Bab 3 : Pergelutan

0 0 0
                                    

Raxon baru sahaja keluar dari kereta, memasuki vilanya yang besar pemberian ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia setahun lalu. Dia benci vila itu. Segala kenangan pahit berada di sana, pergaduhan dan penderitaan semasa kecilnya kerana didera oleh Indiana. Ibu kandungnya, Jijie, dipercayai dibunuh oleh Indiana. Raxon tahu dia adalah dalang bagi kematian Jijie, namun dia tiada bukti. Apa yang perlu dia lakukan ialah lindungi Russel, yang begitu lemah untuk hidup selepas keluar dari hospital.
“Kamu kena sayangkan dia,”kata Jijie sebelum dia meninggal dunia. Rsakit hati. Indiana tidak menghadiri pengebumian Jijie, kerana masih menyimpan dendam terhadap wanita 50-an itu. Raxon pula menjadi anak yatim kerana ayahnya dan ibu kandungnya sudah tiada. Ayahnya, Ren sudah pergi selamanya selepas mengalami kemalangan jalan raya.  Kemudian, Raxon pula mengalami kanser yang serba sedikit menyebabkan dia menjadi lemah sebagai manusia biasa. Namun, apa yang berlaku ialah Raxon diam-diam menjadi pengintai untuk segala kejadian yang disebabkan oleh Indiana, wanita yang mengahwini Ren 10 tahun lalu.
Raxon masih berhadapan dengan penyakit yang bakal mengambil nyawanya, namun dia berupaya mendapatkan Russel. Russel datang bersamanya memasuki vila itu, dan mereka menutup semua pintu dan jendela.
Raxon meletakkan surat khabar di meja, dan memperlihatkan Russel, segala tajuk besar, yang bakal mengemparkan fikiran Russel.
“Kemalangan jalan raya Rona, seorang wanita yang merupakan jururawat di hospital Rainbow,”baca Russel. Dia mengenali Rona itu.
“Adakah itu…”
“Yaa, itu kerja Indiana,”kata Raxon. Raxon mengingati detik dia memasang alat peranti pada pengikut Indiana, dan mencuri dengar perbualan orang-orang itu. Dia tahu begitu banyak orang yang sudah dibunuh Indiana kerana gagal membuat sesuatu untuk melunaskan hasrat Indiana. Indiana seorang wanita gangster yang mempunyai ratusan pengikut sambil mengedar dadah dan rokok haram. Semuanya diketahui Raxon, namun dia tidak dapat membunuh wanita itu, kerana dia tidak mahu menjadi penjenayah yang sama seperti ibu tirinya. Dia hanya mampu melindungi Russel.
Raxon tahu, Russel mengetahui rahsia besar Indiana, yang dikatakan wanita berbisnes syarikat besar yang sebenarnya menyembunyikan identiti Indiana. Russel kemungkinan mempunyai suatu bukti penting dalam memerangkap Indiana. Raxon ingin bertanya kepada Russel, sebab itu, dia menyediakan makan malam, duduk semeja dengan Russel, dan berhadapan dengan doktor itu.
“Kamu pernah melihat suatu kejadian yang pernah dilakukan oleh pengikut Indiana?”kata Raxon.
“Tak. Saya tak tahu kenapa saya diburu,”kata Russel, sambil wajahnya berkerut mengingati sesuatu.
“Kamu mempunyai bukti itu, berikan kepada saya,”Raxon melihat telefonnya berdering.
“Diana,”kata Raxon melihat mesej kecil muncul di skrin telefon. Russel masih berfikir-fikir, dan akhirnya dia tunduk. Raxon mencuba mendiamkan diri, dan mendengar derapan kaki di halaman vila itu. Raxon mengambil pistol, dengan Russel masuk ke dalam bilik di ruangan tingkat satu, dan bersembunyi di dalam bilik itu semasa pintunya dikunci.
“Siapa tu?”
Tiba-tiba, pintu diketuk, dengan Raxon cepat-cepat membuka pintu itu sambil mengacukan pistol. Seorang wanita jelita datang dari luar, memeluk Raxon.
“Diana?”Kata Raxon.
“Kamu tolong simpan pistol tu, saya tak akan serang kamulah!”Diana, seorang wanita 28 tahun, dengan senyuman manis, mampu memengsankan para lelaki yang menghayati kejelitaan dan kemanisan senyumannya itu.
Raxon sudah mengenali Diana, sejak dari kolej lagi. Mereka sungguh rapat, dan hampir bersama-sama sebagai kekasih, namun Diana mencintai orang lain, sebab itu Raxon tidak memaksanya, dan membuat garisan batas sebagai sahabat sahaja terhadap Diana. Sehingga hari itu, Diana percaya kepada Raxon yang sudah lama menjadi sahabatnya.
