke rumah sewanya, dan menemui Rita sedang mengangkat bagasi, dan mulai bermulut masin mengenai sewa rumah itu yang sudah lama tidak dibayar, hampir dua bulan. Diana tidak mempunyai masa mengingati sewa disebabkan kejadian yang berlaku kepada Raxon. Dia meminta Rita tinggal dengannya buat masa yang singkat, namun Rita, menolak Diana ke sofa, jangan merayu padanya lagi! Diana bersendirian di rumah itu, dengan gugurnya air mata. Rita keluar dengan amarahnya, dan polis yang menjaga Diana sudah lama menyertai pihak polis di balai.
Diana tahu, dia bakal menjadi target pembunuhan dan dia tiada masa untuk bersantai. Beg kecil dibawanya, dan dia tersandung seketika oleh beg kecil di lantai. Tangannya menyentuh sesuatu yang tajam dalam beg itu semasa dia menyelongkar.
“Ini milik Rita,”ucapnya.
Selepas menyelongkar, dia mengeluarkan pisau tajam dari beg kecil itu. Mata Diana terbeliak. Alangkah terkejutnya dia apabila Rita sudah berada di ambang pintu, dan tersenyum lebar.
“Takutkah?”Kata Rita.
“Rita…kenapa…ada pisau …di beg kamu?”kata Diana tersekat suaranya di kerongkong. Ketakutan melanda seluruh badannya, sehingga dia tidak dapat berfikir apa-apa kecuali membuat Rita bersuara menjelaskan segalanya, sungguhpun itu sesuatu yang dia tidak ingin lakukan.
“Haha…Bayu Pagi? Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menunjukkan diri,”kata Rita, lalu mendekati Diana, mengeluarkan sebuah alat kawalan, yang Diana tahu, merupakan alat kawalan bagi bom masa.
“Dua minit, 13 saat, bommm!”kata Rita, lalu berundur, dan membuka pintu.
“Kamu dalangnya!!”kata Diana menjerit.
“Ini cuma permainan yang saya sudah rancangkan sejak kali pertama,”kata Rita, lalu Diana, teringat Rita merupakan pelajar seni yang mahir membuat topeng muka. Rita merupakan bekas graduasi universiti yang terpaksa memberhentikan pembelajaran kerana ibunya. Paloma sakit. Oleh itu, dia bekerja sesuatu yang Diana tidak pernah tanyakan.
………
Rita merasai hajatnya membunuh orang yang pernah menyakiti keluarganya hampir berjaya. Sebelum Laura kahwin dengan Russel, dia pernah menjalinkan hubungan dengan abangnya, Ren, sehingga abangnya itu bunuh diri dengan mengantung dirinya di bilik. Kejadian itu memberikan kesan dalam dalam diri Rita. Russel pula tidak dapat menyelamatkan Paloma yang mendapatkan sakit lumpuh hampir setahun. Kemudiannya, Rita membenci Nonia yang sering mengadu mengenai keadaan Paloma yang lumpuh. Nonia tidak suka menjaga Paloma kerana selalu berleter banyak hal. Leretan itu selalu membuatkan Nonia stress dan berharap Paloma akan meninggal dunia. Rita tahu semua itu.
Seterusnya, Raxon. Raxon telah lama meninggalkan Lisa, adik Rita, yang sangat mencintai Raxon. Raxon sanggup meninggalkan Lisa kerana Belina, menyebabkan Lisa menjadi kurang siuman. Lisa kini sedang berada di hospital bukit padang, hospital bagi orang sakit mental yang dirawat oleh doktor psikitri Bagi penyiasat bernama Bella pula, dia tahu Bella menyebelahi Russel sebab itu dia melanggar kereta mereka, yang sedang dipandu Adam. Rita juga ingin membunuh Adam agar kes pembunuhan Aminah di hospital tidak diselesaikan. Aminah pula kawan sekolah Rita yang pernah membuli Rita, sebab itu Rita membunuhnya semasa Aminah sakit.
“Saya akan balas dendam!”kata Rita, tidak sedar, pisau pada tangan Diana, sudah terbenam ke isi badan Rita semasa mereka bergelut. Begitu pantas sekali pisau itu dihunuskan pada dada Rita.
“Kamu…..”kata Rita, lalu dia tidak dapat bertahan lagi. Dia rebah ke lantai, dengan alat kawalan pada tangannya turut jatuh ke lantai. Diana cepat-cepat mengambil alat kawalan bom, dan menekan butang hijau bagi mematikan masa bom itu yang berdetik.
“Fuhhhh! 30 saat lagi,”kata Diana, lalu menelefon polis dan ambulan.
………
Sesampainya ambulan dan polis, Diana menceritakan segalanya, termasuk perbuatan Rita membunuh Laura, Nonia, Bella, Raxon, dan Adam. Diana tidak dapat bertahan lagi, dia menangis teresak-esak, dan meminta polis melepaskan Russel di balai polis. Badan Rita dibawa ambulan, bagi dibedah siasat, lalu dikuburkan di kampung Rita, kampung Lavender di sebelah kubur Paloma.
Russel dibebaskan dari penjara selepas sehari Diana berada di balai polis bagi memberi penjelasan mengenai Rita. Serra diseksa semasa dikurung oleh polis, kerana kumpulan banduan yang membulinya. Penjelasan Diana, menyebabkan Serra tiadak alibi kuat lagi. Oleh itu dia berterus-terang.
“Saya jatuh cinta dengan Ren, ketika dia dilanda depresi teruk kerana ditinggalkan Laura, dia amat benci orang yang melukakan keluarganya,”kata Serra.
“Dan saya membantu dia dalam membunuh beberapa orang sebelum ini,”dari situ, Serra diadili di mahkamah dan mendapat hukuman sebat dan penjara seumur hidup. Diana berjaya membawa Russel kembali ke hospital, bagi memulakan kerja sebagai doktor. Nama Russel sudah dibersihkan, dan Diana tahu, ada benih cinta timbul antara mereka berdua. Adam pula sudah selamat dan sudah sedar dari koma selepas pembedahan.
“Jadi apa perlu kita buat?”kata Diana, semasa menghadiri, kubur Laura dan Nonia.
“Berikan mereka doa yang baik,”kata Russel, memegang tangan Diana. Dari situ, Russel bersyukur Rita, dalang semua kejadian telah ditangkap. Pihak penyiasat mendapati topeng muka dibuat oleh Rita di dalam bilik, termasuk topeng muka Russel. Russel mengucap syukur, dan kembali melihat wajah Diana yang manis, menusuk kalbunya.TAMAT
** tq sudi baca crita saya smpai habis! Jangan lupa like, follow dan vote yee! ***
YOU ARE READING
Dendam Russel
AcciónMengisahkan liku-liku kehidupan Russel yang terpendam dendam mengenai tragedi masa lalu.