Bab 2 : Menemui Raxon

3 0 1
                                    

Russel meracau. Dia hampir berhalusinasi. Dirinya tertekan bagi dua wanita yang sudah dirampas nyawanya dengan begitu sahaja. Dia menutupi matanya, dan berimaginasi dua wanita itu merenung meminta tolong kepada Russel. Russel mengingati malam sebelum kehilangan Laura. Laura, memeluknya dan mengucup pipi gebunya. Russel tidak ingin melepaskan pelukan Laura, namun Laura berundur, dan meminta diri untuk keluar ketika itu, dan malam itu menjadi waktu terakhir melihat Laura.
Dalam minggu itu juga, rangka Laura yang rentung ditemui  di pulai Hino, dengan segala keadaan yang ngeri. Tiada sesiapa ingin melihat mayat teruk itu, sehingga Russel juga sedih sehingga hari itu, hatinya penuh luka dan depresi yang teruk, dan terdapat masa-masa tertentu Russel seperti ingin membunuh diri. Namun dia tekad. Dia harus mencari dalangnya!
Russel bangun dari katil, menuju ke bilik mayat, melihat Nonia buat kali terakhir. Mayat Nonia begitu pucat, dan matanya merah. russel menangisi kematian jururawat itu, dan berjanji kepada Nonia, dia akan berusaha mencari dalangnya yang seakan-akan mempermainkan dia.
Russel mengingati, Laura yang sudah jelas menyatakan dia tiada musuh. Biarpun dia bekas pelajar di sekolah tinggi yang dibuli hampir setiap minggu, namun Laura berhati besar. Dia sudah memaafkan pelajar itu.
Russel mengingati dirinya. Dia juga tidak pernah bermusuh dengan orang lain. namun dia risau jika dalangnya merupakan orang yang dikenalinya namun bersembunyi di sebalik wajah mesra. Russel keluar dari ruangan bilik mayat dan melihat kumpulan jururawat bergegas ke pintu hospital, membawa dua katil beroda, yang didapati dua lelaki berdarah pada bahagian perut. Russel hampir hendak pitam. Wajahnya pucat.
Lalu, Russel bergerak ke halama luar hospital, mencari kelibat seseorang yang kemungkinan mengintainya saat itu. itu kerana dia berasa diintip dari jauh. Russel tahu, dalangnya sentiasa memerhatikan langkah Russel.
Tiba-tiba, seorang jururawat memberi kertas kepada Russel, sambil menyatakan itu daripada Nonia sebelum dia meninggal dunia.
“Jangan buat apa-apa,”baca Russel. Russel dengan semangat ingin berteriak, mulai sebak, itu ayat terakhir Nonia. Dia seperti mengetahui dirinya bakal dibunuh! Russel bertindak melarikan diri dari hospital, menyebabkan kakitangan hospital mengejar Russel yang masih berbalut badannya. russel terlalu ikutkan perasaan. Ketika itu, cuaca agak buruk. Hujan lebat mempermainkan bumi. Sekejap lebat, sekejap gerimis. Namun keadaan langit yang gelap, dengan mentari dihalang sinarannya dari awan mendung berarak lambat di langit.
Russel mempercayai Nonia tahu dalangnya, namun dia tidak ingin memberitahu Russel. Segalanya sudah terlambat. Russel tanpa penat, memasuki sebuah kedai pakaian, membeli pakaian bagi menukar pakaian hospital yang penuh warna biru dari kaki sehingga leher Russel.
Dia berjalan melalui lorong sepi, dengan hasrat melawat tempat kerjanya, hospital Rainbow. Russel tahu, banyak kenalannya akan terkejut melihat dia kerana dia disangkakan sudah meninggal dunia. Nonia yang menyelamatkan dia.
Russel berlumba menerusi jalan penuh orang ramai, lalu berhenti di sebuah kedai bergkaca hitam jendelanya. Di situ, dia terkejut benar. Ada dua lelaki memegang pistol, sedang mengarahkan pistol itu pada dirinya. Russel panik. Hujan yang turun kembali lebat. Menyebabkan dua lelaki itu mencari-cari Russel yang menenggelamkan diri di kesesakan orang ramai. Dia sengaja berbuat demikian.
Russel diam-diam, memasuki lorong berdekatan kedai itu, dan masuk ke dalam. Kedai itu kosong tanpa perabot, namun ada seorang lelaki berjubah hitam, sedang memegang peti besar. Russel terkejut besar. Dia menyelinap ke ruang kecil kedai itu, dan bergelut dengan dua lelaki yang memegang pistol.