“Masuklah,”kata Raxon.
“Russel!”kata Raxon, memanggil Russel yang tentu ketakutan.
Russel turun dari bilik atas, melihat Diana, dengan mata bulatnya. Diana hanya melambai, dan berharap Russel menyukai kehadirannya. Raxon duduk di kerusi, mengajak Diana makan malam dengan mereka berdua.
“Jadi kamu masih hendak mencari bukti?”kata Diana.
“Yaa dan Russel boleh membantu,”kata Raxon.
“Tapi saya tak tahu apa-apa,”kata Russel.
“Saya pasti, ada sesuatu berlaku antara kamu dan Indiana,”kata Raxon.
“Saya selama ni tak pernah ada musuh…well…kecuali ketika di sekolah tinggi, saya selalu dibuli, tapi saya tak simpan dendam untuk siapa-siapa,”kata Russel.  Diana mengeluarkan buku kecil, dan pen, lalu mengambil sekeping kertas untuk menulis nombor telefonnya.
“Untuk kamu, jika kamu dilindungi Raxon, saya percaya kamu,”kata Diana, kepada Russel. Russel hanya tersenyum lebar, dan mengambil kertas itu, dimasukkan ke dalam poket.
“Saya rasa ada sesuatu berlaku di hospital hari itu,”kata Russel.
……..
Russel mengingati detik seorang wanita bernama Monisa, memberikannya kad kecil;
“Tolong saya,”wanita itu mengalami kecederaan pada kakinya kerana tersepit pada pintu kereta. Monisa dimasukkan ke dalam bilik rawatan, dan diletakkan di dalam wad wanita selama beberapa hari sebelum dijumpai oleh Russel di tingkat bawah hospital. Russel dengan jelas melihat dua lelaki masuk ke dalam wad, berkot hitam, dan Russel membiarkan hal itu kerana disangkanya lelaki itu adalah kenalan Monisa.
Hari itu, bermulalah hari yang berat bagi Russel. Kematian Monisa menimbulkan pelbagai persoalan di benaknya. Monisa dipercayai membunuh diri di tangga tinggi hospital. Hanya Russel tahu, ada sesuatu yang membunuh Monisa.
Russel memberitahu segalanya kepada Raxon dan Diana, dengan mereka berdua berpandangan. Raxon tunduk, dan sambil mempermainkan makanan di pinggan besar. Russel sudah lama berhenti makan kerana ceritanya membuatkan dia hilang selera. Diana pula hanya meminum milo panas, sambil mendengar perbualan Russel.
“Kamu nampak lelaki itu masuk ke wad?”kata Raxon.
“Yaa,”kata Russel.
“Dan kamu tak mengintai mereka berjumpa dengan Monisa?”
“Ketika itu, sungguh sibuk, saya tak mengikuti mereka masuk berjumpa Monisa,”Russel, berkerut wajahnya.
“Baiklah, saya rasa itu pengikut Indiana,”kata Raxon, Raxon mengeluarkan telefonnya, dan memainkan rakaman singkat bersuara wanita 50-an.
“Sudah kamu lakukannya?”
“Sudah,”
Russel melihat Diana, tidak mengangkat telefonnya yang berdering. Raxon melihat skrin, jelas terpapar, “Diana Randy”
“Itu dia..”kata Raxon.
“Diana angkat,”kata Raxon lagi. Diana menelan air liur, dan bergerak ke dapur, bagi mengambil air sejuk. Raxon dan Russel mendekati Diana, dengan Diana akhirnya mengangkat telefonnya yang berdering itu.
“Helo,”kata Diana.
Tiba-tiba, talian telefon termati begitu sahaja. Raxon dan Russel berpandangan dengan Diana, melihat skrin telefonnya, dengan mesej;
“Kamu sembunyikan dia,”kata Diana membaca mesej itu.
“Dia tahu saya dengan kamu!”kata Russel panik. Raxon mengambil pistol, dan mendapati ada bayangan hitam bermain di luar vila. Raxon menyuruh Diana dan Russel bersembunyi di bilik atas yang mempunyai almari besi. Raxon tahu, Diana diekori oleh orang suruhan Indiana.
Segalanya bermain di fikiran Raxon. Indiana bakal mendapat tahu, Raxon akan melindungi mereka berdua. Anak tiri Indiana, yang sudah berdendam lama dengan wanita itu, bakal menjatuhkan Indiana. Raxon cuma perlu bukti daripada Russel. Raxon mendapati dua lelaki membawa besen berisi sesuatu yang menyengat hidungnya lalu mancis dihidupkan, dan dua lelaki itu keluar dari situ.
Raxon menyedari vila itu mulai terbakar!

Dendam RusselWhere stories live. Discover now