Russel mendapatkan pistol mereka, dan membuangnya ke lantai lalu dia menolak lelaki itu ke meja kayu. Meja itu menghentam dinding, kerana daya daripada lelaki-lelaki itu. Lelaki itu terhantuk kepala pada meja, dan pengsan. Russel mengambil peluang mengikat mereka berdua. Namun ada seseorang timbul dari arah pintu.
Lelaki sama yang memegang peti. Russel berundur, namun cukup membahayakan dirinya sekiranya lelaki itu mencuba menembaknya menggunakan pistol atau senapang.
Russel mendapati ada sesuatu di dalam poket seluarnya. Dia mencapainya, dan melihat kertas digulung. Dia membuka gulungan kertas itu, dan mendapati ianya ditulis oleh seseorang yang dikenalinya;
“Raxon, cincin emas,”kata Russel membaca kertas itu. Russel mendapati lelaki itu meletakkan peti di lantai, dan merenung Russel.
“Kamu siapa?”kata Russel, tertanya-tanya.
“Raxon,”Russel tahu kertas itu daripada Nonia, atau adakah orang lain meletakkannya di dalam poket seluarnya? Russel terdiam.
“Apa kamu mahu?”kata Russel.
“Saya tahu Nonia selamatkan kamu, hahaha! Saya ada penyakit kanser, tolong rawat saya, dan saya akan lindungi kamu,”kata Raxon. Russel, menelan air liur. Tertanya-tanya umur atau keadaan lelaki itu, yang seperti umur 30-an. Russel berundur, dan melihat lelaki yang diikat, mulai sedar.
Raxon, mengeluarkan pistol, dan menembak orang yang diikat itu. Russel terkejut besar.
“Jangan bunuh mereka!”kata Russel. Raxon begitu ganas menembak kepala lelaki itu.
“Saya perlukan maklumat siapa yang hantar mereka!”kata Russel.
“Saya tahu semuanya,”kata Raxon. Russel diam seketika. Dia tidak mengenali orang itu. dia tidak dapat mempercayai semua orang ketika itu. dua wanita dalam hidupnya sudah dibunuh. Dia tiada pilihan selain bersifat hati-hati, dan sedikit sangsi terhadap segalanya ketika itu.
“Indiana, wanita daripada New Zealand, dia dalangnya,”kata Raxon.
“Bagaimana…”
“Saya anak tirinya,”
“Apa?”kata Russel terkejut besar.
“Panjang ceritanya,”kata Raxon. Russel tidak ingin bertanya terlalu banyak soalan, oleh itu dia mendekati Raxos, meneliti orang itu.
“Jangan risau, saya di pihak kamu,”kata Raxos.
“Dia….amat bencikan saya,”kata Raxon lagi.
“Jadi kamu nak lindungi saya, atau apa sebenarnya kamu mahu?”kata Russel, tidak tahan dengan kehadiran lelaki itu.
“Saya akan lindungi kamu daripada Indiana, dia terlalu berkuasa di bandar ni. Orang-orangnya sedia membunuh orang yang menjadi target mereka,”kata Raxon.
“Dan kamu benci hal itu?”kata Russel.
“Yaa,”dari situ, cincin emas, diletakkan pada tangan Russel, dan Russel teragak-agak dengan kewujudan cincin itu di jarinya.
“Jangan risau, itu adalah alat untuk mengetahui keberadaan kamu, tengok ni,”
Raxon mengeluarkan telefonnya, dan meneliti suatu skrin besar, dengan tanda titik merah berdekatan titik putih. Russel mengangguk, dan mulai sedar, orang itu dapat dipercayai.
Russel, dan Raxon meninggalkan kedai itu, dan bergegas masuk ke dalam hospital Rainbow. Raxos menunggu Russel di halaman lobi hospital, dengan beberapa jururawat masuk ke hospital, melihat ke arah Raxon kerana dia berpakaian jubah menutupi wajahnya.
Russel sampai di biliknya, dan diam-diam, memasukkan kunci dari dompet di dalam poket seluarnya. Dia mengambil duit simpanan di laci akhir, dan mengambil beberapa pakaian di dalam beg besar di bawah meja. Dia sudah bersedia membawa semuanya itu sekiranya dia mengalami bahaya.
Kemudian, dia menuruni tangga, kerana tidak mahu kenalannya di hospital itu terserempak dengannya. Russel sampai di lobi, mendapatkan Raxon, dan mereka cepat-cepat menaiki kereta besar Raxon.
“Saya akan jaga kamu,”kata Raxon.

Dendam RusselWhere stories live. Discover now